Friday, December 27, 2013

Tak Boleh Lupa

"To forget is the highest state of being for men, it is very sad if people cannot forget, it's a curse not to forget"      -U Wei HjSaari

Just imagine if we remember every single little thing that makes us sad, and cannot get rid of that sadness because we cannot forget.

Imagine we cannot move on from our recent break ups just because we cannot forget the feeling of being left.

It's horrifying not to forget.

****

Nasib baik aku Melayu.  Melayu mudah lupa.


Friday, August 30, 2013

Permainan Hadapan

Ext. Depan Masjid. Day

Berhadapan dengan masjid itu ada sebuah wakaf.  Kerusi wakaf itu diperbuat daripada kayu, tapi tiang wakaf diperbuat dari besi.  Nampaknya pembina wakaf keliru samada mahu membuat wakaf tersebut daripada kayu ataupun besi.  Hasilnya jadilah wakaf itu separa kayu separa besi.  Lebih tepat lagi, besi yang ingin menyamar menjadi kayu.  Atap wakaf itu mewah.  Atap genting.  Jadi wakaf itu sangat selesa untuk sesiapa yang ingin ke masjid, tetapi tidak ingin ke masjid.  Terlalu awal.

Kelihatan dua lelaki matang lagi bergaya sedang duduk bersembang di wakaf itu.  Seorang kelihatan lebih bergaya dari seorang lagi.  Namun kedua-duanya terlebih hormon testosteron.  Mereka botak.

"Kau kena tulis semula artikel ni, kena repair sikit" kata Tok Rimau.

"Repair macam mana? Aku tak mau kacau content dia" jawab yang lebih bergaya itu.

"Kau menulis terus masuk, too direct, tak sabar sangat, gelojoh" terang Tok Rimau.

"Ala..ok la tu direct, susah la macam ni nak kena tukar" lelaki yang lebih bergaya menjawab lagi.

"Sapa kata menulis senang?!" ujar Tok Rimau.

"Ok-ok, aku tulis semula, aku rewrite" lelaki yang lebih bergaya mengalah.

Walaupun kurang bergaya, Tok Rimau seakan punyai kuasa ke atas lelaki yang lebih bergaya.  Mungkin faktor usia.

"Kau tak boleh terus terjun, intro kau mesti 'menangkap' pembaca, macam berasmara! Pembaca juga seperti wanita, perlu dibelai dan di'entice' dulu! baru tulisan kau 'menangkap' dan berkesan di jiwa raga" Tok Rimau terang panjang lagi lebar.

"Macam foreplay?!"

"Ha..! macam foreplay! pandai pun..!"

"So kau kata aku ni takde foreplay la?!"

"Dalam tulisan la, bab satu lagi tu tak tau la aku..hahahha!"

Kedua-dua lelaki matang lagi bergaya itu ketawa berdekah-dekah.  Lelaki yang lebih bergaya, berdekah lebih kuat.  Seolah seperti mahu sembunyikan sesuatu.

Mereka bersembang dan ketawa di wakaf berhadapan masjid sambil beranalogi seksual.

Wakaf itu benar-benar selesa, sangat selesa untuk sesiapa yang ingin ke masjid, tetapi tidak ingin ke masjid.  Terlalu awal.

Wednesday, August 28, 2013

Rasis

Deris tidak pernah anggap dirinya rasis.  Bagi Deris rasis itu salah.  Rasis itu prejudis.

Prejudis itu 'preconceived opinion that is not based on reason or actual experience'

Tapi.

Apabila, Deris duduk di cafe itu, sambil memakai earfonnya, dan menaikkan volume iPhonenya sehingga separuh.

    Dan.

   Masih bisa mendengar perbualan sekumpulan pemuda dari hujung sebelah sana cafe.

Deris berasa sangat terganggu.  Terganggu kerana dia ke cafe itu untuk bersantai sambil membaca sambil menghirup kopi RM15 nya.

