Thursday, December 31, 2009

Kenapa Mesti Parti di Ambang Tahun Baru

Berikut adalah senarai alasan kenapa mesti parti di ambang tahun baru 2010 mengikut perkiraan DeanSham.

1. Sebab nak cari alasan untuk mabuk-mabuk di tempat trendy.

2. Sebab nak ikut budaya negara maju, tak parti kira tak 'omputih' la.

3. Sebab ASTRO cerita tak sedap. HBO asyik ulang movie sama je.

4. Sebab rumah takde aircond, kat club ada aircond.

5. Sebab kat rumah takde arak, nak simpan stok, takut kalau mak tiba-tiba datang melawat tanpa warning.

6. Sebab senang jumpa awek/balak, untuk tujuan seks rambang.

7. Sebab boleh countdown ramai-ramai, seronok wo...ramai-ramai kira dari 10 sampai 1, Matematik tak pernah seseronok ini.

8. Sebab RTM cerita tak sedap, ada ke patut malam new year ada forum perdana..heh..heh..heh..

9. Sebab semua orang buat apa?!

10. Sebab nak happy-happy, sebelum masalah lama menjelma kembali di tahun baru! hahahaha...hutang, health, and what not!

Tuesday, December 22, 2009

Menuju Puncak

"Sepanjang kereta kabel ini beroperasi, baru ada dua insiden"

"Insiden apa uncle?"

"Jatuh"

"Cable Car tu jatuh?!"

"Ya, jatuh, ada satu bawa lapan orang, kes nombor dua bawa tiga orang saja"

"Mati?"

"Mesti mati wo! dari atas ni 6 ribu kaki!"

" Apa macam boleh jatuh?"

"Angin kuat, cable car tu pakai clip saja, dulu manual, hujan ka, angin kuat ka diaorang kasi jalan saja"

"So"

"So, bila angin kuat, itu cable car sudah goyang, bila sudah goyang banyak kuat, dia jatuh"

"Sekarang boleh jatuh lagi ka?"

"Sekarang sudah lain, sistem sudah bagus, kalau hujan kuat, angin kuat, dia sendiri berhenti!"

"Kalau berhenti mau buat apa?"

"Tunggu saja la, ada hayun sikit la, tapi takdak apa, jangan fikir duduk tempat tinggi la, pikir macam duduk rumah saja, baru tak takut sangat"

"Kalau berhenti berapa lama?"

" Tengok la, kadang-kadang setengah jam, paling lama pun satu jam saja"

"oh..itu macam ka.."

*****************************************************************************

Perbualan ini dirakam ketika perjalanan turun dari Genting Highlands dengan teksi.

Masa naik, naik cable car. Turun naik teksi sebab malas nak queue.

Kalau la perbualan ini berlaku sebelum naik cable car masa tengah hujan tadi. TOBAT tak naik!

Tuesday, December 15, 2009

Dosa Jeans & T-Shirt

Di zaman serba moden ni, di era digital, dunia tanpa sempadan.

Jeans & T-shirt masih lagi dipandang serong oleh sesetengah pihak.

Ada pihak masih menganggap Jeans & T-shirt adalah pakaian golongan kasta bawahan.

Tak sesuai dipakai ke pejabat, sekolah, universiti, mahupun pejabat pos.

DeanSham ada pengalaman suatu ketika dulu, sekitar tahun akhir 80an di sebuah kampung dipinggir bandar Kuantan.

Di sebuah masjid, ada seorang musafir singgah bersolat. Tak silap DeanSham waktu tu solat Jumaat.

Dan dia pakai jeans & t-shirt. Nak terkeluar mata orang kampung tengok mamat tu solat Jumaat pakai jeans & t-shirt.

Tapi, diaorang tak berani nak sound, sebab mamat musafir tu, orang putih. DeanSham tak pasti la dia bangsa apa, entah-entah orang parsi ke, tapi dia orang putih la, sama muka hidung dia macam orang putih yang orang kampung selalu jumpa backpacking kat sekitar bandar Kuantan tu.

Kalau la mamat tu muka melayu, nescaya boleh kena halau agaknya dia dari masjid tersebut.

Sebab, kat kampung tu, ada orang pernah kena sound kerana guna surat khabar cina buat lapik duduk masa baca yasin kat kubur masa Aidil fitri. Gamaknya time tu kalau diaorang nengok orang Melayu makan pakai chopstick, mau kena cucuk mata orang yang makan tu dengan chopstick tersebut.

