Thursday, January 29, 2009

Word Power

Sinaganaga = Celebrity blogger

Why?

Dia hanya perlu tulis 'nothing to display'

Within 7 hours, ada 42 comments.

That is POWER my friend!

HAHAHAHAHAHAHAHAH!!!

Monday, January 26, 2009

Selalu

Ext. Day. Gerai Keropok Lekor.

Awek KL : Bagi keropok RM 10 ye.

Awek Keropok : OK. (sambil rebus keropok lekor yang baru digentel)

Awek KL : Bagi yang baru masak ye, yang dalam periuk tu.

Awek Keropok : Boleh. Nok makang selalu?

Awek KL : Haa...ye.. kot, tapi tak le selalu sangat, buat minum petang je.. (confused)

Awek Keropok : Dok, saye tanye, hok ni nak makang selalu ke? bole saye letok dalam pinggang.

Awek KL : Takpe, letak dalam plastik je, rumah saya dah ada banyak pinggan.

Awek Keropok : ???

nota kaki : Selalu; dalam konteks bahasa Melayu Pantai Timur ialah terus, langsung atau 'directly'. Makan Selalu maksudnya makan terus, there and then. Hahahahahaah!!!

Friday, January 23, 2009

Running on Faith

"I paling tak suka kalau orang buat kerja tak professional!"

"Apa yang depa buat kali ni yang you marah sangat ni?"

"Yelah, kalau nak kerja, kerja betul-betul, jangan campur kerja dengan benda-benda yang lain, tak efficient, dan I tak suka!"

"Kerja apa yang you kena buat tu?"

"I kena pegi Melaka ada bengkel, program dari pagi sampai awal pagi esok tau!"

"Wah! betul punya bengkel tu!"

"I tak kisah kerja sampai lewat malam, tapi ada certain program yang takde kena-mengena dengan kerja, tu yang I tak setuju!"

"Apa program yang takde kena-mengena dengan kerja tu?"

"Qiamullail!"

"Cit! memang setan betul la kau ni! ingat program apa tadi!"

"Apa? dosa ke tak qiamullail?!"

"Kau ni kurang baca Mastika nih"

Monday, January 19, 2009

MAUT

Filem itu bagus.

Tapi.

Ada beberapa isu yang buat aku tak merasa puas.

1. Too preachy. Ya, mungkin filem dakwah memang begitu. Untuk menyedarkan mereka yang sedang lena. tapi, untuk orang yang separa lenar macam aku, it does not work.

2. Yang jahat dalam masyarakat Melayu, mesti pasal minum arak, seks rambang , dan of course Black Metal. Benda-benda ni memang tak molek, tapi siapa yang minum arak tu tak tau benda tu haram di sisi Islam? sembah setan tu syirik? diaorang sedar semua tu. Tak caya? tanyalah mat2 black metal tu, diaorang pasti sedar yang Black Metal tu unislamic. nak juga tengok orang filmmaker Melayu sentuh isu, korup politikus, korup imam, or pemimpin yang tipu rakyat je kerjanya, salah guna kuasa. Apa agaknya mimpi diaorang tu masa koma?

3. Stewardess je yang free sex! hahaha...kesian depa, lepas ni kalau ada anak dara yang nak minta kerja jadi stewardess, parents tak kasi pulak! cuba sesekali buat makcik kerani kerja kat pejabat kerajaan free sex, tukar-tukar pasangan instead of stewardess, rasanya lebih mencengkam jiwa audiens. Tak caya? ada makcik-makcik kerani yang keje gomen free sex? Go and do your own research, you'll be more than surprise.

Apa yang bagusnya filem ni?

Yang bagusnya, Bade Hj Azmi buat filem ni in the first place. Tak macam sesetangah orang yang dok fikir idea itu, idea ini, tapi do not get things done!

hahahahahahaha!!!

p/s: go and watch MAUT, it is definitely worth watching.

Friday, January 16, 2009

Yahudi

"Celaka punya bank! Perangai macam Yahudi!"

"Aku masuk cek tak clear-clear!"

"Bukan banyak pun! sial la!"

***********************

Begitulah maki hamun yang saya bagi pada bank tempat saya berurus niaga saban hari.

Sebenarnya saya bank-in check menggunakan mesin minggu lepas, tapi bila saya check balance, saya dapati saya masih miskin beberapa ratus RM.

Tanpa melengahkan masa, saya maki bank secukup rasa.

Tapi.

Nasib saya baik, sebab saya hanya maki dalam hati.

Kalau tak malu besar saya. Kenapa?

Sebab saya bank-in dalam akaun lain, tapi check balance akaun lain.

