Friday, December 11, 2009

Kasta Seni

Ext. Rumah Pena. Night

Orang ramai berpusu-pusu di pintu rumah Pena. Malam itu, malam minggu, malam MASKARA Sindiket Sol-jah. Semua rakyat kota yang 'cool' ada di situ. Sesiapa yang berada di rumah atau di tempat yang lain selain daripada berpusu-pusu di pintu rumah Pena itu secara otomatiknya akan kehilangan ke 'cool' an mereka untuk hujung minggu tersebut. Bukan mudah untuk mendapatkan kembali ke'cool'an itu. Mereka perlu tunggu sehingga edisi Maskara yang seterusnya di adakan. Itu mau makan satu bulan lamanya.

Bukan mudah untuk masuk ke MASKARA sekarang ini. Pintu dijaga rapi oleh Sameer Khan, yang lengannya sahaja, sudah sebesar peha pipiyapong. Itu baru lengan, kalau...

Sameer Khan, tugasnya mudah. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab untuk membuat tapisan bagi pengunjung ke MASKARA. Siapa yang 'cool', boleh masuk, siapa yang tidak 'cool', sila lah pulang sahaja ke rumah masing-masing untuk menonton 999 atau mana-mana cerita hantu yang berpeleseran di kaca TV di negara ini. Siapa yang 'cool' and 'sexy' sila ke pintu ekspress.

Jadi, siapa yang 'cool'? Sameer Khan ada metodologi yang tersendiri untuk membezakan mana yang 'cool' dan mana 'cool pretender'.

1. Tengok baju dia. Kalau pakai baju batik, suruh dia balik serta merta.

2. Tengok dengan siapa dia datang. Kalau dia datang dengan orang yang pakai baju batik, suruh dia beransur pulang dengan kadar segera.

3. Tengok dengan apa dia datang. Kalau dia datang dengan kereta yang boot belakang ada spoiler dah macam tiang gol, suruh dia pergi saja ber MASKARA di kedai Brothers.

Tapi, masih ada yang mampu menyelinap masuk. Ada yang sudah pandai 'blend in'.

Sameer Khan tidak gusar dengan semua itu. Dia ada taktik khas untuk membezakan 'Seni baju batik', dan 'Seni jeans & T-shirt'. Dia akan gunakan taktik, soalan mengejut di saat getir.

Apabila 'cool pretender' sudah yakin yang dia sudah bisa membolosi pertahanan Sameer Khan, apabila dia sudah lali, dan sudah berada di 'comfort zone' dan di saat hampir melangkah ke bendul pintu rumah Pena, Sameer Khan akan bertanyakan soalan mengejut itu.

"Kami nak bagi baju free untuk pengunjung bertuah, baju batik size apa, L, XL, ke XXL?"

"Baju t-shirt L boleh, tapi baju batik biasa pakai XL, selesa sikit!"

ZASS!!! Dengan tak semena-mena 'cool pretender' terbang dari pintu rumah Pena ke pintu pagar rumah Pena. Kalau nasib baik dia akan landing atas rumput.

Penangan lengan sebesar peha pipiyapong, Sameer Khan.

"Hahahaha!!! Cuba tipu ya!" bentak Sameer Khan.


*PUFF*

Tiba-tiba hilang muka Sameer Khan.

"La... mimpi rupanya!" kata Dean Sham sambil mengosok-gosok mata macam dalam adegan baru tersedar dari mimpi cerita Melayu.

No comments:

Post a Comment