Berbalik kepada hal jeans itu tadi. Di tempat DeanSham bekerja, jeans dan t-shirt adalah dilarang dipakai waktu pejabat atau waktu terlibat dengan urusan rasmi. Dress code di sini menyatakan, semua orang mesti pakai slack dan kemeja. Tak kiralah kalau slack tersebut yang cutting nya dah tak boleh jumpa di pasaran ataupun kemejanya jenis bunga-bunga kemudian dipadankan pula dengan tali leher jalur lebar (bukan broadband ye). Janji, slack dan kemeja.

Soal citarasa, kesesuaian, gaya tidak penting, apa yang penting slack dan kemeja. Biarpun, kalau DeanSham pakai jeans dan t-shirt fesyen terkini dan nampak lebih anggun, dan yang pakai kemeja itu tadi selekeh nak mampus. Dari segi hukum undang-undang dan peraturan bekerja, dia masih lagi betul. DeanSham dah kira ber'dosa'.

Di sini 'form' adalah lebih diutamakan berbanding 'substance'. Kalau jeans itu tadi mahal, berjenama, ataupun sedap mata memandang ia akan tetap dikira salah. Manakala kemeja dan slack itu walaupun sudah out dated, tetap akan betul.

Sehubungan dengan itu, DeanSham telah pun memohon cuti panjang tetapi pada masa yang sama masih berkerja seperti biasa, supaya dapat memakai Jeans & T-shirt setiap hari, dan akan membuktikan bahawa pemakaian Jeans & T-shirt ataupun kemeja & slack tidak ada kena mengena dengan produktiviti negara.

Kalau bos tanya, "Apahal pakai jeans ni?!"

Maka DeanSham boleh menjawab dengan yakin, " Saya cuti bos!"

Monday, December 14, 2009

Young and Dangerous

Tajuk filem Cina yang menjadi kegemaran remaja tua macam DeanSham.

Suatu ketika dulu semua budak lelaki nak jadi macam Chan Ho Nam, ataupun Chicken dan lepak kat causeway bay sambil gaduh ramai-ramai pakai kayu ataupun pisau potong sayur/daging.

Walaupun pakai kot, gengster Hong Kong fight tak pakai pistol, dan geng ho nam, belasah orang dengan apa yang sempat diaorang capai je. Paling class, chicken, dia boleh hempuk orang dengan handphone (masa tu handphone yang paling kecil pun, kalau baling kat anjing, boleh koma anjing tu).

Baru-baru ni, DeanSham berkesempatan untuk bikin video clip dengan band indie yang guna nama Yound and Dangerous (YAD). Sebab DeanSham pun agak 'young' dan sedikit 'dangerous', tanpa segan silu DeanSham menerima tawaran Tok Rimau, yang jadi director untuk video clip tu.

Apabila nak habis shooting, beberapa kejadian yang menyebabkan DeanSham tersedar yang DeanSham dah tak berapa 'young' lagi dah.

Berikut adalah dalil-dalil mengapa DeanSham dan Tok Rimau dah tak 'Young and Dangerous':

1. Ada ke patut Tok Suruh sorang rock star indie pegi jaga trafik! Sebab tak kenal dan tak mengikuti trend musik semasa, Tok suruh Naz (frontman Plague of Happiness) untuk jaga trafik masa shooting. Dia datang nak bagi moral support pada YAD, alih-alih kena jaga trafik. Nasib baik brother Naz cool. Kalau kena rock star yang timing sikit, kena 'tiao' agaknya Tok Rimau!

2. DeanSham first time tengok dan dengar kasut brand SUPRA. kata budak-budak YAD, itu kasut 'rare', dan boleh beli kat US ja. DeanSham ingat kalau dah ada Converse sebiji dah kira cool dah. Cit!

3. DeanSham dan Tok kalau pakai jeans skinny macam budak-budak YAD, agaknya muntah-muntah budak-budak tu menengok ke gayanya.

4. DeanSham dengan Tok je, takde groupie itu hari. *sigh*

Hish..banyak la lagi kalau nak tulis dalil-dalil ni.

Tapi, bak kata Tok, kitaorang memang bukan Young & Dangerous, tapi OLD & EXTREMELY HAZARDOUS!

