Disember 2059.
The Ismaelist baru sahaja melangsungkan konsert ulangtahun mereka ke 49. Rata-rata peminat taksub the Ismaelist agak hairan mengapa Ismaelist meraikan ulangtahun ke 49 tetapi tidak ke 50?
Oleh kerana persembahan mantap kumpulan tersebut pada konsert itu, rata-rata peminat taksub The Ismaelist merasakan isu 49, 50 tidak material. Apa yang penting bagi mereka persembahan Dean Sham masih lagi hebat, tetap dinamik seperti awal kemunculan The Ismaelist. Malah menurut penulis biografi merangkap jurugambar tidak rasmi The Ismaelist, Jo Ghazali, Dean Sham lah sebab utama mengapa kumpulan elektro rock n' roll itu menjadi legenda. Kalau hendak diharapkan pemain bass pipiyapong, mungkin The Ismaelist masih lagi bermain di pertandingan kugiran sekitar Kuala Lipis dan Raub sahaja. Begitu juga dengan Ismail Othman, pemain gitar utama dan juga asal nama kumpulan ini. Dek kerana dijulang populariti, Ismail Othman lemas diulit gadis-gadis 'groupie' sehinggakan beliau mencuba pelbagai jenis ubat 'lelaki' lalu menemui ajal dua tahun sebelum konsert ulangtahun The Ismaelist. Beliau overdose Super Viagra 2000.
Kumprinx pula pergi tanpa meninggalkan banyak khabar berita. Jadi untuk konsert ulangtahun ke 49 The Ismaelist, hanya tinggal Pipiyapong dan Dean Sham sahaja. Dengan bantuan teknologi serta bakat dan dedikasi Dean Sham konsert itu berjaya dilaksanakan dengan hebatnya. Dean Sham bertindak sebagai pemain dram, gitar utama, dan vokal. Manakala pipiyapong bermain bass, itu pun banyak dibantu oleh Zan Zaini yang bermain bass di belakang pentas bagi menutupi sebarang kelemahan dalam permainan pipiyapong.
Namun langit tidak selalu cerah. Oleh kerana konsert itu, nama Dean Sham terlalu dijulang di seantero dunia muzik. Dean Sham nyata tidak senang dengan perhatian dan pujaan berlebihan peminat-peminatnya. Bagi peminat The Ismaelist, Dean Shan dah tahap dewa.
Solusi hanya satu. Dean Sham mencipta reka kematiannnya sendiri. Mayat 'body double' digunakan. Pada masa yang sama Dean Sham melarikan diri ke suatu tempat rahsia di sebuah pulau miliknya. Media menghebahkan berita kematian mengejut Dean Sham. Ramai yang tidak dapat menerima kenyataan ini termasuk Pipiyapong. Oleh kerana terlalu kecewa, pipiyapong menjadi schizoprenic.
Untuk mengurangkan tahap kekecewaannya, pipiyapong membuat dirinya percaya yang Dean Sham tidak mati pada tahun itu, tetapi mati pada tahun 2040 akibat sakit tua.
Akhirnya pipiyapong menjadi seorang tua yang sepi, dan sering kelihatan minum teh sendirian tanpa ditemani sesiapa kecuali lontaran vokal Dean Sham melagukan hit-hit The Ismaelist melalui iPodnya.
Versi lain:
2060 Pipiyapong
Pasca Apokalips Sinaganaga
Hujung Nyawa Tok rimau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau Dean Sham tak mati lagi, gua nak bunuh dia.
ReplyDeleteahh.jenis ada mati mati ni yang bahaya.
ReplyDeleteai..wa sudah masuk dalam ini cerita? hahaha
ReplyDelete