Monday, June 22, 2009

Tiada Arah Tujuan


Kalau memandu, di tempat yang kurang biasa, atau dalam bahasa urban nya 'familiar', papan tanda sangatlah kritikal.

Di Malaysia ini, papan tanda di bina bukan untuk memberi arah tujuan kepada mereka yang memerlukan arah tujuan, tapi untuk saja suka-suka dan untuk mereka yang memang dah tahu jalan ataupun memang beranak kat situ.

Papan tanda yang ada memang canggih, cantik, tapi kebanyakannya mempunyai kedudukan yang tak berapa strategik. Ada papan tanda yang duduk letaknya dibelakang papan tanda yang lain, yang belakang pokok pun ada, dahsyat sungguh kejuruteraan papan tanda di Malaysia ni. Kalau memandu, bila sampai masa nak baca papan tanda tu, dia punya font ibarat size 12 ja! apa dia ingat papan tanda tu kertas A4?! Itu belum kira papan tanda jalan tulis Jawi lagi, sapa yang tak pernah masuk sekolah agama tu, alamat sesat sampai ke Siam la korang!

Anyway, kalau nak marah papan tanda pun tak berapa molek la kan. Sebab bukan dosa papan tanda tu kalau tak boleh dibaca.

Selalunya bagi premis perniagaan atau majlis kahwin, arah jalan ini sangat penting. Kalau tak jumpa kedai, macam mana nak beli belah, kalau tak jumpa kenduri macam mana tuan rumah nak dapat salam kaut?!

Tapi.

Ada sebuah hotel yang banyak rangkaian tu punya papan tanda yang memang bagus, masuk ja pekan yang ada hotel tu, pasti kita akan jumpa papan tanda dia sebelah papan tanda 'Selamat Datang' ke pekan tu.
Ye la kalau susah nak jumpa hotel, lari la pelanggan kan?

Tapi, ada sebuah daripada hotel dalam rangkain itu yang terletak di utara semenanjung, ada dua ja papan tanda, dua-dua dekat simpang nak masuk hotel tu. Kalau cari hotel tu tanpa bertanya penduduk tempatan, alamat sesat sampai ke Siam la sekali lagi.

Dah hampir sejam habiskan minyak di bandar tu, dan selepas tanya 2,3 orang, barulah Dean Sham sampai ke hotel tersebut. Sebagai rakyat yang perihatin, Dean Sham terus membuat aduan lisan kepada pengurus hotel (tak tau la dia pegurus ke tak, sebab dia sorang ja yang pakai neck tie kat situ)

"Kenapa Hotel ni takde signboard? susah I nak cari!" kata Dean Sham ber 'I- you'. Yelah kat hotel kena la ber 'I-You', baru cara.

"Memang dulu kita ada 13 papan tanda diserata pelusuk bandar ni" kata macam pengurus itu.

"13?!"

"Ya,13, tapi sekarang tinggal dua ja"

"Kenapa?"

"Lagi 11, kena curi"

"Curi papan tanda? diaorang nak buat apa? hotel pesaing ka?"

"Bukan hotel pesaing, tapi pencuri besi, sebab papan tanda kami semua buat pakai besi molek2, depa curi la untuk jual balik"

Ohh patutla. Besi, lain kali pakai la papan tanda buluh!

2 comments:

  1. da macam exhauts buluh la plak..pom..pom...pom begitu....

    ReplyDelete
  2. afiq,
    hahahaha!!! kalau ekzos buluh, dah sampai ke atas pokok dah!

    ReplyDelete