Monday, April 12, 2010

Tuan Muda

Baru-baru ini, di Pahang.

Kecoh pasal seorang remaja yang menyamar jadi anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang.

Dia mengelarkan diri dia, 'Tuan Muda'.

Modal dia tidak banyak.  Dia beli dua pasang uniform PLKN, dan entah dari mana dia dapat (atau buat) letter head Istana.

Jadi si remaja ni pun pergilah menjaja gelaran tersebut ke kem PLKN di Kuantan.  Mengikut laporan akhbar ada dua kem yang dia sempat lawat dan siap jadi tetamu istimewa di kem-kem tersebut.

Dia cuma ter'kantol' sebab ada kawan sekolah dia yang kenal dia dan buat laporan polis.  Agaknya si kawan tadi tu terkejut.  Apahal pulak tiba-tiba je jadi anak angkat Raja?!

Dean Sham tak tau nak ketawa ke, nak marah ke kat remaja tu.  Nak respect pun ada kat dia tu.  Dah macam  filem 'Catch Me If You Can' lakonan DiCaprio dan Tom Hanks.  Dalam filem tu, watak DiCaprio ialah seorang budak remaja yang kerjanya menipu organisasi besar seperti Syarikat Penerbangan dan juga orang-orang besar dan berpengaruh.  Tom Hanks pula ialah agen FBI yang ditugaskan tangkap DiCaprio tu.  Akhirnya dia tertangkap juga di akhir filem.

Filem tu menunjukkan bahawa orang senang ditipu kalau kita mempamerkan imej yang betul.  Imej yang orang ingin lihat dan percaya.  Kalau kita nak bagitau pada orang yang kita ni mekanik, setiap hari lalu depan dia dan pakai overall mekanik, pastu tangan dan kuku kasi kotor dengan minyak hitam.  Nescaya bila kereta dia rosak atau tak berapa sedap nak bawak, dia akan tanya kita.

Ataupun, nak mengorat anak makcik jual kuih kat kawasan perumahan kita.  Hari-hari beli kuih, pakai kemeja dan tali leher.  Kasut kasi kilat.  Siap pakai spek lagi walaupun tak rabun.  Nescaya dia ingat kita ni paling koman pun cikgu.  Walaupun sebenarnya kerja kedai makan Siam jual tomyam.

Pendek kata, orang 'judge' kita 'by our looks', kalau ada awek yang kata "I tak tengok rupa, yang penting hati".  Dia sebenarnya separuh menipu.  Kalau hati kita hati emas sekalipun, tapi dressing macam pirates of the carribean, dia pun fikir 25 kali nak bawa jumpa ibubapa dia.

Sama la macam kes remaja menyamar jadi anak angkat raja itu tadi.  Mungkin dia berfantasi untuk jadi orang yang penting, sebab dia tak pernah rasa penting dalam hidup dia.  Mungkin dia sengaja nak ajar masyarakat yang terlalu pentingkan pangkat dan status, yang diukur dari gaya dan imej luaran.

Walau apa pun justifikasi remaja itu.  Dia ajar kita tentang satu perkara.

WE ALL JUDGE THE BOOK BY ITS COVER.

Sebab itulah buku 'KARIPAP-KARIPAP CINTA' SOLD OUT!

HAHAHAHAHA, jangan marah saudara Nazri M. Annuar!

Friday, April 9, 2010

Fitness First or Duit First?


Nak jadi body ketul-ketul macam Gerard Butler bukan senang rupanya.

Perlu banyak pelaburan.  Masa, tenaga nak angkat besi, dan yang paling penting DUIT.

Ya, duit.  Bukan murah untuk seksa diri, sampai sakit-sakit otot, sakit-sakit tulang temulang.

Nak jadi ahli gim berangkai di ibukota ni, perlu kurang-kurang RM 1000-RM 2000. Untuk jangka masa setahun.  Itu belum menjamin body ketul-ketul.

Kena bayar personal trainer lagi.  Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang specific macam mana nak angkat besi tu betul-betul.  Macam mana nak lari betul-betul, macam mana nak makan yang betul.  Kata diaorang, rejim latihan berbeza ikut orang, jenis darah, tujuan latihan, matlamat latihan, dan macam-macam lagi.

Jadi, kena ambil personal trainer.  Duit lagi.  Itu belum masuk, pil-pil, protein, supplement itu, supplement ini.

Campur tolak, kali bahagi.  Kurang-kurang kena ada sedia RM2,3 ribu dalam tangan.

Sebab DeanSham cuma ada, RM2,3 puluh ringgit je dalam tangan.  Maka adalah lebih baik DeanSham pergi buat latihan muscle mulut dan perut.  Di kopitiam.

Thursday, April 1, 2010

Puisi & Bunyi

"Apa? puisi tu bukan bunyi ke?"

"Tapi puisi ni ada bunyi-bunyi belakang dia"

"Oh..kira ada orang main lagu la kat background?"

"Ni lagi special, ada bunyi dari space"

"Wah! puisi STAR WARS la ni!  Best-best!"

"... (susah bercakap dengan jiwa berbudaya pop ni)"

*****************************************

Dengar Di bawah Bintang Mengerdip- Kolaborasi Pak Samad dan Space Gambus Experiment.

Tuesday, March 16, 2010

Buat Music Video Murah Sikit!




Young and Dangerous beraksi di bandaraya JB untuk klip video mereka yang pertama, berjudul 'Tidak Peduli'.

Kalau diaorang tak promote JB, siapa lagi, ye tak?



Friday, March 12, 2010

Siri Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem VI

"Buat filem ni mahal"

"Tapi kalau kita ada budget kecik, kita kena la lebih kreatif kan?"