"Patutnya aku belajar bahasa Cina dulu, kurang-kurang faham apa yang diaorang sembang, alang-alang dah dengar macam ni..! dengus Deris.  Dalam hati, sambil hirup kopi RM15 tanpa gula dengan muka pahit.

Deris tidak pernah anggap dirinya rasis.  Bagi Deris rasis itu salah.  Rasis itu prejudis.

Monday, August 26, 2013

Eskalator ke Syurga II

Kepala Haji Said tidak pernah lekang dengan kopiahnya.

Makan nasi pakai kopiah,

tengok TV,

pergi pasar malam,

pergi kenduri kahwin,

pergi tengok bola di kedai Wan Manja,

pergi mesyuarat JKKKK,

pergi melawat orang sakit,

pergi dengar ceramah politik pembangkang,

pergi hari beramah mesra bersama Menteri,

pergi jauh pergi dekat.

Semua tempat yang Haji Said pergi-pergi itu, semuanya dia naik motorsikal.

Tanpa lesen.

Kepala Haji Said tidak pernah lekang dengan kopiahnya.

Sunday, August 25, 2013

Tak Dapat Part Deux

Ada benda yang saya masih tak dapat ( I just don't get it)

1.  Kenapa orang Malaysia tak suka melintas ikut jejantas? Macam berdosa kalau melintas jalan ikut undang-undang.

2.  Kenapa orang Malaysia suka kutuk Proton? Tapi depa beli jugak kereta Proton heh..heh..

3.  Kenapa Sharifah tak boleh nak kahwin dengan Ahmad, Abdul, Ali, Abu yang takde Syed kat depan nama depa? Pasai apa aunty-aunty Sharifah tu takmau bagi Ahmad, Abdul, Ali, Abu yang takde Syed kat depan nama depa tu kahwin sama anak depa?

4.  Kenapa ada orang yang 24 jam pakai ketayap walaupun masa jogging? 

5.  Kenapa beli rumah mahal-mahal kat Malaysia, tapi sebiji mentol lampu pun depa tak bagi? Semua kena pasang sendiri.  Loan rumah ratus-ratus ribu, nak masuk rumah lampu pun takdak.  Nasib baik kepala paip depa kasi.

6.  Kenapa tak bole pakai jeans di UUM?  Kenapa seluar 'slack' dikaitkan dengan lambang keperibadian yang tinggi? Pernah tak dengar orang pakai jeans arah askar bunuh beribu-ribu orang awam? Pernah tak dengar orang pakai seluar jeans ajar rakyat kafir-mengkafir sesama Islam?

7. Kenapa lelaki tak boleh  berambut panjang di IPTA? Yang pecah amanah, tipu duit rakyat, ambil rasuah tu semua, rambut panjang ke pendek (siap nipis tepi slope belakang lagi) ?



Wah, berapa banyak kenapa da..!

Eskalator ke Syurga

Demi untuk solat berjemaah Zohor, Haji Said double park tengah jalan.

The Art of Being Vain

Pra-Syarat:

Satu.

Mesti ada smartphone. Preferably iPhone 5.

Dua.

Mesti ada applikasi instagram.

Tiga.

Mesti ada keyakinan diri yang melampau.

Empat.

Mesti suka tengok photo sendiri.  Berulang kali.


Langkah seterusnya:

1.  Ambil photo sendiri, reverse camera angle.

2.  Letak effect/filter yang bersesuaian.

3.  Post di instagram.

4.  Nikmati photo tersebut bersama rakan-rakan vain yang lain.


*** *** *** *** *** ***

Teknologi bukan sahaja merubah cara kita berkomunikasi.  Tetapi merubah cara kita mencintai diri sendiri.



Friday, August 23, 2013

Starbucks Used To be Nice

Dulu.

Starbucks tempat yang cool & cozy.  Tempat menikmati kopi mahal secara tenang dan agak stylo.

Kemudian.

