Daripada lebih kurang 28 films yang sedang ditayangkan di TGV (ketika enrti ini ditulis) hanya 3 buah sahaja adalah filem Melayu.
Roughly 10%.
Persoalannya, miskin sangat ke industri filem tempatan?
Tak cukup produktif? atau sedang menunggu queue untuk tayangan.
Walau apa pun penerangan tentang persoalan tersebut, ianya memberitahu kita tentang satu perkara yang jelas.
Betapa kecilnya pasaran filem Melayu (Malay Film Market) di negara sendiri.
Definisi pasaran atau market ini mudah ja. Sesebuah pasaran terdiri daripada satu set penjual dan pembeli yang terdapat pada sesuatu masa di sesuatu tempat.
1. Kalau ada orang nak jual, dan ada orang nak beli sesuatu produk itu, maka wujud lah satu pasaran untuk produk tersebut.
2. Kalau ada orang nak beli tapi takde orang nak jual, itu dinamakan sebagai potential market.
3. Kalau ada nak jual, tapi takde nak beli, so tiadalah market untuk produk tersebut.
Jadi dalam konteks filem Melayu ni, sebenarnya dia jatuh dalam kategori 1, 2, atau 3 di atas?
Rasanya yang ke-3 tu tak berapa logik kalau nak menerangkan tentang situasi pasaran filem melayu sekarang ni.
Jadi mari kita tengok dari perspektif Pemasaran (Marketing) pulak.
Prinsip Pemasaran kata, ibu kepada segala strategi pemasaran ialah apa yang dipanggil sebagai Marketing Mix atau lebih glamour lagi dengan gelaran 4 P.
4P ini, jika nak diterangkan dengan panjang lebar kenalah korang masuk kursus Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) kat UTM, atau mana-mana IPT yang menawarkan program seumpama dengannya.
Simply put, 4P ni deals with the decision any businesses have to make regarding;
a) Product:- macam mana nak buat, design, nak bagi nama apa, nak bungkus macam mana.
b) Price:- nak jual berapa harga
c) Promotion:- nak promote macam mana, nak buat advertising ka, jualan murah ka, nak suruh Mawi jadi spokeperson ka.
d) Place:- nak jual kat mana, nak distribute camna.
So, kalau ada ramai orang nak menonton cerita Melayu tapi, tak dapat nak menonton disebabkan tak banyak tempat, atau waktu tayangan filem Melayu terhad, makanya business filem melayu ada problem kat P yang ke empat tu, yakni Place atau distribution channel.
Kalau di supermarket macam Giant, Tesco dan yang seumpama dengannya, barang yang tak berapa laku tak akan dapat shelf space, sebab rugi la depa letak barang yang tak bole jual lama-lama kat shelf depa sedangkan ada barang lain yang boleh jual boleh ditempatkan kat situ.
Adakah, filem Melayu ni tak laku, maka operator pawagam tak mau letak filem melayu lama-lama kat pawagam mereka?
Tapi kalau tak laku, takkan boleh jual juta-juta juga walaupun dalam masa 2 minggu wajib tayang tu.
Atau pun.
Operator pawagam ni dapat untung lebih tayang cerita Hollywood? Maka adalah lebih attractive untuk mereka tayang cerita Hollywood daripada cerita Melayu?
Tapi, kalau kita pikir-pikir takkan la cerita macam Angus, Thongs, and Perfect Snogging, atau Beverly Hills Chihuaha tu boleh box office kat Malaysia ni, sampai tak boleh nak bagi slot kat cerita melayu?
Hanya operator pawagam ja yang boleh jawab soalan tu, barangkali.