Friday, December 11, 2009

Kasta Seni

Ext. Rumah Pena. Night

Orang ramai berpusu-pusu di pintu rumah Pena. Malam itu, malam minggu, malam MASKARA Sindiket Sol-jah. Semua rakyat kota yang 'cool' ada di situ. Sesiapa yang berada di rumah atau di tempat yang lain selain daripada berpusu-pusu di pintu rumah Pena itu secara otomatiknya akan kehilangan ke 'cool' an mereka untuk hujung minggu tersebut. Bukan mudah untuk mendapatkan kembali ke'cool'an itu. Mereka perlu tunggu sehingga edisi Maskara yang seterusnya di adakan. Itu mau makan satu bulan lamanya.

Bukan mudah untuk masuk ke MASKARA sekarang ini. Pintu dijaga rapi oleh Sameer Khan, yang lengannya sahaja, sudah sebesar peha pipiyapong. Itu baru lengan, kalau...

Sameer Khan, tugasnya mudah. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab untuk membuat tapisan bagi pengunjung ke MASKARA. Siapa yang 'cool', boleh masuk, siapa yang tidak 'cool', sila lah pulang sahaja ke rumah masing-masing untuk menonton 999 atau mana-mana cerita hantu yang berpeleseran di kaca TV di negara ini. Siapa yang 'cool' and 'sexy' sila ke pintu ekspress.

Jadi, siapa yang 'cool'? Sameer Khan ada metodologi yang tersendiri untuk membezakan mana yang 'cool' dan mana 'cool pretender'.

1. Tengok baju dia. Kalau pakai baju batik, suruh dia balik serta merta.

2. Tengok dengan siapa dia datang. Kalau dia datang dengan orang yang pakai baju batik, suruh dia beransur pulang dengan kadar segera.

3. Tengok dengan apa dia datang. Kalau dia datang dengan kereta yang boot belakang ada spoiler dah macam tiang gol, suruh dia pergi saja ber MASKARA di kedai Brothers.

Tapi, masih ada yang mampu menyelinap masuk. Ada yang sudah pandai 'blend in'.

Sameer Khan tidak gusar dengan semua itu. Dia ada taktik khas untuk membezakan 'Seni baju batik', dan 'Seni jeans & T-shirt'. Dia akan gunakan taktik, soalan mengejut di saat getir.

Apabila 'cool pretender' sudah yakin yang dia sudah bisa membolosi pertahanan Sameer Khan, apabila dia sudah lali, dan sudah berada di 'comfort zone' dan di saat hampir melangkah ke bendul pintu rumah Pena, Sameer Khan akan bertanyakan soalan mengejut itu.

"Kami nak bagi baju free untuk pengunjung bertuah, baju batik size apa, L, XL, ke XXL?"

"Baju t-shirt L boleh, tapi baju batik biasa pakai XL, selesa sikit!"

ZASS!!! Dengan tak semena-mena 'cool pretender' terbang dari pintu rumah Pena ke pintu pagar rumah Pena. Kalau nasib baik dia akan landing atas rumput.

Penangan lengan sebesar peha pipiyapong, Sameer Khan.

"Hahahaha!!! Cuba tipu ya!" bentak Sameer Khan.


*PUFF*

Tiba-tiba hilang muka Sameer Khan.

"La... mimpi rupanya!" kata Dean Sham sambil mengosok-gosok mata macam dalam adegan baru tersedar dari mimpi cerita Melayu.

Thursday, December 10, 2009

Kepala Kebal



Sinaganaga bilang style rambut yang tak berambut ni sebagai 'kepala kebal'.

Ye la, kulit kepala dah immune dengan macam-macam benda, dan mampu menahan cahaya UV dari masuk terus ke otak tanpa perlu bantuan rambut.

Ya, memang hebat, 'cool', dan terserlah kejantanannya. Tak percaya?

Cuba tanya Tok Rimau.

Tapi. Ada satu masalah. Sebat tak ada penebat, sipemakai 'kepala kebal' cepat sangat dahaga kalau jalan-jalan ataupun bersiar-siar.

"sigh"

Wednesday, December 9, 2009

Seni Untuk Rakyat

"Aktiviti seni ni bukan untuk golongan elitis" kata Dragon Master sambil senyum penuh makna.

Aku pun senyum balik. Tak ada makna. Tak paham barangkali kenyataan dia tu. Nak tanya, nampak sangat bodoh.

Untuk kurangkan rasa bodoh, buat-buat fikir. Konon baca dalam la. Padahal haram.