Datang internet dan WIFI.  Maka datanglah golongan-golongan yang datang ke Starbucks kerana WIFI percumanya.  Itu ok lagi.

Kemudian.

Peningkatan perdapatan per capita.  Ramai yang mampu hantar anak ke kolej dan universiti swasta.  Anak-anak ini walaupun masih belajar tapi mempunyai kuasa membeli yang agak tinggi.  Ini disebabkan oleh kemampuan ibubapa mereka untuk memberi wang saku yang lumayan setiap bulan.

Ini masalah.

Walaupun kaya wang ringgit tapi mereka miskin budi bahasa dan etika hidup secara bertamadun.

Mereka lepak Starbucks biasanya untuk sesi diskusi pelajaran.  Tapi mereka benar-benar menjadikan Starbucks ini kedai kopi.  Literally.

Mereka bising.  Mereka order secawan tapi lepak sampai kedai nak tutup.  Mereka 'conquer' seats secara berjemaah.  Ada yang best lagi, sebab diskusi tu dengan boyfriend girlfriend, mereka bercumbu. Bab bercumbu ni tak kisah sangat, sebab it is better to make love than war.  heh heh.  Yang tak tertahan jiwa raga tu, pasal bising dan seats semua penuh.  Tapi kopi secawan dua ja atas meja.  Ada yang lagi terer, siap ada Mcflurry lagi atas meja Starbucks.  Kalau diaorang letak nasi lemak bungkus, memang gua kasi terbalik meja tu.

Starbucks dah jadi macam Mcdonald's dan kedai mamak 24 hours.  Kalau kalian ingin menikmati kopi mahal di ambience yang tenang, jauhilah outlet yang hampir dengan kolej dan universiti.  Contohnya, Starbucks Alpha Angle, Wangsa Maju, dan Starbucks Setia Tropika, JB.  Ini bukan salah Starbucks, tapi harga yang perlu kita bayar apabila kita hanya maju dari segi peningkatan pendapatan tapi belum peningkatan minda.


Dulu.

Starbucks tempat yang cool & cozy.  Tempat menikmati kopi mahal secara tenang dan agak stylo.

Tapi.  Itu dulu la.

Wednesday, August 21, 2013

Filem Seram

Aku bukanlah seorang peminat filem seram.

Tidak, bukan sebab aku takut menonton filem seram.  Tapi aku tidak suka dikejut-kejutkan oleh pembikin filem mengaku seram.

Kebanyakkan filem mengaku seram suka bagi penonton terkejut.  Terkejut dengan kemunculan hantu secara tiba-tiba dari belakang pintu, atau terkejut dengan kehodohan tak terperi make up hantu tersebut.

Maka, ramai penonton yang terkeliru seram dengan terkejut.  Ramai yang merasakan apabila mereka terkejut, maka itulah dinamakan seram.

Scene seram bagi aku adalah;

1.  Lelaki pakai skirt tapi berbulu kaki lebat, panggil aku "abang..." dengan manja.

2.  Perempuan cantik ber'lingerie' merah lace, duduk di atas katil pegang pisau butcher.

3.  Perempuan cantik ber'lingerie' merah lace, duduk di atas kalit, tapi girlfriend kat bilik sebelah.

4.  Perempuan cantik ber'lingerie' merah lace, duduk di atas katil, tapi bini kat bilik sebelah.

5.  Bayi umur 3 bulan berlari-lari anak di living room apartment.

6.  Bayi umur 6 bulan tengok Buletin Utama sampai habis.

7.  Awek tak hot, tak kelip mata usha kau sepanjang masa kau bagi lecture.

Adakala, seram tidak boleh dilihat tapi didengar.

1. Kau duduk di luar rumah, tapi dalam rumah bunyi macam dinasour tengah lawan dengan king kong. Bila kau masuk rumah tu, usahkan Home theather, TV, radio pun takde.

2.  Dalam hutan dan di tengah malam, waktu dah nak terlelap, terdengar lagu kahwin macam DJ karaoke kenduri kahwin selalu pasang.

