Monday, May 25, 2009
Apa Cerita?!
Foto Ihsan http://putri-berendam.blogspot.com
EXT.DAY.Restoran Atas Air.
Restoran tu best jugak la. Drive dalam 20 minutes dari Skudai.
Tempat dia dekat dengan pelabuhan. Apa yang menarik pasal restoran tu ialah,
1. Pemandangan yang boleh dikatakan indah. Sebab restoran tu macam atas jeti, bawah dia paya bakau yang jadi pemecah ombak kepantai. Angin, fuh! memang best, kalau dia ada bagi sewa hammock, nescaya ramai yang sanggup bayar untuk tidur lepas makan. Walaupun restoran tu restoran seafood, dia bukak siang juga. Kalau pergi untuk lunch, lepas makan, gerenti mata jadi kuyu, sebab perut kenyang ditolong pula oleh bayu laut, maka serta merta rasa macam nak tidur kat meja makan tu jugak.
2. Masakan yang tidak mengecewakan, kalau nak bagi bintang, setakat 4 ke 4.5 bintang tu no hal punya.
3. Harga yang amat berpatutan di kala tambang teksi dan bas yang nak naik hingga ke 30% ini.
Tapi semalam, ada sedikit 'potong'
Mula-mula. Ada sekumpulan pakcik-pakcik datang dengan satu van. Lepas order, diaorang buat tahlil pulak kat restoran seafood tu. Ya TAHLIL. Tahlil, macam yang kat surau lepas Maghrib tu. Agak panjang jugak la tahlil diaorang. Lepas tu leader dia baca doa yang panjang, sambil pekerja-pekerja restoran hantar udang, sotong, ikan, ketam ke meja diaorang.
Sebagai seorang muslimin yang agak beriman, aku redha, walaupun volume doa mereka tu dah tahap boleh dengar sampai ke dapur restoran. Tapi, takpe, dengar pun dapat pahala kot? Dan sebagai sembahyang punya orang, aku tidak berasa kepanasan tatkala ayat-ayat suci dilagukan. Cuma dahaga lebih sikit ja dari biasa,
Kemudian, nun di hujung restoran ada sekumpulan pelanggan yang datang dengan bas. Macam family day gayanya. Mereka meraikan hari lahir salah seorang dari anggota keluarga mereka. Besar sungguh family mereka, sebab sampai kena datang dengan bas. Itu baru nak makan seafood, kalau hari raya, macam mana la gayanya.
Habis ja geng pakcik itu tadi baca doa, tatkala AMIN... yang family day tu tadi dah mula ketawa agak kuat. Tadi diaorang pandai pulak makan senyap-senyap. Lapar sangat barangkali.
Lepas tu diaorang bantai nyanyi pulak. Lagu Allah selamatkan kamu. Dah macam cerita Nasib Labu Labi. Lepas tu tak puas nyanyi lagu melayu, nyanyi pulak lagu happy birthday versi orang putih. Tak puas nyanyi lagu orang putih, diaorang nyanyi pulak lagu birthday versi Arab. Ya Arab pun ada lagu happy birthday. Nasib baik diaorang berhenti setakat tu ja, mungkin tak tau dalam versi cina, tamil, telegu, mahupun malabar. Kalau tidak, memang 1Malaysia.
Lepas nyanyi diaorang gelak ketawa. Ye la, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati la kan?!
Semalam, walaupun kenyang, mata aku tak terasa mengantuk pun walau dipuput sang bayu, walau di sorong hammock.
Sekular sunguh restoran seafood itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Restoran apa yang sampai boleh sewa buat tahlil ni? Gua pun kalau macam tu nak buat pertandingan tadarus laa..
ReplyDeletepipi,
ReplyDeletejangan buat main weh, restoran kat atas laut, datang Tsunami karang, nak lari ke mana?! Hahahahah