Sunday, March 29, 2009

Boikot

Yang ini takde kena mengena dengan Israel.

Tapi boikot ala-ala battle of the bands di UTM, sempena pesta konvokesyen ke42

Pada khutbah Jumaat yang lalu, khatib ada menyentuh pasal Akademi Fantasia, aku yang hampir tertidur bangun serta-merta.

Sangkaan awal, khatib nak kempen untuk sesetengah pelajar AF, mungkin Rini, satu-satunya pelajar wanita bertudung.

Sangkaan itu terbukti meleset dan meleret. Rupa-rupanya khatib kutuk-kutuk AF. Khatib menuduh AF menjatuhkan nilai konvokesyen di UTM, dengan mengatakan di AF diaorang belajar beberapa minggu pun boleh pakai jubah konvo dan mortar board macam di UTM. Di UTM, nak dapat pakai jubah kena belajar bertahun-tahun.

Lepas hentam AF itu dan ini, khatib belasah pula battle of the bands tu. Khatib kata itu semua hiburan terlampau, yang menodai kesucian majlis konvokesyen. Lebih malang kata khatib, peserta battle of the bands itu, rata-rata pelajar UTM sendiri. Ini menurut khatib, mempromosi budaya hedonisme dikalangan pelajar.

Sejajar dengan itu, segelintir mahasiswa Islam pun memboikot serta membantah acara tersebut. Melalui sms pun ada.

Sebagai seorang rocker runcit-runcit (pinjam terma pipiyapong), aku tak berapa setuju dengan bantahan tersebut.

Aku memang jahil agama.

Memang tak tahu hukum hakam.

Tapi rasanya takde la hiburan melampau sangat pun.

Tadi masa pergi tengok diaorang main takde la rock mana.

Kalau skala konsert rock, 1-10, 10 tu tahap konsert Search kat Planet Hollywood. Diaorang mungkin dapat -2 ja.

Semua penonton duduk molek-molek. Takde pun yang bukak baju.

Gila apa nak buka baju, panas nak mampus. Sapa nak kena sun burn boleh la try bukak baju.

Lagipun kalau jam lagu 'Tak Mengapa' A Rahman Hassan, nak rockin macam mana la sangat...

Friday, March 27, 2009

LEMBU WHISPERER

Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz

27/03/2009 2:26pm, UTUSAN MALAYSIA

KOTA BAHARU 27 Mac - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

“Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini,hari ini.

***************************************

HAHAHAHAHAHAHAHAH!!!!!!!!

Aku selama ni tak sedar ada 'special ability" !

Aku boleh bercakap dengan lembu rupanya.

Wednesday, March 11, 2009

BAHASA JIWA BANGSA Part Deux

"Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa"


Semalam 'tertengok' TV1. Ada video clip lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

Agaknya 'berasap' telinga geng-geng yang pergi buat demo itu hari.

'Berapi' mata, geng-geng yang kena tear gas.

Apabila menonton video clip tersebut di TV1.

Kempen bukan main. Polisi lain pulak ye?

"Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa"

Lagu/Lirik: Dol Ramli

Tuesday, March 10, 2009

BAHASA JIWA BANGSA

Baru-baru ini.

Ramai yang pergi ke Istana Negara.

Buat Demo.

Menentang Dasar ajar sains & matematik dalam English.

Personally I couldn't care less.

Nak ajar dalam Bahasa Melayu ke, English ke, janji korang belajar dah.

Jangan jadi bodoh sombong cukup.

Tapi.

Kalau fikir-fikir balik, kalau tak guna Bahasa Melayu di tempat sendiri, kat mana lagi nak guna?

Sekolah jenis Kebangsaan Cina? Hmm...

Sedih juga kan?

Macam aku la, orang Melayu, dengar lagu English, Radio siaran English, tengok movie English. Kalau cerita Melayu memilih.

Baca literature English, hasad dengki ja orang Melayu. Itu tak nak pupus pulak.

Malang hidup di zaman ini agaknya, zaman English, semua technology dalam English.

Kalau terer sains, matematik, tapi English bodoh pun tak kemana, sebab dalam dunia ni berapa kerat ja yang guna bahasa Melayu, kat Malaysia ni pun separuh orang Melayu suka guna English. Jangan kira la bangsa-bangsa lain tu.

Aku tak sokong demo itu.

Tapi, faham, kenapa mereka buat begitu.

Persoalan ini rumit.

Mahu Bangsa tanpa bahasa atau Bahasa tanpa bangsa?

Aku?

Mahu Whopper di Burger King.

Friday, March 6, 2009

Ungrateful

Some people are just ungrateful.

Some people are just ungrateful and too self centered.

Bloody Hell.