3.  Dalam hutan dan di tengah malam, waktu nak terlelap, terdengar orang panggil 'Bachok...lepaskan aku bachok...'

4.  Dalam hutan, kau dalam khemah, ada orang kat luar bagi salam ' Assalamulaikum, ni Mak Esah ni, nak tumpang tidur...bole Bachok...?'

Adakala seram tu, pernyataan/kenyataan  datangnya dari sumber yang tidak terduga.

1.  Pak Haji, imam yang paling terkenal di kampung kau suruh kau pijak Al-Quran.

2.  Bakal bapak mertua/mentua bagitau kau sembahyamg lima waktu tu tidak wajib.

3.  Malam pertama kau, kakak ipar kau yang paling tua, masuk bilik bawa smartphone nak rakam pengantin baru.  Tradisi dan budaya keluarga katanya.

Ini adalah perihal seram mengikut definisi aku.  Kepada pembikin filem seram di luar sana, buatlah filem seram, bukan filem terkejut.

Terima kasih.



Monday, October 15, 2012

Tak Dapat

Ada benda yang saya masih tak dapat (I just don't get it)

1.  Kenapa kita taksub dengan exam sekolah, seperti UPSR dan PMR yang tak boleh bagi effect pun pada peluang pekerjaan.

2.  Kenapa taksub dengan parti politik.  Mcm boleh masuk neraka kalau pangkah parti yg takde label Islam.

3.  Kenapa gay and lesbian minta orang recognise sexual preference diaorang.  Minta legalise perkahwinan etc.

4.  Kenapa pembangkang buat BERSIH sedangkan diaorang dah menang pilihanraya pun.  Negeri yang kaya semua pembangkang pegang.

5.  Kenapa kerajaan cakap bantuan kerajaan? bukan memang diaorang dibayar gaji dan dipilih rakyat untuk kerja untuk rakyat ke? bantu apanya?

6.  Kenapa wakil rakyat digelar YB (Yang Berhormat)? patut digelar YB (yang berkhidmat)

7.  kenapa non bumi bising pasal DEB? sedangkan objektif utama DEB hanya nk dapat 30% wealth utk bumi.  Kalau nak 70% baru la patut bising ye dak?

8.  Kenapa ramai yang masuk public university tapi bila tak dapat kerja salahkan universiti diaorang? dah graduate pandai2 la hidup ye dak?

9.  Kenapa UMNO suruh rakyat kenang jasa dia? bukan tolong rakyat memang kerja dia ke?

10.  Kenapa kita ada sekolah mcm2 aliran? patut semua budak sekolah kat Malaysia kena belajar semua bahasa Utama kt negara ni, Melayu, Cina. dan Tamil.  Takde le kena tipu masa beli hardware ye dak?

Wah berapa banyak kenapa da... lastly..

11.  KenapaDean Sham banyak sangat soal? bersyukur dah le...?!

Wednesday, September 19, 2012

Safe The Male

Sinaganaga tulis, dalam buku Rahsia Victoria yang Bart Ahmad tulis.  Lelaki ada natural movement yang bukan chauvinistic yang difahami oleh semua lelaki di alam maya ini untuk kelangsungan hidup semua kaum lelaki.

Movement ini bukannya anti wanita atau satu movement yang ingin sangat mempertahankan hak lelaki, macam Sisters in Islam memperjuangkan hak wanita sejagat.  Movement ini semata-mata ingin mempastikan survival kaum lelaki di bumi ini.

Movement ini juga tiada kena mengena dengan gerakan freemason, Perkasa, mahupun Pakatan Rakyat.  Ia bebas politik. Ia juga bukan ideologi sangat.  Ianya seratus peratus pasal nak survive.

Survival Guide #1

Lelaki jangan ingat tarikh penting.

