Friday, December 27, 2013

Tak Boleh Lupa

"To forget is the highest state of being for men, it is very sad if people cannot forget, it's a curse not to forget"      -U Wei HjSaari

Just imagine if we remember every single little thing that makes us sad, and cannot get rid of that sadness because we cannot forget.

Imagine we cannot move on from our recent break ups just because we cannot forget the feeling of being left.

It's horrifying not to forget.

****

Nasib baik aku Melayu.  Melayu mudah lupa.


Friday, August 30, 2013

Permainan Hadapan

Ext. Depan Masjid. Day

Berhadapan dengan masjid itu ada sebuah wakaf.  Kerusi wakaf itu diperbuat daripada kayu, tapi tiang wakaf diperbuat dari besi.  Nampaknya pembina wakaf keliru samada mahu membuat wakaf tersebut daripada kayu ataupun besi.  Hasilnya jadilah wakaf itu separa kayu separa besi.  Lebih tepat lagi, besi yang ingin menyamar menjadi kayu.  Atap wakaf itu mewah.  Atap genting.  Jadi wakaf itu sangat selesa untuk sesiapa yang ingin ke masjid, tetapi tidak ingin ke masjid.  Terlalu awal.

Kelihatan dua lelaki matang lagi bergaya sedang duduk bersembang di wakaf itu.  Seorang kelihatan lebih bergaya dari seorang lagi.  Namun kedua-duanya terlebih hormon testosteron.  Mereka botak.

"Kau kena tulis semula artikel ni, kena repair sikit" kata Tok Rimau.

"Repair macam mana? Aku tak mau kacau content dia" jawab yang lebih bergaya itu.

"Kau menulis terus masuk, too direct, tak sabar sangat, gelojoh" terang Tok Rimau.

"Ala..ok la tu direct, susah la macam ni nak kena tukar" lelaki yang lebih bergaya menjawab lagi.

"Sapa kata menulis senang?!" ujar Tok Rimau.

"Ok-ok, aku tulis semula, aku rewrite" lelaki yang lebih bergaya mengalah.

Walaupun kurang bergaya, Tok Rimau seakan punyai kuasa ke atas lelaki yang lebih bergaya.  Mungkin faktor usia.

"Kau tak boleh terus terjun, intro kau mesti 'menangkap' pembaca, macam berasmara! Pembaca juga seperti wanita, perlu dibelai dan di'entice' dulu! baru tulisan kau 'menangkap' dan berkesan di jiwa raga" Tok Rimau terang panjang lagi lebar.

"Macam foreplay?!"

"Ha..! macam foreplay! pandai pun..!"

"So kau kata aku ni takde foreplay la?!"

"Dalam tulisan la, bab satu lagi tu tak tau la aku..hahahha!"

Kedua-dua lelaki matang lagi bergaya itu ketawa berdekah-dekah.  Lelaki yang lebih bergaya, berdekah lebih kuat.  Seolah seperti mahu sembunyikan sesuatu.

Mereka bersembang dan ketawa di wakaf berhadapan masjid sambil beranalogi seksual.

Wakaf itu benar-benar selesa, sangat selesa untuk sesiapa yang ingin ke masjid, tetapi tidak ingin ke masjid.  Terlalu awal.

Wednesday, August 28, 2013

Rasis

Deris tidak pernah anggap dirinya rasis.  Bagi Deris rasis itu salah.  Rasis itu prejudis.

Prejudis itu 'preconceived opinion that is not based on reason or actual experience'

Tapi.

Apabila, Deris duduk di cafe itu, sambil memakai earfonnya, dan menaikkan volume iPhonenya sehingga separuh.

    Dan.

   Masih bisa mendengar perbualan sekumpulan pemuda dari hujung sebelah sana cafe.

Deris berasa sangat terganggu.  Terganggu kerana dia ke cafe itu untuk bersantai sambil membaca sambil menghirup kopi RM15 nya.

"Patutnya aku belajar bahasa Cina dulu, kurang-kurang faham apa yang diaorang sembang, alang-alang dah dengar macam ni..! dengus Deris.  Dalam hati, sambil hirup kopi RM15 tanpa gula dengan muka pahit.

Deris tidak pernah anggap dirinya rasis.  Bagi Deris rasis itu salah.  Rasis itu prejudis.

