Wednesday, February 22, 2012

Spreading Myself too Thin

Busy.

Siapa yang tak busy.  Orang takde kerja pun kalau tanya, mesti dia pun jawab busy juga kadang-kadang.

Tapi.  Busy yang sengaja dicari, lepas tu menyesal sebab takde masa untuk diri sendiri.

Penting ke masa untuk diri sendiri?

Ahh..! itu semua propaganda barat.  Suruh orang Melayu malas le tu.

Gila!

Gila! gua ada blog rupanya!

hahahahahaha!


Monday, April 11, 2011

Sayang Sarawak sungainya sempit

Tidak.  Ini tidak ada kena mengena dengan pilihanraya Negeri Sarawak.

Cuma Dean Sham terfikir betapa 18 SXnya maksud lirik lagu tersebut.

Nakal orang Melayu dulu-dulu ni.

Oleh yang demikian, janganlah orang dulu-dulu salahkan Internet pasal perangai budak-budak sekarang.





Monday, September 6, 2010

Ada Salah Yang Boleh Di Maafkan

Tapi,


Kalau dah buat Santa Melayu naik beca terbang, memang gua tak boleh maaf.

Kalau betul-betul nak buat, buat la kereta lembu terbang! baru true, ye tak?!

Friday, August 27, 2010

2059

Disember 2059.

The Ismaelist baru sahaja melangsungkan konsert ulangtahun mereka ke 49.  Rata-rata peminat taksub the Ismaelist agak hairan mengapa Ismaelist meraikan ulangtahun ke 49 tetapi tidak ke 50?

Oleh kerana persembahan mantap kumpulan tersebut pada konsert itu, rata-rata peminat taksub The Ismaelist merasakan isu 49, 50 tidak material.  Apa yang penting bagi mereka persembahan Dean Sham masih lagi hebat, tetap dinamik seperti awal kemunculan The Ismaelist.  Malah menurut penulis biografi merangkap jurugambar tidak rasmi The Ismaelist, Jo Ghazali, Dean Sham lah sebab utama mengapa kumpulan elektro rock n' roll itu menjadi legenda.  Kalau hendak diharapkan pemain bass pipiyapong, mungkin The Ismaelist masih lagi bermain di pertandingan kugiran sekitar Kuala Lipis dan Raub sahaja.  Begitu juga dengan Ismail Othman, pemain gitar utama dan juga asal nama kumpulan ini.  Dek kerana dijulang populariti, Ismail Othman lemas diulit gadis-gadis 'groupie' sehinggakan beliau mencuba pelbagai jenis ubat 'lelaki' lalu menemui ajal dua tahun sebelum konsert ulangtahun The Ismaelist.  Beliau overdose Super Viagra 2000.

Kumprinx pula pergi tanpa meninggalkan banyak khabar berita.  Jadi untuk konsert ulangtahun ke 49 The Ismaelist, hanya tinggal Pipiyapong dan Dean Sham sahaja.  Dengan bantuan teknologi serta bakat dan dedikasi Dean Sham konsert itu berjaya dilaksanakan dengan hebatnya.  Dean Sham bertindak sebagai pemain dram, gitar utama, dan vokal.  Manakala pipiyapong bermain bass, itu pun banyak dibantu oleh Zan Zaini yang bermain bass di belakang pentas bagi menutupi sebarang kelemahan dalam permainan pipiyapong.

Namun langit tidak selalu cerah.  Oleh kerana konsert itu, nama Dean Sham terlalu dijulang di seantero dunia muzik. Dean Sham nyata tidak senang dengan perhatian dan pujaan berlebihan peminat-peminatnya.  Bagi peminat The Ismaelist, Dean Shan dah tahap dewa.

Solusi hanya satu.  Dean Sham mencipta reka kematiannnya sendiri.  Mayat 'body double' digunakan. Pada masa yang sama Dean Sham melarikan diri ke suatu tempat rahsia di sebuah pulau miliknya.  Media menghebahkan berita kematian mengejut Dean Sham.  Ramai yang tidak dapat menerima kenyataan ini termasuk Pipiyapong.  Oleh kerana terlalu kecewa, pipiyapong menjadi schizoprenic. 

Untuk mengurangkan tahap kekecewaannya, pipiyapong membuat dirinya percaya yang Dean Sham tidak mati pada tahun itu, tetapi mati pada tahun 2040 akibat sakit tua.


Akhirnya pipiyapong menjadi seorang tua yang sepi, dan sering kelihatan minum teh sendirian tanpa ditemani sesiapa kecuali lontaran vokal Dean Sham melagukan hit-hit The Ismaelist melalui iPodnya.



Versi lain:

2060 Pipiyapong
Pasca Apokalips Sinaganaga
Hujung Nyawa Tok rimau

Thursday, July 29, 2010

The Jade Brotherhood



Kepada gadis-gadis emo Kuala Lumpur, berhati-hati jika anda terserempak dengan jejaka-jejaki yang memakai rantai tangan Jade begini.

Lindungi hati dan perasaan anda, kerna jika tidak anda akan merana dan terpaksa tulis sajak berjela-jela.

Pada zahirnya mereka ini 'harmless' tetapi mereka lebih mementingkan 'brotherhood' berbanding 'relationship' cinta anda.

Oleh itu elakkan daripada jatuh hati kepada ahli 'The Jade Brotherhood' ini.

Sekian , salam bahagia.

Tuesday, July 20, 2010

Sol-Jah Sudah keluar National TV dude!

19 Julai 2010, 10 pm, rancangan Di Luar Lingkungan dihoskan oleh Sayed Munawar, TV1.

Buat pertama kalinya RTM menjadi hip, cool, dan relevan sebab Sol-Jah!

HAHAHAHAHAHAHA!!!! (ketawa riak)

***********************

Agaknya Sayed Munawar sedang menanggung kekesalan sebab menjemput Sol-Jah.  Berapa la pulak rim kertas A4 surat tunjuk sebab yang dia harus hantar kepada bos di RTM tu.