Kalau semua Lelaki ingat semua tarikh penting seperti birthday, anniversary atau yang seumpama dengannya, maka apabila seorang dari brother kita terlupa.  Parahlah jiwa dia.  Jika kita semua tak berapa minat nak ingat tarikh2 ini, apabila seorang terlupa, ianya tak akan jadi satu dosa besar buatnya.  Simply kerana, kita akan berkata, " la..orang lelaki mana2 pun kat dunia ni mana ingat sangat birthday2 ni sayang..".  Maka selamatlah hidup dia untuk hari itu.

Sayugia diingatkan, kita juga tak boleh 100% lupa terus, kerana itu suicidal namanya. Perangai lupa tarikh penting hidup pasangan masing2 ini hanya akan buy us time.  Contoh kita ada mungkin sehari dua, atau paling lama seminggu untuk kumpul duit nak beli gift, atau tunggu duit  gaji masuk.  Mentaliti it is the thought that counts adalah rubbish! Brother lu takkan dapat survive hanya dgn ucap happy birthday for the rest of your life.

Sehingga kita bertemu lagi di survival guide #2. Salam sejahtera dan selamat bro.


Wednesday, February 22, 2012

Spreading Myself too Thin

Busy.

Siapa yang tak busy.  Orang takde kerja pun kalau tanya, mesti dia pun jawab busy juga kadang-kadang.

Tapi.  Busy yang sengaja dicari, lepas tu menyesal sebab takde masa untuk diri sendiri.

Penting ke masa untuk diri sendiri?

Ahh..! itu semua propaganda barat.  Suruh orang Melayu malas le tu.

Gila!

Gila! gua ada blog rupanya!

hahahahahaha!


Monday, April 11, 2011

Sayang Sarawak sungainya sempit

Tidak.  Ini tidak ada kena mengena dengan pilihanraya Negeri Sarawak.

Cuma Dean Sham terfikir betapa 18 SXnya maksud lirik lagu tersebut.

Nakal orang Melayu dulu-dulu ni.

Oleh yang demikian, janganlah orang dulu-dulu salahkan Internet pasal perangai budak-budak sekarang.





Monday, September 6, 2010

Ada Salah Yang Boleh Di Maafkan

Tapi,


Kalau dah buat Santa Melayu naik beca terbang, memang gua tak boleh maaf.

Kalau betul-betul nak buat, buat la kereta lembu terbang! baru true, ye tak?!

Friday, August 27, 2010

2059

Disember 2059.

The Ismaelist baru sahaja melangsungkan konsert ulangtahun mereka ke 49.  Rata-rata peminat taksub the Ismaelist agak hairan mengapa Ismaelist meraikan ulangtahun ke 49 tetapi tidak ke 50?

Oleh kerana persembahan mantap kumpulan tersebut pada konsert itu, rata-rata peminat taksub The Ismaelist merasakan isu 49, 50 tidak material.  Apa yang penting bagi mereka persembahan Dean Sham masih lagi hebat, tetap dinamik seperti awal kemunculan The Ismaelist.  Malah menurut penulis biografi merangkap jurugambar tidak rasmi The Ismaelist, Jo Ghazali, Dean Sham lah sebab utama mengapa kumpulan elektro rock n' roll itu menjadi legenda.  Kalau hendak diharapkan pemain bass pipiyapong, mungkin The Ismaelist masih lagi bermain di pertandingan kugiran sekitar Kuala Lipis dan Raub sahaja.  Begitu juga dengan Ismail Othman, pemain gitar utama dan juga asal nama kumpulan ini.  Dek kerana dijulang populariti, Ismail Othman lemas diulit gadis-gadis 'groupie' sehinggakan beliau mencuba pelbagai jenis ubat 'lelaki' lalu menemui ajal dua tahun sebelum konsert ulangtahun The Ismaelist.  Beliau overdose Super Viagra 2000.

