Tuesday, December 30, 2008

WLF

Talentime by Yasmin Ahmad

March 26 2009 (tentatively scheduled)

more info click here

Watch Local Films Movement

I am starting a movement called Watch Local Films a.k.a. WLF (hahaha...sekali baca macam MILF plak)

kenapa?

Sebab, kalau kita tak support local film industry sapa lagi?

Sebab, kalau industry ni jadi besar dan established, ramai orang boleh cari makan.

Artis, filmmakers, tukang cat, tukang kayu, electrician, drivers, production houses, designers, wah the list is endless.

So let us raid the cineplexes near to us and watch local films. Betul some of them are crap. Tapi before quality, the quantity must be there fisrt. Bila dah banyak dan berkembang baru la boleh memilih. So by giving support to the local fillmakers and the local film industry, baru la industry boleh flourish.

It is as simple as going to the movies, and refrain yourself from buying pirated DVD of local films.

So support WLF by doing these:

1. Go to cinemas to watch local films, in the first week of its screening. kalau tak habis ja, tempoh wajib tayang tu, these cineplex operators will stop screening the local films and replace it with foreign films. So bila kita pergi beramai-ramai, at least local films will get good collections in the short screening period. Lagi best kalau, kita tak sempat tengok during wajib tayang sebab ticket sold out, kita buat demo kat cineplexes suruh depa lanjut tempoh tayangan. tapi demo2 ni biarlah merupakan last resort. Paling penting, dalam masa two weeks tu kita penuhkan panggung yang tunjuk cerita local.

2. Sesiapa yang ada blog, facebook, or any other similar medium, tolong la promote local films through your blog. Sesapa yang takde blog dan buta IT, positive word of mouth dah cukup bagus. Sebarkan atau uar-uarkan pasal local films sebab kalau nak harap promo kat mass media, our local filmmakers tak ada big enough budget untuk buat effective promotional strategy.

3. Finally, refrain ourselves from buying pirated DVd of local films. nak beli cerita hollywood takpe, sebab, depa punya market worldwide, your RM although still valuable to them, not as valuable to our own filmmakers.

Remember these 3 simple steps, and help our own industry. If the industry grows Malaysia will grow as well.

Friday, December 19, 2008

FILMMAKERS ANONYMOUS 8!




When ?
21 December 2008 Sunday

400 PM

Where?
ANNEXE @ CENTRAL MARKET

How Much?
FREE ENTRANCE!!

Contact: filmaholic@gmail.com

Website: www.filmmakersanonymous.blogspot.com

TOTAL RUNNING TIME: 75 MINUTES (discussion with filmmakers after)

Most films have English subtitles. The screening is free. The Annexe, Central Market is located walking distance from Pasar Seni Lrt. For more info please contact Anonymous at 012-6969455.

***************************************************

B.A.L.O will be screened at the Filmmakers Anonymous 8. Sesapa yang free boleh lah luangkan masa ajak rakan-rakan sebaya untuk pegi Central Market Annexe.

Wayang free tu!!!

Wednesday, December 17, 2008

Well, Everyone's a Critic

Filem: Los dan faun (Afdlin Shauki)
Place: GSC 1 Borneo
Harga Tiket: RM 8
Teman tapi mesra: Takde. Pegi sorang-sorang.

Verdict:



Liked the film. Original score, cool. Cinematography, tak berapa kacip (pinjam word pipiyapong) sangat. Tak cinematic enough, tak tight enough. Kalau nak jadi CSI, jadi CSI all the way, kalau nak jadi American detective film noir, do it to perfection (as far as visual style is concern).

Cast. Good, Adlin tak perlu dipertikaikan la dia punya talent. The surprise package for me is Hans Isaac. he did well as Los. Sthepen Rahman Hughes, a little bit dissapointing, kenapa la nak buat slang american tu, not convincing enough. Kenapa tak biar ja dia with his cockney slang. Then again maybe my expectation is a little bit high because he was in PGL the Musical. Khir Rahman pun bagus, boleh jadi lebih memorable kalau character dia developed lagi.

Character, emm..tak berapa 'bulat', maybe because Afdlin memang focus pada 'absurdity' , so kira macam all the characters exist in their own world.

Overall, it is a good attempt to be different, it's just that I failed to see the film beyond the surface, I could not read the 'statement', 'philosophy', the layers apart from the obvious. maybe it's just me.

Gua bagi 500 bintang. kenapa banyak sangat korang tanya?

Kalau ikut hati nak ja bagi seribu bintang, karang kata gelojoh la sangat.

Friday, December 12, 2008

Filem Kita

Filem dari Malaysian filmmaker yang kena tengok.

1. Muallaf by Yasmin Ahmad

2. Los n faun by Afdlin Shauki.

Kenapa kena tengok?

Sebab kalau kita tak sokong filem -filem ni sapa lagi la nak sokong.

Sebab bagus diaorang ni especially si Yasmin tu.

Kenapa dua ni ja?

Sebab Cicakman tu tak payah suruh pun ramai orang akan bawa anak-anak pegi tengok juga.

Sebab Antoo Fighter, Selamat Pagi Cinta tu budak-budak sekolah akan pegi tengok.

Los n Faun tu tengah screening.

Tapi Muallaf tu kena la korang pegi Singapore kalau nak tengok!

Alahai...

Excruciating

Secara logiknya, kelopak mata bukanlah anggota badan yang paling berat.

Kalau ditimbang kati, kaki, lengan, siku, kepala lutut rasanya adalah lebih berat dari kelopak mata.

Tetapi, sekitar jam 12:59 tengah hari tadi.

Kelopak mata rasa sungguh berat sekali.

Tidak tertanggung rasanya untuk menggerakkan kelopak mata, supaya kornea dapat membias cahaya lalu membantu biji mata untuk memfokus dengan efektif.

Kalau ada batang mancis. Nescaya akan digunakan untuk menongkat kelopak mata pada sekitar jam 12:59 tengah hari tadi.

Fenomena ini berlarutan kira-kira 30-45 minit. Pada minit ke 46, dengan tidak semena-mena kelopak mata menjadi kembali ringan. Begitu ringan, sehinggakan rasa nak berkelip pun tidak, apatah lagi rasa ingin menutup mata.

Mengapakah fenomena ini terjadi? Mungkin ini adalah sebahagian daripada misteri alam.

Oh ya, lupa nak cakap. Hari ini adalah hari JUMAAT.

OH MY GOD!!!

Blog lama gua hilang!!!!

Entah bila hilang gua pun tak tau.

macam nak kena tukar password ja nih.

Tetiba ja, blog has been removed.

Yang pelik, bila register/create new blog boleh pulak pakai nama lama nih.

Heran betul.

Confuse tahap agung dah ni.

Mungkinkah gua dah ada stalker?

yang hijack blog gua?

Wah dah kira tahap Cyber celebrity nih.

Ini dah sama aras dengan Naga, Tok Rimau, pipiyapong...