"Betul, tapi buat filem ni masih lagi mahal"

"Sebab?"

"Yang penting sekali, kita mesti ada story to tell, untuk ada story, pembikin filem mesti ada issue, dia mesti ada 'masalah', dari situ baru dia ada benda yang nak dicerita" 

"Apa kena mengena dengan duit?"

"Ada story satu hal, nak execute story tu hal yang lain, itu yang jadi mahal"

"Pilih la story yang murah-murah..heh..heh.."

"Story apa yang murah? Kau bagitau aku"

"Buat la cerita macam Blair Witch Project tu, murah ja.."

"Betul Blair  Witch tu murah ja production dia, tapi cuba kau check berapa banyak diaorang belanja untuk marketing and promotion?  Banyak!  akhirnya sama juga, kalau kau tak spend kat production, kau kena spend kat marketing"

"Ohhh.."

"Kau tetap kena bina 'Make Believe World' kau.  Samada kau nak spend untuk bina dunia tu semasa production atau nak bina make believe world kau tu kat media, masa kau buat marketing.  Its your choice. Macam mana pun tetap kena guna duit.  Kau kena ingat, yang baik itu selalunya mahal"


***************************************************************************

"Tokay, ini tempat sewa berapa?"

"Ground floor ka, 1st floor?"

"Ground floor"

"Apa mau bikin?"

"Mau bikin store"


"Apa jenis store, apa barang mau simpan?"

"Mau simpan props, itu buat filem bunya hal"

"Oh, buat filem ka, ahh..satu bulan RM2000 la"

"Semalam saya call you punya ofis cakap RM1800 saja?!"

"Oh, itu semalam dia sudah salah la itu lain punya tempat"

" Saya mau itu tempat lah, itu RM1800 punya"

" Oh, itu orang lain sudah angkat la"

**************************

Buat filem memang mahal.

Friday, March 5, 2010

Hidup Umpama Wayang, Wayang Itu Satu Penipuan.

Ext.Gerai Cendol Sedap.Day

Hari itu panasnya terlalu terik, sampai membuatkan Dean Sham kira balik dosa pahala untuk tempoh 24 jam kebelakang.  Sah, memang cuaca yang panas bukan Dean Sham, sebab Dean Sham baru niat nak pergi sembahyang lepas minum-minum (niat pun dapat pahala apa).

Bila kita di tempat yang kurang kita ketahui, kita perlu membuat rujukan dengan mereka yang arif tentang tempat itu.  Lebih-lebih lagi kalau berkenaan dengan bab makan-makan.  Sebab Maria Tunku Sabri pun dah tak 'Jalan-jalan Cari Makan' lagi dah, maka nak tanya dia pun dah tak guna.  Jadi Dean Sham tit-tot, tit-tot dengan Pipiyapong, oleh kerana sudah masuk dalam kawasan jajahan dia.

Dean Sham tit. "nak minum mana sedap kat sini, petang2 ni?"

Pipi tot. "centrepoint, bawah tu ada kedai cendol"

Tanpa buang masa yang banyak, sampai la Dean Sham ke tempat itu.  Conventional Wisdom mengatakan bahawa kalau gerai makan minum itu dipenuhi orang ramai, maka besar kemungkinan jualannya itu memenuhi piawai pengguna.  Melainkan pengguna disitu semuanya mempunyai citarasa kambing.  Dalam hal ini piawai pengguna tidak boleh diguna pakai.

Melilau juga mata mencari meja kosong. Ini petanda baik.  Dapat meja terus duduk.  Di gerai itu ada tertulis, "Layan Diri".  Gerai cendol pun nak jadi McDonald.  Pengaruh Amerika semakin berleluasa.

"cendol lima, minum" kata Dean Sham dalam gaya bahasa Kuala Lipis (Dean Sham lulus dengan cemerlang dalam ujian bahasa lipis di Facebook, walaupun dicurigai oleh Amar, katanya Dean Sham dapat soalan bocor.  Melayu sungguh Amar ni!)

Sampai saja cendol yang dihantar seorang budak muda gempal pakai kopiah, terus Dean Sham capai sudu dan suap cendol ke mulut.  Baca Bismillah pun, waktu cendol dah kena anak tekak.  Teruk sungguh pekerti Dean Sham.

Cendol tu tak mengecewakan langsung.  Sambil makan, sambil puji Pipiyapong (patutnya puji la makcik tu, pipi tukang rekomen ja)

Tiba-tiba, Pipi tit. "jangan lupa buli budak muda gempal pakai kopiah tu"

Dean Sham tot. "kesian aku nengok dia, rajin keje gayanya"

"Pipi tit.  "Cis, budak tu kalau ajak pegi rumah urut kat kolumpo terus tanggal kopiah, tipu ayah dia"

Dean Sham tot.  "Hahaha cilakak lu!"

******************************************************************


All the world's a stage, and all the men and women merely players - Shakespeare 

Watak mana yang kau mau?

Tuesday, March 2, 2010

Siri Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem V

"Buat filem ni ada syariat-syariatnya, ada tertib yang kau kena ikut"

"Macam mana nak tau syariat tu, tertib tu?"

" Kena la berguru!"

*******************************************

Berguru itu penting, kalau kau ada ilmu tanpa guru, ilmu kau melantun-lantun.  Tiada reflection apa yang kau buat itu benar atau tidak.

Guru selalunya tidak pernah memuji muridnya secara terus.  Murid kena faham yang status seorang murid layaknya diludah guru.

Murid perlu faham pujian sang guru bukanlah tujuan berguru, tujuan berguru ialah ilmu.  Murid tidak hidup dek puji guru, tapi belajar dek keji guru.