Inilah nasib orang miskin takde banyak duit tapi banyak akaun.

p/s: yang bank pun satu, dah tau gua takde duit pegi bagi bukak akaun banyak-banyak buat apa?! Cuba la belajar jangan menyusahkan customer!

Wednesday, January 14, 2009

Boycott Part Deux

Apa kata kita boycott Saudi Arabia?!

Kita boycott dia, supaya dia jangan jual minyak kat US.

Atau pun, minta dia jual harga mahal melampau bila jual kat US.

Kita pressure Arab Saudi supaya jangan ada business deal dengan US.

Tapi.

Nak boycott barang apa ye?

Kebab, shisha?

Takkan nak boycott tak mau pegi Haji kot!

Dosa tu beb!

Tuesday, January 13, 2009

Pilihanraya

Bukan kat KT tu, tapi kat UTM ja.

Bukan nak pilih YB, tapi nak pilih Perwakilan Mahasiswa ja.

So.

Ramai la juga yang berminat dengan dunia politikus ni.

Ada yang mengelar diri mereka Pro-Evolusi, ada yang Pro-Mahasiswa.

Yang mana satu sokong kerajaaan, yang mana sokong pembangkang, tak berapa perasan la pulak.

Tapi.

Bab bagi-bagi nama ni. Creatively la sikit hendaknya.

Dah kalau pilihanraya tu pun memang dah nak pilih wakil mahasiswa, rasanya mestilah kena pro-mahasiswa ye tak?

It goes without saying.

Tapi, barangkali, mungkin bila dah menang nanti mereka lupa diri kot. Terus jadi pro-universiti.

Itu OK lagi, kalau terus depa jadi PRO universiti? hahahahaha!!!

Nampaknya masih tak sedap lagi la makanan kat kafe di kampus! :)

******************************************

"Tak pegi mengundi ka?"

"Malas!"

" Kenapa?"

"Sebab, I don't believe in the system"

"Lagipun, bila dah menang nanti semuanya sama. Jadi rejim boneka!"

"Hmmm..."

"Kau nak pegi la ni?"

"Yup!"

"Setahu aku, kau ni bukan reti benda-benda politik ni!"

"Aku nak pegi ngundi sebab, awek wakil fakulti aku tu, comel! hahahaha!"

"Cit!"

Monday, January 12, 2009

Boycott

It is not that hard to refrain oneself from consuming McDonald's, Coke, Starbucks coffee, or wearing Levi's.

McD for instance is not the ideal diet anyway. In case you missed out on Morgan Spurlock's SuperSize Me, the food of McD is hardly nutritional if not harmful to your health.

Coke, hmm what else can you say about a drink that is made almost exclusively out of sugar!

The most difficult thing about the boycott movement I think, is deep inside our heart and mind, we realize that it (the boycott) will hurt the local economy more than it will hurt the mighty USA.

What would we be saying to the children of a Coke employee if their father is out of work because of the boycott? (if the boycott is a total success of course)

Friday, January 9, 2009

Baiser Voles by Francois Truffaut




Truffaut, challenges the idea of "what if"... for example this man out of no where comes and tells this woman that he loves her and he is very attracted to her in a very sincere way, as opposed to not confronting her and always wondering (What if I told her i lover her...), what happens here is the woman calls him a "crazy fool"...

*******

I do not understand a thing he says, but this is a marvelous scene.

Sunday, January 4, 2009

Miskin

Daripada lebih kurang 28 films yang sedang ditayangkan di TGV (ketika enrti ini ditulis) hanya 3 buah sahaja adalah filem Melayu.

Roughly 10%.

Persoalannya, miskin sangat ke industri filem tempatan?

Tak cukup produktif? atau sedang menunggu queue untuk tayangan.

Walau apa pun penerangan tentang persoalan tersebut, ianya memberitahu kita tentang satu perkara yang jelas.

Betapa kecilnya pasaran filem Melayu (Malay Film Market) di negara sendiri.

Definisi pasaran atau market ini mudah ja. Sesebuah pasaran terdiri daripada satu set penjual dan pembeli yang terdapat pada sesuatu masa di sesuatu tempat.

1. Kalau ada orang nak jual, dan ada orang nak beli sesuatu produk itu, maka wujud lah satu pasaran untuk produk tersebut.

2. Kalau ada orang nak beli tapi takde orang nak jual, itu dinamakan sebagai potential market.

3. Kalau ada nak jual, tapi takde nak beli, so tiadalah market untuk produk tersebut.

Jadi dalam konteks filem Melayu ni, sebenarnya dia jatuh dalam kategori 1, 2, atau 3 di atas?

