Friday, March 27, 2009

LEMBU WHISPERER

Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz

27/03/2009 2:26pm, UTUSAN MALAYSIA

KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

***************************************

HAHAHAHAHAHAHAHAH!!!!!!!!

Aku selama ni tak sedar ada 'special ability" !

Aku boleh bercakap dengan lembu rupanya.

Wednesday, March 11, 2009

BAHASA JIWA BANGSA Part Deux

"Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa"


Semalam 'tertengok' TV1. Ada video clip lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

Agaknya 'berasap' telinga geng-geng yang pergi buat demo itu hari.

'Berapi' mata, geng-geng yang kena tear gas.

Apabila menonton video clip tersebut di TV1.

Kempen bukan main. Polisi lain pulak ye?

"Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa"

Lagu/Lirik: Dol Ramli

Tuesday, March 10, 2009

BAHASA JIWA BANGSA

Baru-baru ini.

Ramai yang pergi ke Istana Negara.

Buat Demo.

Menentang Dasar ajar sains & matematik dalam English.

Personally I couldn't care less.

Nak ajar dalam Bahasa Melayu ke, English ke, janji korang belajar dah.

Jangan jadi bodoh sombong cukup.

Tapi.

Kalau fikir-fikir balik, kalau tak guna Bahasa Melayu di tempat sendiri, kat mana lagi nak guna?

Sekolah jenis Kebangsaan Cina? Hmm...

Sedih juga kan?

Macam aku la, orang Melayu, dengar lagu English, Radio siaran English, tengok movie English. Kalau cerita Melayu memilih.

Baca literature English, hasad dengki ja orang Melayu. Itu tak nak pupus pulak.

Malang hidup di zaman ini agaknya, zaman English, semua technology dalam English.

Kalau terer sains, matematik, tapi English bodoh pun tak kemana, sebab dalam dunia ni berapa kerat ja yang guna bahasa Melayu, kat Malaysia ni pun separuh orang Melayu suka guna English. Jangan kira la bangsa-bangsa lain tu.

Aku tak sokong demo itu.

Tapi, faham, kenapa mereka buat begitu.

Persoalan ini rumit.

Mahu Bangsa tanpa bahasa atau Bahasa tanpa bangsa?

Aku?

Mahu Whopper di Burger King.

Friday, March 6, 2009

Ungrateful

Some people are just ungrateful.

Some people are just ungrateful and too self centered.

Bloody Hell.

Saturday, February 14, 2009

And Justice for All

Dari kecik sampai besar, sampai dah tahap abang-abang ni pun, masalah sama tetap berlaku.

Sebulan sekali, mesti bekalan elektrik terputus.

Semalam, malam, tengah layan Raja Lawak (tak le lawak sangat pun, tapi tengok sebab sokongan kepada local talent) bekalan elektrik terputus.

Baru ja declare tarif nak turun, terus bekalan terganggu. Macam nak balas dendam pulak.

Secara logiknya, takde sebab kenapa bekalan lektrik nak terputus.

Malaysia ni bukannya ada gempa bumi, snow tebal jauh la sekali.

Nak kata minyak mahal, harga kat pasaran dunia tengah turun. Takkan TNB lupa beli stok minyak untuk power plant diaorang.

Tak lain tak bukan, mesti pasal budaya maintenance yang teruk. Kat Malaysia ni, bab buat memang terer, tapi bab maintain nombor corot.

Human error, kata seorang kawan, sebagai manusia, mesti ada buat salah. So maafkanlah mereka.

Murphy's law, kata kawan sorang lagi. What can go wrong will go wrong eventually. Dah nak rosak nak buat camna?

Habis kalau camtu, apa guna bayar gaji engineer mahal2?! Fikir la solution macam mana nak solve problem sebelum problem jadi critical, or even sebelum jadi problem pun dah tahu macam mana nak buat.

Belajar tinggi masing2, ada Ir la, itu la ini la. Bodoh sama jugak.

Bukan apa marah sangat ni. Bukan pasal tak sempat tengok raja lawak sampai habis.

Tapi, Malaysia ni panas bro! takde elektrik, macam mana nak pasang kipas! berpeluh macam sauna dah semalam!

Dah jadi macam Turkish Bath dan rumah gua semalam.

Patutnya, setiap kali bekalan elektrik terputus, bagi la diskaun pada pelanggan. Buat pengubat hati.

Apa rugi sangat ke TNB kalau bagi rebet setiap kali elektrik terputus?

Tak nak rugi, jangan la kasi bekalan terputus.

Tarak sekolah punya orang.

Thursday, February 12, 2009

UNCLEAN



Taken from Yasmin Ahmad's Blog.

Pasal Budak autistic dibantu oleh Anjing untuk terapi dia.

Based on a true story. Budak tu from a Muslim family.

More info visit:http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/2009/02/please-spread-this-little-film.html

Wednesday, February 4, 2009

RM 80/kg

"Berapa sekilo?"

"RM80 saja"

"Wah! banyak mahal!, ini macam untung besar la!"

"Mana ada! ini binatang takde isi punya, berat kulit sama ekor saja"

"Oh...itu macam ka..."

*************************************

Perbualan diatas dirakam ketika DeanSham melawat Ladang Buaya.

Ya. ladang Buaya. Korang ingat Kelapa Sawit ja ada ladang?!

Kat Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor, ada crocodile farm tau!

http://www.etour-singapore.com/kota-tinggi-crocodile-farm.html



Danial Dean buat stunt lebih pegang baby buaya.