Walaupun nama dia Dragon, tapi dia sebenarnya orang biasa je. Ada telinga, ada hidung, ada misai, dan takde api keluar dari mulut dia. Sekali-sekala ada la keluar asap. Itupun asap rokok. Orang seni kata dia, mesti hisap rokok.

Selepas kerut-kerut kening buat-buat macam fikir yang mendalam, teringat pula kata hikmat Brother Tiger (diaorang ni nama je ganas, tapi takde kena mengena dengan gangster Hong Kong macam dalam cerita 'Young & Dangerous' tu).

Kata Brother Tiger, "Soalan yang bodoh ialah soalan yang tidak ditanya"

Tambah dia lagi, "Sebab dengan bertanya soalan la, kita dapat keluar dari kebodohan tersebut"

Berbekal kata hikmah tersebut, aku bertanya.

"Maksud abang?"

"Maksud apa?"

"Bukan untuk golongan elitis"

"Seni bukan dihasilkan untuk memenuhi aspirasi golongan tertentu saja"

"Walaupun sesetengah hasil seni tak mudah difahami, tak mudah dihadam oleh orang kebanyakan, tapi itu bukan lesen untuk karyawan, atau orang seni meng'alienasi' kan golongan kebanyakan itu"

"Seni tak harus jadi elit, tak harus ada kasta! engkau tak faham, maka engkau bukan dari golongan aku, atau engkau kasta rendah sebab engkau tak dengar musik yang aku dengar!"

Ni yang malas nak tanya. panjang pulak jawapan dia.

"Habis nak buat macam mana lagi, kalau dah ramai yang 'buta seni' "

"Tanggungjawab karyawan ni besar, selain dari jadi pemikir diaorang juga kena ajar masyarakat, buka mata masyarakat"

"Bukan kerja senang tu bang!"

"Hahaha..kalau nak senang, tak payah berkarya! Pergi kerja gomen, makan gaji ja!"

"Cit, jangan hina keje gomen ni bang! seni jugak tu!"

"Seni apa nya?!"

"Seni silap mata, masuk pukul 8am, hilang pukul 10am, timbul balik pukul 12pm, hilang balik pukul 1pm, alih-alih jumpa kat gerai menge'teh' pukul 3pm, haa..magis tu!"

"Itu bukan seni untuk rakyat, itu seni menghabiskan duit rakyat! HAHAHAHA!"

"Hahahaha..rakyat juga!"

Tuesday, December 8, 2009

Bercakap Dengan Jun

Int. Office. Day

Dua lelaki sedang membaca akhbar di ruang rehat pejabat. Zack, kelihatan asyik membaca akhbar berbahasa Inggeris. Walaupun SPM dapat 6 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Zack tetap tabahkan hati baca akhbar berbahasa Inggeris setiap pagi demi menjaga imej sebagai seorang pegawai di jabatan kerajaan. Jun seorang pembantu am rendah pula sibuk membilik akhbar bahasa Melayu yang ada sisipan berita tulisan Jawi pada hari tertentu setiap minggu.

Jun
(sambil mengasingkan sisipan berita tulisan Jawi)
Kutipan Zakat di Kuala Lumpur mencapai RM143,.. berapa ni, banyak sangat nomor dia?!

Zack
(menjeling)
Apa yang banyak?

Jun
Ni ha..banyak gila nomor dia, tak reti gua nak baca ni!

Zack
Meh sini tengok

(Zack capai akhbar dan baca)

RM 143,304,403.80. Maksudnya, Kutipan Zakat kat KL ada RM 143 juta la

Jun
RM143 juta! banyak tu!

Zack
habis tu kenapa?

Jun
Ye la, rakyat Malaysia je baru ada dalam 26-27 juta, tu campur mat Bangla, mat Indon, mat Nepal dan yang seumpama dengannya, kalau diaorang bagi sorang RM5 juta pun boleh bro!

Zack
Kau gila apa? duit zakat mana boleh buat main!

Jun
Sapa suruh buat main, aku suruh bagi sorang RM5 juta je. Kalau semua dah jutawan bro, takde la orang miskin! tak payah susah-susah Faizah Basmati nak sponsor rancangan Bersamamu lagi! wa cakap lu! Staf Jabatan Kebajikan Masyarakat pun boleh hari-hari pegi Family Day gitu! Sebab dah takde keje! Hahahahaha!!!

Zack
...