Friday, December 12, 2008

Excruciating

Secara logiknya, kelopak mata bukanlah anggota badan yang paling berat.

Kalau ditimbang kati, kaki, lengan, siku, kepala lutut rasanya adalah lebih berat dari kelopak mata.

Tetapi, sekitar jam 12:59 tengah hari tadi.

Kelopak mata rasa sungguh berat sekali.

Tidak tertanggung rasanya untuk menggerakkan kelopak mata, supaya kornea dapat membias cahaya lalu membantu biji mata untuk memfokus dengan efektif.

Kalau ada batang mancis. Nescaya akan digunakan untuk menongkat kelopak mata pada sekitar jam 12:59 tengah hari tadi.

Fenomena ini berlarutan kira-kira 30-45 minit. Pada minit ke 46, dengan tidak semena-mena kelopak mata menjadi kembali ringan. Begitu ringan, sehinggakan rasa nak berkelip pun tidak, apatah lagi rasa ingin menutup mata.

Mengapakah fenomena ini terjadi? Mungkin ini adalah sebahagian daripada misteri alam.

Oh ya, lupa nak cakap. Hari ini adalah hari JUMAAT.

No comments:

Post a Comment