Friday, August 23, 2013

Starbucks Used To be Nice

Dulu.

Starbucks tempat yang cool & cozy.  Tempat menikmati kopi mahal secara tenang dan agak stylo.

Kemudian.

Datang internet dan WIFI.  Maka datanglah golongan-golongan yang datang ke Starbucks kerana WIFI percumanya.  Itu ok lagi.

Kemudian.

Peningkatan perdapatan per capita.  Ramai yang mampu hantar anak ke kolej dan universiti swasta.  Anak-anak ini walaupun masih belajar tapi mempunyai kuasa membeli yang agak tinggi.  Ini disebabkan oleh kemampuan ibubapa mereka untuk memberi wang saku yang lumayan setiap bulan.

Ini masalah.

Walaupun kaya wang ringgit tapi mereka miskin budi bahasa dan etika hidup secara bertamadun.

Mereka lepak Starbucks biasanya untuk sesi diskusi pelajaran.  Tapi mereka benar-benar menjadikan Starbucks ini kedai kopi.  Literally.

Mereka bising.  Mereka order secawan tapi lepak sampai kedai nak tutup.  Mereka 'conquer' seats secara berjemaah.  Ada yang best lagi, sebab diskusi tu dengan boyfriend girlfriend, mereka bercumbu. Bab bercumbu ni tak kisah sangat, sebab it is better to make love than war.  heh heh.  Yang tak tertahan jiwa raga tu, pasal bising dan seats semua penuh.  Tapi kopi secawan dua ja atas meja.  Ada yang lagi terer, siap ada Mcflurry lagi atas meja Starbucks.  Kalau diaorang letak nasi lemak bungkus, memang gua kasi terbalik meja tu.

Starbucks dah jadi macam Mcdonald's dan kedai mamak 24 hours.  Kalau kalian ingin menikmati kopi mahal di ambience yang tenang, jauhilah outlet yang hampir dengan kolej dan universiti.  Contohnya, Starbucks Alpha Angle, Wangsa Maju, dan Starbucks Setia Tropika, JB.  Ini bukan salah Starbucks, tapi harga yang perlu kita bayar apabila kita hanya maju dari segi peningkatan pendapatan tapi belum peningkatan minda.


Dulu.

Starbucks tempat yang cool & cozy.  Tempat menikmati kopi mahal secara tenang dan agak stylo.

Tapi.  Itu dulu la.

1 comment:

  1. Kena setuju dengan hal ini. T___T
    Sebab patutnya bila kita bayar dengan harga yang mahal, kita dapat ketenangan yang diperlukan. Tapi bayar mahal, keributan kadangkala lagi teruk dari kedai kopi biasa --- menyesakkan jiwa.

    Pilihan terakhir :
    Beli, bawa keluar, minum dalam kereta.
    Hmmm.

    ReplyDelete