Monday, August 26, 2013

Eskalator ke Syurga II

Kepala Haji Said tidak pernah lekang dengan kopiahnya.

Makan nasi pakai kopiah,

tengok TV,

pergi pasar malam,

pergi kenduri kahwin,

pergi tengok bola di kedai Wan Manja,

pergi mesyuarat JKKKK,

pergi melawat orang sakit,

pergi dengar ceramah politik pembangkang,

pergi hari beramah mesra bersama Menteri,

pergi jauh pergi dekat.

Semua tempat yang Haji Said pergi-pergi itu, semuanya dia naik motorsikal.

Tanpa lesen.

Kepala Haji Said tidak pernah lekang dengan kopiahnya.

Sunday, August 25, 2013

Tak Dapat Part Deux

Ada benda yang saya masih tak dapat ( I just don't get it)

1.  Kenapa orang Malaysia tak suka melintas ikut jejantas? Macam berdosa kalau melintas jalan ikut undang-undang.

2.  Kenapa orang Malaysia suka kutuk Proton? Tapi depa beli jugak kereta Proton heh..heh..

3.  Kenapa Sharifah tak boleh nak kahwin dengan Ahmad, Abdul, Ali, Abu yang takde Syed kat depan nama depa? Pasai apa aunty-aunty Sharifah tu takmau bagi Ahmad, Abdul, Ali, Abu yang takde Syed kat depan nama depa tu kahwin sama anak depa?

4.  Kenapa ada orang yang 24 jam pakai ketayap walaupun masa jogging? 

5.  Kenapa beli rumah mahal-mahal kat Malaysia, tapi sebiji mentol lampu pun depa tak bagi? Semua kena pasang sendiri.  Loan rumah ratus-ratus ribu, nak masuk rumah lampu pun takdak.  Nasib baik kepala paip depa kasi.

6.  Kenapa tak bole pakai jeans di UUM?  Kenapa seluar 'slack' dikaitkan dengan lambang keperibadian yang tinggi? Pernah tak dengar orang pakai jeans arah askar bunuh beribu-ribu orang awam? Pernah tak dengar orang pakai seluar jeans ajar rakyat kafir-mengkafir sesama Islam?

7. Kenapa lelaki tak boleh  berambut panjang di IPTA? Yang pecah amanah, tipu duit rakyat, ambil rasuah tu semua, rambut panjang ke pendek (siap nipis tepi slope belakang lagi) ?



Wah, berapa banyak kenapa da..!

Eskalator ke Syurga

Demi untuk solat berjemaah Zohor, Haji Said double park tengah jalan.

The Art of Being Vain

Pra-Syarat:

Satu.

Mesti ada smartphone. Preferably iPhone 5.

Dua.

Mesti ada applikasi instagram.

Tiga.

Mesti ada keyakinan diri yang melampau.

Empat.

Mesti suka tengok photo sendiri.  Berulang kali.


Langkah seterusnya:

1.  Ambil photo sendiri, reverse camera angle.

2.  Letak effect/filter yang bersesuaian.

3.  Post di instagram.

4.  Nikmati photo tersebut bersama rakan-rakan vain yang lain.


*** *** *** *** *** ***

Teknologi bukan sahaja merubah cara kita berkomunikasi.  Tetapi merubah cara kita mencintai diri sendiri.



Friday, August 23, 2013

Starbucks Used To be Nice

Dulu.

Starbucks tempat yang cool & cozy.  Tempat menikmati kopi mahal secara tenang dan agak stylo.

Kemudian.

Datang internet dan WIFI.  Maka datanglah golongan-golongan yang datang ke Starbucks kerana WIFI percumanya.  Itu ok lagi.

Kemudian.

Peningkatan perdapatan per capita.  Ramai yang mampu hantar anak ke kolej dan universiti swasta.  Anak-anak ini walaupun masih belajar tapi mempunyai kuasa membeli yang agak tinggi.  Ini disebabkan oleh kemampuan ibubapa mereka untuk memberi wang saku yang lumayan setiap bulan.

Ini masalah.

Walaupun kaya wang ringgit tapi mereka miskin budi bahasa dan etika hidup secara bertamadun.

Mereka lepak Starbucks biasanya untuk sesi diskusi pelajaran.  Tapi mereka benar-benar menjadikan Starbucks ini kedai kopi.  Literally.

