"Aktiviti seni ni bukan untuk golongan elitis" kata Dragon Master sambil senyum penuh makna.
Aku pun senyum balik. Tak ada makna. Tak paham barangkali kenyataan dia tu. Nak tanya, nampak sangat bodoh.
Untuk kurangkan rasa bodoh, buat-buat fikir. Konon baca dalam la. Padahal haram.
Walaupun nama dia Dragon, tapi dia sebenarnya orang biasa je. Ada telinga, ada hidung, ada misai, dan takde api keluar dari mulut dia. Sekali-sekala ada la keluar asap. Itupun asap rokok. Orang seni kata dia, mesti hisap rokok.
Selepas kerut-kerut kening buat-buat macam fikir yang mendalam, teringat pula kata hikmat Brother Tiger (diaorang ni nama je ganas, tapi takde kena mengena dengan gangster Hong Kong macam dalam cerita 'Young & Dangerous' tu).
Kata Brother Tiger, "Soalan yang bodoh ialah soalan yang tidak ditanya"
Tambah dia lagi, "Sebab dengan bertanya soalan la, kita dapat keluar dari kebodohan tersebut"
Berbekal kata hikmah tersebut, aku bertanya.
"Maksud abang?"
"Maksud apa?"
"Bukan untuk golongan elitis"
"Seni bukan dihasilkan untuk memenuhi aspirasi golongan tertentu saja"
"Walaupun sesetengah hasil seni tak mudah difahami, tak mudah dihadam oleh orang kebanyakan, tapi itu bukan lesen untuk karyawan, atau orang seni meng'alienasi' kan golongan kebanyakan itu"
"Seni tak harus jadi elit, tak harus ada kasta! engkau tak faham, maka engkau bukan dari golongan aku, atau engkau kasta rendah sebab engkau tak dengar musik yang aku dengar!"
Ni yang malas nak tanya. panjang pulak jawapan dia.
"Habis nak buat macam mana lagi, kalau dah ramai yang 'buta seni' "
"Tanggungjawab karyawan ni besar, selain dari jadi pemikir diaorang juga kena ajar masyarakat, buka mata masyarakat"
"Bukan kerja senang tu bang!"
"Hahaha..kalau nak senang, tak payah berkarya! Pergi kerja gomen, makan gaji ja!"
"Cit, jangan hina keje gomen ni bang! seni jugak tu!"
"Seni apa nya?!"
"Seni silap mata, masuk pukul 8am, hilang pukul 10am, timbul balik pukul 12pm, hilang balik pukul 1pm, alih-alih jumpa kat gerai menge'teh' pukul 3pm, haa..magis tu!"
"Itu bukan seni untuk rakyat, itu seni menghabiskan duit rakyat! HAHAHAHA!"
"Hahahaha..rakyat juga!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cilakak...
ReplyDeleteJom ngeteh. Aku ngidam teh Restoran Aminah ni.
ReplyDeletepipi,
ReplyDeleteHa..10 tahun keje baru boleh dapat skil hilang tu! bukan senang..
tok,
jom! tolong pengaliran wang asing ke luar negara! hehehe