Tuesday, December 8, 2009

Bercakap Dengan Jun

Int. Office. Day

Dua lelaki sedang membaca akhbar di ruang rehat pejabat. Zack, kelihatan asyik membaca akhbar berbahasa Inggeris. Walaupun SPM dapat 6 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Zack tetap tabahkan hati baca akhbar berbahasa Inggeris setiap pagi demi menjaga imej sebagai seorang pegawai di jabatan kerajaan. Jun seorang pembantu am rendah pula sibuk membilik akhbar bahasa Melayu yang ada sisipan berita tulisan Jawi pada hari tertentu setiap minggu.

Jun
(sambil mengasingkan sisipan berita tulisan Jawi)
Kutipan Zakat di Kuala Lumpur mencapai RM143,.. berapa ni, banyak sangat nomor dia?!

Zack
(menjeling)
Apa yang banyak?

Jun
Ni ha..banyak gila nomor dia, tak reti gua nak baca ni!

Zack
Meh sini tengok

(Zack capai akhbar dan baca)

RM 143,304,403.80. Maksudnya, Kutipan Zakat kat KL ada RM 143 juta la

Jun
RM143 juta! banyak tu!

Zack
habis tu kenapa?

Jun
Ye la, rakyat Malaysia je baru ada dalam 26-27 juta, tu campur mat Bangla, mat Indon, mat Nepal dan yang seumpama dengannya, kalau diaorang bagi sorang RM5 juta pun boleh bro!

Zack
Kau gila apa? duit zakat mana boleh buat main!

Jun
Sapa suruh buat main, aku suruh bagi sorang RM5 juta je. Kalau semua dah jutawan bro, takde la orang miskin! tak payah susah-susah Faizah Basmati nak sponsor rancangan Bersamamu lagi! wa cakap lu! Staf Jabatan Kebajikan Masyarakat pun boleh hari-hari pegi Family Day gitu! Sebab dah takde keje! Hahahahaha!!!

Zack
...

2 comments:

  1. RM147 juta bagi sorang RM5 juta, baru 30 orang je yang jutawan.

    ReplyDelete
  2. Abang Ben,

    hahaha..betul la tu! kalau setahun ada 30 jutawan muslim, agak2 dalam 10 tahun ada tak lagi fakir dikalangan muslim? kalau semua bayar zakat la kan? hahahaha

    ReplyDelete