Wednesday, May 20, 2009

Last Supper

Ada jamuan.

Makan tengah hari. Nak meraikan staf yang pencen awal.

Ya pencen awal. Mungkin dia dah tua sebelum waktunya.

Menu jamuan tu boleh la dikategorikan sebagai 'best' untuk makan tengah hari.

Ada nasi putih, ikan bakar, sambal udang, ayam goreng, ulam-ulam, gulai pisang muda dan daging kari. Itu belum kira dessert lagi tu.

Bila habis ja acara-acara formal seperti ucapan-ucapan, bagi-bagi hadiah, maka sampailah masa untuk suap-suap nasi dalam mulut.

Para hadirin semua tak kasi can, masing-masing pun memulakan acara suap-suap dengan bergaya. Ada yang pakai sudu-garfu, dan ada yang memilih cara tradisional, supaya dapat nikmat jilat jari diakhir acara nanti, sambil dapat pahala sebab ikut sunnah Nabi.

Aku pun tidak mahu ketinggalan. Memulakan langkah dengan menyuap daging kari+nasi+ulam at one go. Kalau salah perkiraan boleh tercekik tu. Tapi berkat latihan yang sempurna bertahun lamanya, ianya jadi mudah.

Tiba-tiba masuk satu SMS di cellphone.

"I nak pergi melawat orang"

Aku balas SMS.

"Kenapa, ada orang meninggal ka?

SMS tu balas balik.

"Ya, mak kawan. Dia meninggal tersedak makanan masa jamuan kat surau malam tadi"

Terus hilang momentum makan.

Nasi pun disuap kecil-kecil.

Daging kari disiat sebelum ditelan. Kecil-kecil juga.

Ulam dicarik-carik.

Semua tu ditelan satu persatu.

Bukan apa, takut tersedak. Dah la makan jauh dari surau.

5 comments:

  1. Salam, akan Maya ingat kisah nih bila dapat jemputan makan preee hehehehe

    ReplyDelete
  2. tazkirah indie nama nya nih..

    ReplyDelete
  3. huk huk huk.
    tersedak air bila baca nih. insaf insaf

    ReplyDelete
  4. Maya,
    Bukan waktu makan free ja! hehehe

    gunx,
    janganlah sebut tazkirah..malu gua beb!

    amy,
    alhamdullilah..dapat juga I pahala..hehehheh

    ReplyDelete
  5. naik sikit bulu roma kerana insaf..haha

    ReplyDelete