Thursday, April 30, 2009

Lari & Kejar



Jef Jantan dalam Jebak Kekalutan
Gambar Hiasan, tiada kena-mengena dengan entri.





"Kalau dia lari jangan kejar, kalau dia kejar jangan lari"

- Ghazali Bunari (2009)

Kata-kata hikmat di atas boleh dijadikan panduan apabila anda berhadapan dengan situasi berikut:

1. Jumpa anjing kat taman perumahan malam-malam.
2. Jumpa angsa garang kat rumah nenek di kampung.
3. Jumpa orang LHDN
4. Jumpa die hard fans (khas untuk Tok Rimau, Sinaganaga, dan Firdaus 'kacip' Abdilah sahaja)
5. Jumpa .... .... :)

Tuesday, April 28, 2009

Tax Return

Masa nilah, web LHDN tak boleh nak akses.

Bukan tak mau buat awal-awal, tapi kalau dah namanya online suka hati bila la kan?

kalau tak jangan la bagi deadline, suruh ja orang isi form tu ikut tarikh lahir ka, abjad nama ka.

Contoh, sapa nama Ahmad, isi form 1 haribulan, nama Dol, 5 haribulan, baru la tak congested, ye tak?!

Sunday, April 26, 2009

40s

Life begins at 40.

Sebab itulah, kata Pak Long kalau nak suruh orang berhenti merokok, kena suruh dia berhenti sebelum dia 40.

Kalau dah 40, kata Pak Long, haraplah dia nak berhenti.

"Contohnya si Lan ni, berbuih mulut ke, tampal gambar ngeri ke kat kotak rokok, takkan berhentinya dia" hujah Pak Long.

Idie dengar dengan tekun syarahan Pak Long.

"Maknanya disini, kalau kau nak berubah perangai, nak jadi orang kena la sebelum 40, sebab bila dah 40, perangai tu dah jadi sebati" hujah Pak Long lagi.

Idie dengar lagi dengan tekun.

"Kalau nak buat perangai tak senonoh, buat puas-puas sebelum 40 ni,..hahaha...nanti 40 esok takut tak bole adjust dah perangai buruk kau tu je" Pak Long kata lagi.

"Ye la, takkan selama-lama nak jadi jahat ye tak? yang lepak kat surau tu pun dulu muda-muda bukannya molek mana pun..hehehhe" Pak Long bagi moral of the story.

Idie dengar dengan tekun. Sambil buat kira-kira dalam otak.

Tahun ni dia 38, ada 2 tahun lagi untuk jadi setan, Idin adik dia 35, ada lima tahun lagi.

Ahh, tunggu Idin la 40 baru berubah. Takkan abang nak tinggal kan adik sorang-sorang, ye tak?

Kata Idie, dalam hati dia yang tinggal dua tahun je lagi nak jadi keras tu.

Thursday, April 23, 2009

Semangat

Feels like picking a fight!

Tengah semangat nak gaduh ni!!!

NI semua pasal tengok balik Braveheart!


FREEDOM!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 21, 2009

Terima Saja...

Orang bagi kerja.

Terima saja.

Orang marah.

Terima saja.

Orang suka.

Terima saja.

Orang bagi harapan.

Terima saja.

Orang hancurkan harapan.

Terima saja.

Orang bagi peluang.

Terima saja.

Orang deny peluang.

Terima saja.

Asyik terima saja semua benda. Bila nak kata" This is mine, I deserved it, and deserve better!"

Monday, April 20, 2009

Baru Rock!

Untuk jadi musician rupanya bukan senang.

Mula-mula kena angkat amp, satu untuk bass, satu untuk keyboard, dua untuk gitar.

Kemudian kena angkat drum set.

Cable, aksesori yang lainya.

Dari tingkat empat turun tangga sebab takde lift. Tolak amp dan lain-lain tu atas troli dalam 200 meter.

Naik pulak tingkat dua ke tempat performance.

Setting. Keyboard pulak tak berbunyi. Cucuk, tarik, cucuk tarik, power cord, baru lampu nyala.

Setting mic. Bunyi macam hampeh. panggil technician. Bunyi kurang hampeh. Takde reverb, echo ke apa ke.

Nyanyi tak boleh tipu. Vokal keluar raw kat speaker.

Bassists kata, "takpe, janji gaya ada, ending mesti power, tengah-tengah tu bantai ja"

Dah siap setting, test sound.

Haram, suara tak keluar. Sebab penat angkat amp punya pasal.

Majlis makan malam.

Tak boleh makan sebab performance yang last.

Tengok ja kawan-kawan melantak ayam golek.

Tekak masih perit.

Nak minum air tak boleh. Semua ais.

Minta air suam kat caterer.

Dia kata "takde bang, air sejuk ada la"

Masa performance makin dekat.

Tiba-tiba, abang caterer datang bawa air suam.

Minum air suam. Tekak lega.

Test suara, buat vokal warm up sikit. OK!

Lega, confident datang balik. Tapi tapak tangan masih berpeluh.

MC announce, performance last, special punya.

Band ready, amik mic nyanyi.

Feel habis, sampai lead guitar lupa nak solo!

habis nyanyi, ramai ajak amik gambar! kira berjaya la tu performance! hahahaha!!!

Lagu apa korang tanya?

Gadisku by Search.

Amacam pipiyapong, terer tak gua?! HAHAHAHAHA!!!

Thursday, April 16, 2009

Honesty

Are you honest to your self?

Do you cheat your self regularly?

Damn! I do not know whether I am true to myself anymore.

Friday, April 3, 2009

Hey Mr New Prime Minister

Hey Mr New Prime Minister,
Naikkan la gaji aku

Hey Mr New Prime MInister
Buang la si KJ itu

Hey Mr New Prime MInister
exorcise the demon within you

Hey Mr New Prime MInister
jangan dengar saja cakap isterimu itu

Hey Mr New Prime Minister
jangan kasi malu nama father you