Rasanya yang ke-3 tu tak berapa logik kalau nak menerangkan tentang situasi pasaran filem melayu sekarang ni.

Jadi mari kita tengok dari perspektif Pemasaran (Marketing) pulak.

Prinsip Pemasaran kata, ibu kepada segala strategi pemasaran ialah apa yang dipanggil sebagai Marketing Mix atau lebih glamour lagi dengan gelaran 4 P.

4P ini, jika nak diterangkan dengan panjang lebar kenalah korang masuk kursus Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) kat UTM, atau mana-mana IPT yang menawarkan program seumpama dengannya.

Simply put, 4P ni deals with the decision any businesses have to make regarding;

a) Product:- macam mana nak buat, design, nak bagi nama apa, nak bungkus macam mana.
b) Price:- nak jual berapa harga
c) Promotion:- nak promote macam mana, nak buat advertising ka, jualan murah ka, nak suruh Mawi jadi spokeperson ka.
d) Place:- nak jual kat mana, nak distribute camna.

So, kalau ada ramai orang nak menonton cerita Melayu tapi, tak dapat nak menonton disebabkan tak banyak tempat, atau waktu tayangan filem Melayu terhad, makanya business filem melayu ada problem kat P yang ke empat tu, yakni Place atau distribution channel.

Kalau di supermarket macam Giant, Tesco dan yang seumpama dengannya, barang yang tak berapa laku tak akan dapat shelf space, sebab rugi la depa letak barang yang tak bole jual lama-lama kat shelf depa sedangkan ada barang lain yang boleh jual boleh ditempatkan kat situ.

Adakah, filem Melayu ni tak laku, maka operator pawagam tak mau letak filem melayu lama-lama kat pawagam mereka?

Tapi kalau tak laku, takkan boleh jual juta-juta juga walaupun dalam masa 2 minggu wajib tayang tu.

Atau pun.

Operator pawagam ni dapat untung lebih tayang cerita Hollywood? Maka adalah lebih attractive untuk mereka tayang cerita Hollywood daripada cerita Melayu?

Tapi, kalau kita pikir-pikir takkan la cerita macam Angus, Thongs, and Perfect Snogging, atau Beverly Hills Chihuaha tu boleh box office kat Malaysia ni, sampai tak boleh nak bagi slot kat cerita melayu?

Hanya operator pawagam ja yang boleh jawab soalan tu, barangkali.

Friday, January 2, 2009

Seat Belt

"Hah, korang yang duduk belakang tu, jangan lupa pakai seat belt, hari ni 1st january"

"Apasal dengan 1st January?"

"Kena saman dah hari ni kalau tak pakai seat belt belakang!"

"Tak kena la dengan jiwa aku pakai seat belt belakang ni"

"Apasal?"

"Rasa macam baby duduk dalam child's car seat ja!"

**************************

"Kereta, kalau duduk belakang, mesti nak pakai seat belt, kalau tak bahaya tau"

"Apa yang bahayanya?"

"Kalau brek emergency, boleh tercampak ke depan tau"

"Bawa la slow-slow"

"Eh...kalau bawa slow-slow pun tetap bahaya, kajian menunjukkan drive dalam 40km/j pun kalau berhenti mengejut boleh tercampak passenger belakang ke depan dan boleh mati tau"

"Kalau bas bawa 40km/j lepas tu brek mengejut takde le pulak penumpang nak tercampak ke depan ye?!"

"Apasal cakap macam tu?"

"Sebab kerajaan tak suruh bas pasang tali keledar pada setiap seat bas pun!"

"Eh kalau camtu tinggi la kos operasi bas tau"

"Oh..accident kenal kos mana tinggi mana tak tinggi la ye,..tak TAU la pulak aku!"

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year

"Happy new year!"

"I tak celebrate new year, & frankly speaking I do not understand why people celebrate new year!"

"Ye la you kan alim, celebrate Awal Muharam..."

"Eh! dah Awal Muharam ke?"

"Cit, ingat Alim tadi, itu belum tanya pasal doa Awal Muharam lagi tu!"

"Eh! kena doa ke?"

****************************

"Gym tutup esok?"

"Mestilah la bang, esok kan tahun baru"

"Apasal tutup, Johor mana cuti 1 Januari!"

"Satu dunia cuti bang, 1 januari, Johor je yang tak cuti, saya nak enjoy tengok bunga api, abang nak main besi cari la besi kat belakang rumah, kalau payah sangat tong gas tu pikul je lah"

"Cit! banyak ranggi ye kau punya ayat"

"Jangan marah bang, Happy New Year! hahahaha..."