Monday, August 24, 2009

Keras Teras




"Beli apa ni?"

"CD"

" CD apa?"

"Search"

"Bukan dah ada lagu Search dalam laptop ke? sampai dua pulak tu CD sekali beli!"

"Ada lagu yang takde dalam laptop tu, patutnya Search dah buat 'box set', baru cara"

"Hari tu dah pergi konsert, ni beli lagi CD, TAKSUB betul la!"

"Bukan taksub, sokongan tak berbelah bahagi!"

"Untung la Amy dapat fan macam you!"

"Ye la, kalau tak macam mana dia nak pergi HAJI!"

"......."

Thursday, August 6, 2009

Cilakak lu Astro!



Astro hantar surat semalam. Minta duit lebih.

Dia suruh tambah RM12 untuk sports package.

Dia kata kos untuk penyiaran sukan antarabangsa dah mahal.

Dia kata lagi, harga dia 'masih terendah dirantau ini'.

Ayat yang ini rasa nak marah ni!

Kalau nak minta duit, minta je la, tak payah nak pakai ayat politik nak naik harga minyak dulu tu!

Cit!

Monday, August 3, 2009

Berbaloi-Baloi



Kata Amy Search, kalau pergi nonton konsert Search Di Awan Biru.

Ini kali kedua DeanSham menonton Konsert di Awan Biru, di JB, memang berbaloi.

Di KL, disebabkan venue itu adalah venue terakhir untuk tour ni, maka DeanSham pun turun la KL dari JB.

Berbekalkan t-shirt konsert yang dibeli masa konsert JB, dan hafalan lirik lagu search yang memang dah agak sebati di minda (kalau suruh hafal ayat Quran...memang la payah, bahasa Arab da..) tanpa segan silu DeanSham pun pergi la ke Bukit Kiara.

Nak ke bukit Kiara tu memang la tak biasa, sebab takut sesat, DeanSham pun call seorang yang memang pakar dalam bidang Rock n Roll dan Search ni, iaitu saudara Pipiyapong.

Dengan bantuan pipi, maka sampai la juga ke bukit kiara.

Tengok dari gaya para penonton yang hadir, memang ada harapan yang konsert ini akan meletup.

Bila sampai di pintu masuk konsert, orang berpusu-pusu, tolak-menolak, nak masuk. Polis yang jaga pintu sudah agak tertekan. Keadaan masih lagi terkawal, tapi dia dah kaget. Nampak sangat polis tu agak tidak berpengalaman dalam bidang konsert-mengonsert ni.

"Tunggu la!"

"Masuk satu-satu la!"

"Tak faham bahasa ke?!"

Antara jeritan polis tu pada rockers yang nak masuk.

"Kalau nak masuk ceramah agama, aku bagi masuk terus punya! takde nak halang beriya-iya sangat macam ni!"

Wah, betul punya marah polis tu. Sampai masuk siaran lain. Ini cerita tak ada kena mengena dengan ceramah agama.

Lagipun, kalau nak tengok ceramah agama, di TV1 tiap-tiap minggu ada. Konsert Search, ada tiap-tiap minggu?

Tak sekolah punya polis.

Bila dah berjaya masuk. Dan berada depan pentas, harapan yang konsert ini akan meletup jadi lebih tinggi.

Mana tidaknya, tengok perangai sorang-sorang rockers depan pentas tu memang men'teruja'kan (ada ke perkataan ni dalam bahasa melayu?!) Masing-masing gayanya, macam dah sepuluh tahun tak tengok konsert rock!

Mungkin ada betulnya, sejak syarikat rokok dah tak boleh sponsor konsert, memang susah nak ada konsert artis tempatan. Kalau artis luar banyaklah. Malang sungguh jadi performing artists kat Malaysia nih.

Masa yang ditunggu masih tak tiba, janji start 8:45pm, pukul 9:30pm bayang Amy pun masih tak nampak.

Kurang lebih 9:45pm Search dah ada atas pentas, orang pun dah mula jerit-jerit. Bila diaorang start rockin' penonton pun dah mula bangin'. Amy pun capai mic, nampak macam bercakap, tapi haram suara tak keluar! Dekat-dekat nak masuk verse, mic dah ok, Amy pun masuk mode konsert. Masuk lagu second, bila mula dah nak panas, tiba-tiba bukan sahaja mic tak bunyi, dengan gitar, bass, semua out! mati terus! Hanya bunyi Yazit, ketung-ketang je ketuk drum. APAHAL?!!

Lepas tu dengan lampu-lampu stage semua terpadam. Kutu-kutu mula dah jerit. Celcom dah kena maki dah.

Dalam sepuluh minit, baru semua on balik, Search pun start balik dengan slow number.

Berbaloi tak lepas restart tu? Hmm..sebagai fan Search yang tegar sejak zaman sebelum akil baligh, tak sampai hati nak cakap. Baca je la review kat blog Hilang Punca.

Bak kata geng Persekutuan Bekas Perajurit Hardcore Kuala Lipis, "Elok lagi sound kat konsert Jom Heboh!"