Yang ini takde kena mengena dengan Israel.
Tapi boikot ala-ala battle of the bands di UTM, sempena pesta konvokesyen ke42
Pada khutbah Jumaat yang lalu, khatib ada menyentuh pasal Akademi Fantasia, aku yang hampir tertidur bangun serta-merta.
Sangkaan awal, khatib nak kempen untuk sesetengah pelajar AF, mungkin Rini, satu-satunya pelajar wanita bertudung.
Sangkaan itu terbukti meleset dan meleret. Rupa-rupanya khatib kutuk-kutuk AF. Khatib menuduh AF menjatuhkan nilai konvokesyen di UTM, dengan mengatakan di AF diaorang belajar beberapa minggu pun boleh pakai jubah konvo dan mortar board macam di UTM. Di UTM, nak dapat pakai jubah kena belajar bertahun-tahun.
Lepas hentam AF itu dan ini, khatib belasah pula battle of the bands tu. Khatib kata itu semua hiburan terlampau, yang menodai kesucian majlis konvokesyen. Lebih malang kata khatib, peserta battle of the bands itu, rata-rata pelajar UTM sendiri. Ini menurut khatib, mempromosi budaya hedonisme dikalangan pelajar.
Sejajar dengan itu, segelintir mahasiswa Islam pun memboikot serta membantah acara tersebut. Melalui sms pun ada.
Sebagai seorang rocker runcit-runcit (pinjam terma pipiyapong), aku tak berapa setuju dengan bantahan tersebut.
Aku memang jahil agama.
Memang tak tahu hukum hakam.
Tapi rasanya takde la hiburan melampau sangat pun.
Tadi masa pergi tengok diaorang main takde la rock mana.
Kalau skala konsert rock, 1-10, 10 tu tahap konsert Search kat Planet Hollywood. Diaorang mungkin dapat -2 ja.
Semua penonton duduk molek-molek. Takde pun yang bukak baju.
Gila apa nak buka baju, panas nak mampus. Sapa nak kena sun burn boleh la try bukak baju.
Lagipun kalau jam lagu 'Tak Mengapa' A Rahman Hassan, nak rockin macam mana la sangat...
Jualan buku-buku Sindiket Sol-jah & Studio Anai-anai
10 years ago