Monday, December 14, 2009

Young and Dangerous

Tajuk filem Cina yang menjadi kegemaran remaja tua macam DeanSham.

Suatu ketika dulu semua budak lelaki nak jadi macam Chan Ho Nam, ataupun Chicken dan lepak kat causeway bay sambil gaduh ramai-ramai pakai kayu ataupun pisau potong sayur/daging.

Walaupun pakai kot, gengster Hong Kong fight tak pakai pistol, dan geng ho nam, belasah orang dengan apa yang sempat diaorang capai je. Paling class, chicken, dia boleh hempuk orang dengan handphone (masa tu handphone yang paling kecil pun, kalau baling kat anjing, boleh koma anjing tu).

Baru-baru ni, DeanSham berkesempatan untuk bikin video clip dengan band indie yang guna nama Yound and Dangerous (YAD). Sebab DeanSham pun agak 'young' dan sedikit 'dangerous', tanpa segan silu DeanSham menerima tawaran Tok Rimau, yang jadi director untuk video clip tu.

Apabila nak habis shooting, beberapa kejadian yang menyebabkan DeanSham tersedar yang DeanSham dah tak berapa 'young' lagi dah.

Berikut adalah dalil-dalil mengapa DeanSham dan Tok Rimau dah tak 'Young and Dangerous':

1. Ada ke patut Tok Suruh sorang rock star indie pegi jaga trafik! Sebab tak kenal dan tak mengikuti trend musik semasa, Tok suruh Naz (frontman Plague of Happiness) untuk jaga trafik masa shooting. Dia datang nak bagi moral support pada YAD, alih-alih kena jaga trafik. Nasib baik brother Naz cool. Kalau kena rock star yang timing sikit, kena 'tiao' agaknya Tok Rimau!

2. DeanSham first time tengok dan dengar kasut brand SUPRA. kata budak-budak YAD, itu kasut 'rare', dan boleh beli kat US ja. DeanSham ingat kalau dah ada Converse sebiji dah kira cool dah. Cit!

3. DeanSham dan Tok kalau pakai jeans skinny macam budak-budak YAD, agaknya muntah-muntah budak-budak tu menengok ke gayanya.

4. DeanSham dengan Tok je, takde groupie itu hari. *sigh*

Hish..banyak la lagi kalau nak tulis dalil-dalil ni.

Tapi, bak kata Tok, kitaorang memang bukan Young & Dangerous, tapi OLD & EXTREMELY HAZARDOUS!

6 comments:

  1. Peh...bikin video klip pulak. Ada macam video klip pusat karaoke tak?

    ReplyDelete
  2. gua tahu, gua punya 10% - kalau tak gua report KDN.

    ReplyDelete
  3. takdahal la bang dean, kan ke bang dean saing2 umor kerk je? kerk tu perasan lebih. hahaha

    ReplyDelete
  4. ala bang dean.
    kira cool apa pakai skinny dengan supra.

    bang dean try la dulu.

    mana tau boleh dapat pelakon2 cameo awek2 lagi hot.

    eh bang. hari tue bukan groupies. cuma kawan2 perempuan yang willing nak membantu.

    hehe

    ReplyDelete
  5. lama tak tgk.
    faveret ni.
    =)

    ReplyDelete
  6. pipi,
    hoh! mesti la level2 karaoke! baru caya!

    bo,
    itu dah kira riba bro! hahahahah!

    panjang,
    kesian kerk, kasi can la sama dia..hehehehe

    timmy,
    nanti la raya tahun depan gua cari satu skinny, nak pakai petang raya. amacam ada ok? heh heh

    jaja,
    tgk2 la selalu :)

    ReplyDelete