Ext. Depan Masjid. Day
Berhadapan dengan masjid itu ada sebuah wakaf. Kerusi wakaf itu diperbuat daripada kayu, tapi tiang wakaf diperbuat dari besi. Nampaknya pembina wakaf keliru samada mahu membuat wakaf tersebut daripada kayu ataupun besi. Hasilnya jadilah wakaf itu separa kayu separa besi. Lebih tepat lagi, besi yang ingin menyamar menjadi kayu. Atap wakaf itu mewah. Atap genting. Jadi wakaf itu sangat selesa untuk sesiapa yang ingin ke masjid, tetapi tidak ingin ke masjid. Terlalu awal.
Kelihatan dua lelaki matang lagi bergaya sedang duduk bersembang di wakaf itu. Seorang kelihatan lebih bergaya dari seorang lagi. Namun kedua-duanya terlebih hormon testosteron. Mereka botak.
"Kau kena tulis semula artikel ni, kena repair sikit" kata Tok Rimau.
"Repair macam mana? Aku tak mau kacau content dia" jawab yang lebih bergaya itu.
"Kau menulis terus masuk, too direct, tak sabar sangat, gelojoh" terang Tok Rimau.
"Ala..ok la tu direct, susah la macam ni nak kena tukar" lelaki yang lebih bergaya menjawab lagi.
"Sapa kata menulis senang?!" ujar Tok Rimau.
"Ok-ok, aku tulis semula, aku rewrite" lelaki yang lebih bergaya mengalah.
Walaupun kurang bergaya, Tok Rimau seakan punyai kuasa ke atas lelaki yang lebih bergaya. Mungkin faktor usia.
"Kau tak boleh terus terjun, intro kau mesti 'menangkap' pembaca, macam berasmara! Pembaca juga seperti wanita, perlu dibelai dan di'entice' dulu! baru tulisan kau 'menangkap' dan berkesan di jiwa raga" Tok Rimau terang panjang lagi lebar.
"Macam foreplay?!"
"Ha..! macam foreplay! pandai pun..!"
"So kau kata aku ni takde foreplay la?!"
"Dalam tulisan la, bab satu lagi tu tak tau la aku..hahahha!"
Kedua-dua lelaki matang lagi bergaya itu ketawa berdekah-dekah. Lelaki yang lebih bergaya, berdekah lebih kuat. Seolah seperti mahu sembunyikan sesuatu.
Mereka bersembang dan ketawa di wakaf berhadapan masjid sambil beranalogi seksual.
Wakaf itu benar-benar selesa, sangat selesa untuk sesiapa yang ingin ke masjid, tetapi tidak ingin ke masjid. Terlalu awal.