Mereka bising.  Mereka order secawan tapi lepak sampai kedai nak tutup.  Mereka 'conquer' seats secara berjemaah.  Ada yang best lagi, sebab diskusi tu dengan boyfriend girlfriend, mereka bercumbu. Bab bercumbu ni tak kisah sangat, sebab it is better to make love than war.  heh heh.  Yang tak tertahan jiwa raga tu, pasal bising dan seats semua penuh.  Tapi kopi secawan dua ja atas meja.  Ada yang lagi terer, siap ada Mcflurry lagi atas meja Starbucks.  Kalau diaorang letak nasi lemak bungkus, memang gua kasi terbalik meja tu.

Starbucks dah jadi macam Mcdonald's dan kedai mamak 24 hours.  Kalau kalian ingin menikmati kopi mahal di ambience yang tenang, jauhilah outlet yang hampir dengan kolej dan universiti.  Contohnya, Starbucks Alpha Angle, Wangsa Maju, dan Starbucks Setia Tropika, JB.  Ini bukan salah Starbucks, tapi harga yang perlu kita bayar apabila kita hanya maju dari segi peningkatan pendapatan tapi belum peningkatan minda.


Dulu.

Starbucks tempat yang cool & cozy.  Tempat menikmati kopi mahal secara tenang dan agak stylo.

Tapi.  Itu dulu la.

Wednesday, August 21, 2013

Filem Seram

Aku bukanlah seorang peminat filem seram.

Tidak, bukan sebab aku takut menonton filem seram.  Tapi aku tidak suka dikejut-kejutkan oleh pembikin filem mengaku seram.

Kebanyakkan filem mengaku seram suka bagi penonton terkejut.  Terkejut dengan kemunculan hantu secara tiba-tiba dari belakang pintu, atau terkejut dengan kehodohan tak terperi make up hantu tersebut.

Maka, ramai penonton yang terkeliru seram dengan terkejut.  Ramai yang merasakan apabila mereka terkejut, maka itulah dinamakan seram.

Scene seram bagi aku adalah;

1.  Lelaki pakai skirt tapi berbulu kaki lebat, panggil aku "abang..." dengan manja.

2.  Perempuan cantik ber'lingerie' merah lace, duduk di atas katil pegang pisau butcher.

3.  Perempuan cantik ber'lingerie' merah lace, duduk di atas kalit, tapi girlfriend kat bilik sebelah.

4.  Perempuan cantik ber'lingerie' merah lace, duduk di atas katil, tapi bini kat bilik sebelah.

5.  Bayi umur 3 bulan berlari-lari anak di living room apartment.

6.  Bayi umur 6 bulan tengok Buletin Utama sampai habis.

7.  Awek tak hot, tak kelip mata usha kau sepanjang masa kau bagi lecture.

Adakala, seram tidak boleh dilihat tapi didengar.

1. Kau duduk di luar rumah, tapi dalam rumah bunyi macam dinasour tengah lawan dengan king kong. Bila kau masuk rumah tu, usahkan Home theather, TV, radio pun takde.

2.  Dalam hutan dan di tengah malam, waktu dah nak terlelap, terdengar lagu kahwin macam DJ karaoke kenduri kahwin selalu pasang.

3.  Dalam hutan dan di tengah malam, waktu nak terlelap, terdengar orang panggil 'Bachok...lepaskan aku bachok...'

4.  Dalam hutan, kau dalam khemah, ada orang kat luar bagi salam ' Assalamulaikum, ni Mak Esah ni, nak tumpang tidur...bole Bachok...?'

Adakala seram tu, pernyataan/kenyataan  datangnya dari sumber yang tidak terduga.

1.  Pak Haji, imam yang paling terkenal di kampung kau suruh kau pijak Al-Quran.

2.  Bakal bapak mertua/mentua bagitau kau sembahyamg lima waktu tu tidak wajib.

3.  Malam pertama kau, kakak ipar kau yang paling tua, masuk bilik bawa smartphone nak rakam pengantin baru.  Tradisi dan budaya keluarga katanya.

Ini adalah perihal seram mengikut definisi aku.  Kepada pembikin filem seram di luar sana, buatlah filem seram, bukan filem terkejut.

Terima kasih.