Kumprinx pula pergi tanpa meninggalkan banyak khabar berita.  Jadi untuk konsert ulangtahun ke 49 The Ismaelist, hanya tinggal Pipiyapong dan Dean Sham sahaja.  Dengan bantuan teknologi serta bakat dan dedikasi Dean Sham konsert itu berjaya dilaksanakan dengan hebatnya.  Dean Sham bertindak sebagai pemain dram, gitar utama, dan vokal.  Manakala pipiyapong bermain bass, itu pun banyak dibantu oleh Zan Zaini yang bermain bass di belakang pentas bagi menutupi sebarang kelemahan dalam permainan pipiyapong.

Namun langit tidak selalu cerah.  Oleh kerana konsert itu, nama Dean Sham terlalu dijulang di seantero dunia muzik. Dean Sham nyata tidak senang dengan perhatian dan pujaan berlebihan peminat-peminatnya.  Bagi peminat The Ismaelist, Dean Shan dah tahap dewa.

Solusi hanya satu.  Dean Sham mencipta reka kematiannnya sendiri.  Mayat 'body double' digunakan. Pada masa yang sama Dean Sham melarikan diri ke suatu tempat rahsia di sebuah pulau miliknya.  Media menghebahkan berita kematian mengejut Dean Sham.  Ramai yang tidak dapat menerima kenyataan ini termasuk Pipiyapong.  Oleh kerana terlalu kecewa, pipiyapong menjadi schizoprenic. 

Untuk mengurangkan tahap kekecewaannya, pipiyapong membuat dirinya percaya yang Dean Sham tidak mati pada tahun itu, tetapi mati pada tahun 2040 akibat sakit tua.


Akhirnya pipiyapong menjadi seorang tua yang sepi, dan sering kelihatan minum teh sendirian tanpa ditemani sesiapa kecuali lontaran vokal Dean Sham melagukan hit-hit The Ismaelist melalui iPodnya.



Versi lain:

2060 Pipiyapong
Pasca Apokalips Sinaganaga
Hujung Nyawa Tok rimau

Thursday, July 29, 2010

The Jade Brotherhood



Kepada gadis-gadis emo Kuala Lumpur, berhati-hati jika anda terserempak dengan jejaka-jejaki yang memakai rantai tangan Jade begini.

Lindungi hati dan perasaan anda, kerna jika tidak anda akan merana dan terpaksa tulis sajak berjela-jela.

Pada zahirnya mereka ini 'harmless' tetapi mereka lebih mementingkan 'brotherhood' berbanding 'relationship' cinta anda.

Oleh itu elakkan daripada jatuh hati kepada ahli 'The Jade Brotherhood' ini.

Sekian , salam bahagia.

Tuesday, July 20, 2010

Sol-Jah Sudah keluar National TV dude!

19 Julai 2010, 10 pm, rancangan Di Luar Lingkungan dihoskan oleh Sayed Munawar, TV1.

Buat pertama kalinya RTM menjadi hip, cool, dan relevan sebab Sol-Jah!

HAHAHAHAHAHAHA!!!! (ketawa riak)

***********************

Agaknya Sayed Munawar sedang menanggung kekesalan sebab menjemput Sol-Jah.  Berapa la pulak rim kertas A4 surat tunjuk sebab yang dia harus hantar kepada bos di RTM tu.

Monday, April 12, 2010

Tuan Muda

Baru-baru ini, di Pahang.

Kecoh pasal seorang remaja yang menyamar jadi anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang.

Dia mengelarkan diri dia, 'Tuan Muda'.

Modal dia tidak banyak.  Dia beli dua pasang uniform PLKN, dan entah dari mana dia dapat (atau buat) letter head Istana.

Jadi si remaja ni pun pergilah menjaja gelaran tersebut ke kem PLKN di Kuantan.  Mengikut laporan akhbar ada dua kem yang dia sempat lawat dan siap jadi tetamu istimewa di kem-kem tersebut.

Dia cuma ter'kantol' sebab ada kawan sekolah dia yang kenal dia dan buat laporan polis.  Agaknya si kawan tadi tu terkejut.  Apahal pulak tiba-tiba je jadi anak angkat Raja?!

