Monday, April 12, 2010

Tuan Muda

Baru-baru ini, di Pahang.

Kecoh pasal seorang remaja yang menyamar jadi anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang.

Dia mengelarkan diri dia, 'Tuan Muda'.

Modal dia tidak banyak.  Dia beli dua pasang uniform PLKN, dan entah dari mana dia dapat (atau buat) letter head Istana.

Jadi si remaja ni pun pergilah menjaja gelaran tersebut ke kem PLKN di Kuantan.  Mengikut laporan akhbar ada dua kem yang dia sempat lawat dan siap jadi tetamu istimewa di kem-kem tersebut.

Dia cuma ter'kantol' sebab ada kawan sekolah dia yang kenal dia dan buat laporan polis.  Agaknya si kawan tadi tu terkejut.  Apahal pulak tiba-tiba je jadi anak angkat Raja?!

Dean Sham tak tau nak ketawa ke, nak marah ke kat remaja tu.  Nak respect pun ada kat dia tu.  Dah macam  filem 'Catch Me If You Can' lakonan DiCaprio dan Tom Hanks.  Dalam filem tu, watak DiCaprio ialah seorang budak remaja yang kerjanya menipu organisasi besar seperti Syarikat Penerbangan dan juga orang-orang besar dan berpengaruh.  Tom Hanks pula ialah agen FBI yang ditugaskan tangkap DiCaprio tu.  Akhirnya dia tertangkap juga di akhir filem.

Filem tu menunjukkan bahawa orang senang ditipu kalau kita mempamerkan imej yang betul.  Imej yang orang ingin lihat dan percaya.  Kalau kita nak bagitau pada orang yang kita ni mekanik, setiap hari lalu depan dia dan pakai overall mekanik, pastu tangan dan kuku kasi kotor dengan minyak hitam.  Nescaya bila kereta dia rosak atau tak berapa sedap nak bawak, dia akan tanya kita.

Ataupun, nak mengorat anak makcik jual kuih kat kawasan perumahan kita.  Hari-hari beli kuih, pakai kemeja dan tali leher.  Kasut kasi kilat.  Siap pakai spek lagi walaupun tak rabun.  Nescaya dia ingat kita ni paling koman pun cikgu.  Walaupun sebenarnya kerja kedai makan Siam jual tomyam.

Pendek kata, orang 'judge' kita 'by our looks', kalau ada awek yang kata "I tak tengok rupa, yang penting hati".  Dia sebenarnya separuh menipu.  Kalau hati kita hati emas sekalipun, tapi dressing macam pirates of the carribean, dia pun fikir 25 kali nak bawa jumpa ibubapa dia.

Sama la macam kes remaja menyamar jadi anak angkat raja itu tadi.  Mungkin dia berfantasi untuk jadi orang yang penting, sebab dia tak pernah rasa penting dalam hidup dia.  Mungkin dia sengaja nak ajar masyarakat yang terlalu pentingkan pangkat dan status, yang diukur dari gaya dan imej luaran.

Walau apa pun justifikasi remaja itu.  Dia ajar kita tentang satu perkara.

WE ALL JUDGE THE BOOK BY ITS COVER.

Sebab itulah buku 'KARIPAP-KARIPAP CINTA' SOLD OUT!

HAHAHAHAHA, jangan marah saudara Nazri M. Annuar!

9 comments:

  1. haha. samalah. bila baca berita tu tak tahu nak ketawa atau menangis. boleh pulak EXCO negeri Pahang tu sampai tertipu? nak ketawa atau menangis?

    hahaha. aduh la~

    ReplyDelete
  2. aku pun macam nak kata syabas kepada budak tu. rasa nak gelak2 kpd orang layan dia tahap 5 bintang.

    ReplyDelete
  3. Gua ingat budak tu dah habis kena belasah skang ni...

    Belasah sebab malu.

    ReplyDelete
  4. ada apa pada nama,yang penting mulut mesti manis...

    ReplyDelete
  5. buku aku tu kalau 'orang', maka ia orang yang sempurna. Luaran cantik, dalam pula membuat anda ketawa.

    Bukankah wanita suka lelaki yang buat mereka ketawa?

    Kahkah.

    ReplyDelete
  6. buku nazri m annuar tuh ok la tuh sempuerna belum sebab aku masih jumpa beberapa typo. ahahahaha

    dean sham,
    aku dengar berita je dah cakap. gila jantan itu budak!

    ReplyDelete
  7. Hoho. Setuju. Dulu, ada mangkuk sudah advise aku. Kalau family member masuk spital gomen, kita nak lawat, pakai tie bagai. Baru dapat explaination doktor cepat.

    Kalau tak, haram. Cik misi pun tak nak layan kalau kita tanya.

    ReplyDelete
  8. gua nak nyamar macam single plak pasni..

    ReplyDelete