Monday, April 12, 2010

Tuan Muda

Baru-baru ini, di Pahang.

Kecoh pasal seorang remaja yang menyamar jadi anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang.

Dia mengelarkan diri dia, 'Tuan Muda'.

Modal dia tidak banyak.  Dia beli dua pasang uniform PLKN, dan entah dari mana dia dapat (atau buat) letter head Istana.

Jadi si remaja ni pun pergilah menjaja gelaran tersebut ke kem PLKN di Kuantan.  Mengikut laporan akhbar ada dua kem yang dia sempat lawat dan siap jadi tetamu istimewa di kem-kem tersebut.

Dia cuma ter'kantol' sebab ada kawan sekolah dia yang kenal dia dan buat laporan polis.  Agaknya si kawan tadi tu terkejut.  Apahal pulak tiba-tiba je jadi anak angkat Raja?!

Dean Sham tak tau nak ketawa ke, nak marah ke kat remaja tu.  Nak respect pun ada kat dia tu.  Dah macam  filem 'Catch Me If You Can' lakonan DiCaprio dan Tom Hanks.  Dalam filem tu, watak DiCaprio ialah seorang budak remaja yang kerjanya menipu organisasi besar seperti Syarikat Penerbangan dan juga orang-orang besar dan berpengaruh.  Tom Hanks pula ialah agen FBI yang ditugaskan tangkap DiCaprio tu.  Akhirnya dia tertangkap juga di akhir filem.

Filem tu menunjukkan bahawa orang senang ditipu kalau kita mempamerkan imej yang betul.  Imej yang orang ingin lihat dan percaya.  Kalau kita nak bagitau pada orang yang kita ni mekanik, setiap hari lalu depan dia dan pakai overall mekanik, pastu tangan dan kuku kasi kotor dengan minyak hitam.  Nescaya bila kereta dia rosak atau tak berapa sedap nak bawak, dia akan tanya kita.

Ataupun, nak mengorat anak makcik jual kuih kat kawasan perumahan kita.  Hari-hari beli kuih, pakai kemeja dan tali leher.  Kasut kasi kilat.  Siap pakai spek lagi walaupun tak rabun.  Nescaya dia ingat kita ni paling koman pun cikgu.  Walaupun sebenarnya kerja kedai makan Siam jual tomyam.

Pendek kata, orang 'judge' kita 'by our looks', kalau ada awek yang kata "I tak tengok rupa, yang penting hati".  Dia sebenarnya separuh menipu.  Kalau hati kita hati emas sekalipun, tapi dressing macam pirates of the carribean, dia pun fikir 25 kali nak bawa jumpa ibubapa dia.

Sama la macam kes remaja menyamar jadi anak angkat raja itu tadi.  Mungkin dia berfantasi untuk jadi orang yang penting, sebab dia tak pernah rasa penting dalam hidup dia.  Mungkin dia sengaja nak ajar masyarakat yang terlalu pentingkan pangkat dan status, yang diukur dari gaya dan imej luaran.

Walau apa pun justifikasi remaja itu.  Dia ajar kita tentang satu perkara.

WE ALL JUDGE THE BOOK BY ITS COVER.

Sebab itulah buku 'KARIPAP-KARIPAP CINTA' SOLD OUT!

HAHAHAHAHA, jangan marah saudara Nazri M. Annuar!

Friday, April 9, 2010

Fitness First or Duit First?


Nak jadi body ketul-ketul macam Gerard Butler bukan senang rupanya.

Perlu banyak pelaburan.  Masa, tenaga nak angkat besi, dan yang paling penting DUIT.

Ya, duit.  Bukan murah untuk seksa diri, sampai sakit-sakit otot, sakit-sakit tulang temulang.

Nak jadi ahli gim berangkai di ibukota ni, perlu kurang-kurang RM 1000-RM 2000. Untuk jangka masa setahun.  Itu belum menjamin body ketul-ketul.

Kena bayar personal trainer lagi.  Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang specific macam mana nak angkat besi tu betul-betul.  Macam mana nak lari betul-betul, macam mana nak makan yang betul.  Kata diaorang, rejim latihan berbeza ikut orang, jenis darah, tujuan latihan, matlamat latihan, dan macam-macam lagi.

Jadi, kena ambil personal trainer.  Duit lagi.  Itu belum masuk, pil-pil, protein, supplement itu, supplement ini.

Campur tolak, kali bahagi.  Kurang-kurang kena ada sedia RM2,3 ribu dalam tangan.

Sebab DeanSham cuma ada, RM2,3 puluh ringgit je dalam tangan.  Maka adalah lebih baik DeanSham pergi buat latihan muscle mulut dan perut.  Di kopitiam.

Thursday, April 1, 2010

Puisi & Bunyi

"Apa? puisi tu bukan bunyi ke?"

"Tapi puisi ni ada bunyi-bunyi belakang dia"

"Oh..kira ada orang main lagu la kat background?"

"Ni lagi special, ada bunyi dari space"

"Wah! puisi STAR WARS la ni!  Best-best!"

"... (susah bercakap dengan jiwa berbudaya pop ni)"

*****************************************

Dengar Di bawah Bintang Mengerdip- Kolaborasi Pak Samad dan Space Gambus Experiment.