Dean Sham tak tau nak ketawa ke, nak marah ke kat remaja tu.  Nak respect pun ada kat dia tu.  Dah macam  filem 'Catch Me If You Can' lakonan DiCaprio dan Tom Hanks.  Dalam filem tu, watak DiCaprio ialah seorang budak remaja yang kerjanya menipu organisasi besar seperti Syarikat Penerbangan dan juga orang-orang besar dan berpengaruh.  Tom Hanks pula ialah agen FBI yang ditugaskan tangkap DiCaprio tu.  Akhirnya dia tertangkap juga di akhir filem.

Filem tu menunjukkan bahawa orang senang ditipu kalau kita mempamerkan imej yang betul.  Imej yang orang ingin lihat dan percaya.  Kalau kita nak bagitau pada orang yang kita ni mekanik, setiap hari lalu depan dia dan pakai overall mekanik, pastu tangan dan kuku kasi kotor dengan minyak hitam.  Nescaya bila kereta dia rosak atau tak berapa sedap nak bawak, dia akan tanya kita.

Ataupun, nak mengorat anak makcik jual kuih kat kawasan perumahan kita.  Hari-hari beli kuih, pakai kemeja dan tali leher.  Kasut kasi kilat.  Siap pakai spek lagi walaupun tak rabun.  Nescaya dia ingat kita ni paling koman pun cikgu.  Walaupun sebenarnya kerja kedai makan Siam jual tomyam.

Pendek kata, orang 'judge' kita 'by our looks', kalau ada awek yang kata "I tak tengok rupa, yang penting hati".  Dia sebenarnya separuh menipu.  Kalau hati kita hati emas sekalipun, tapi dressing macam pirates of the carribean, dia pun fikir 25 kali nak bawa jumpa ibubapa dia.

Sama la macam kes remaja menyamar jadi anak angkat raja itu tadi.  Mungkin dia berfantasi untuk jadi orang yang penting, sebab dia tak pernah rasa penting dalam hidup dia.  Mungkin dia sengaja nak ajar masyarakat yang terlalu pentingkan pangkat dan status, yang diukur dari gaya dan imej luaran.

Walau apa pun justifikasi remaja itu.  Dia ajar kita tentang satu perkara.

WE ALL JUDGE THE BOOK BY ITS COVER.

Sebab itulah buku 'KARIPAP-KARIPAP CINTA' SOLD OUT!

HAHAHAHAHA, jangan marah saudara Nazri M. Annuar!

Friday, April 9, 2010

Fitness First or Duit First?


Nak jadi body ketul-ketul macam Gerard Butler bukan senang rupanya.

Perlu banyak pelaburan.  Masa, tenaga nak angkat besi, dan yang paling penting DUIT.

Ya, duit.  Bukan murah untuk seksa diri, sampai sakit-sakit otot, sakit-sakit tulang temulang.

Nak jadi ahli gim berangkai di ibukota ni, perlu kurang-kurang RM 1000-RM 2000. Untuk jangka masa setahun.  Itu belum menjamin body ketul-ketul.

Kena bayar personal trainer lagi.  Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang specific macam mana nak angkat besi tu betul-betul.  Macam mana nak lari betul-betul, macam mana nak makan yang betul.  Kata diaorang, rejim latihan berbeza ikut orang, jenis darah, tujuan latihan, matlamat latihan, dan macam-macam lagi.

Jadi, kena ambil personal trainer.  Duit lagi.  Itu belum masuk, pil-pil, protein, supplement itu, supplement ini.

Campur tolak, kali bahagi.  Kurang-kurang kena ada sedia RM2,3 ribu dalam tangan.

Sebab DeanSham cuma ada, RM2,3 puluh ringgit je dalam tangan.  Maka adalah lebih baik DeanSham pergi buat latihan muscle mulut dan perut.  Di kopitiam.