Int.Room.Day
Bilik itu bukan bilik puaka atau berpenunggu. Bilik itu bilik biasa sahaja.
Namun.
Tetap mengerikan. Seolah-olah dihitung segala dosa dan pahala apabila masuk ke bilik itu. Seolah-olah ditimbang berat ringan amalan harian, pemilik tubuh yang masuk ke bilik itu.
"Ini bukan test!"
"Ya bang"
"Aku bukan nak uji engkau, ini bukan ujian tau"
"Faham bang"
"Aku bukan Munkar Nankir tau"
"Tau bang"
"Aku nak kau faham kalau kau kerja dengan aku, kau kena professional"
"Ya bang, saya faham"
"Aku tak mau nanti bila pelakon dari luar datang nanti, kau tak sedia"
"ya.."
"Diaorang tu banyak peluru, teruk kau kena nanti"
"Saya faham, saya kalau dapat kerja dengan abang, memang saya all out"
"Aku macam ni la, kan, contoh la , kalau kereta aku rosak aku jumpa mekanik,"
"Aku cakap ja apa aku nak, masalah kereta aku camni, so aku nak macamni,"
"Ya bang saya faham"
"Aku tak mau, tunjuk dia mana spanar, mana screw driver, macam mana nak buka, wo! letih la kalau aku nak kena ajar mekanik aku!"
"ya, sangat faham"
Bilik itu bilik biasa sahaja. Bukan bilik puaka atau bilik berpenunggu.
Tapi. Terasa seperti dihitung segala amalan, dosa dan pahala di dunia.
Tuesday, January 19, 2010
Tuesday, January 12, 2010
Siri Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem II
Int.Room.Day
Bilik itu adalah bilik biasa sahaja. Tidak besar, tetapi tidak juga kecil. Tetapi apabila orang berhajat melangkah masuk sahaja ke bilik itu, kepala lutut boleh jadi lemah, bibir boleh jadi kering, perut boleh jadi berpintal.
Tidak, bilik itu bukan bilik puaka atau berpenunggu. Bilik itu bilik biasa sahaja.
"Ready?!'
"Ya encik U-Wei"
"Kau dah baca skrip tu?"
"Dah"
"Faham?!"
"Boleh la"
"Kau dah faham?!"
"Err faham"
"Betul?!"
" Betul"
"Ok, aku nak kau buat, dan kau fikir dulu sebelum kau keluarkan line kau"
"Action!"
"Belerang...orang Belanda dah haramkan penjualan belerang, kami tak mahu sebarang masalah di sini. kami mahukan aman, kau faham?"
"CUT! berhenti kat situ, aku tak mau kau 'perform' lines kau, aku nak kau 'menjadi' faham? bukannya macam drama Melayu"
"Err..faham.."
"I'm not interested in what you say, I want to see what you don't say"
Fade to Black
Technician lakonan senang dicari, PELAKON yang 'menjadi' dan bukan yang 'perform' dialog yang ditulis memang sukar. PELAKON adalah conduit antara visi pengarah dengan audiens.
Bicara tanpa suara itu yang membezakan PELAKON dan Technician lakonan.
Dissolve to
"Kalau aku pandai aku buat sendiri, tak payah panggil korang aktor-aktor ni!"
END

Monday, January 11, 2010
Siri Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem
Ext.Cafe.Evening.
Biasanya, petang, usai waktu pejabat adalah masa yang naik semangat untuk berlibur. Apalagi kalau petang itu petang Jumaat. Terasa dunia ini cerah dengan peluang-peluang libur, apatah lagi di ibukota seperti Kuala Lumpur ini. Paling koman pun (kata orang Pahang) harus melepak di cafe-cafe yang yang jual kopi mahal.
Petang itu, walaupun punya semangat untuk berlibur, tapi tidak turun 'rasa' untuk berlibur di mana, dengan siapa, dan bagaimana caranya. Rasa ini penting sebab, rasa akan menjadi petunjuk kepada diri untuk bangun dan berbuat sesuatu tanpa ragu. Rasa bukan sahaja datang dari hati, tapi harus bermula dari gerak nurani, dan dipersetujui oleh segenap susuk tubuh dari ubun-ubun hingga ke hujung jari. Maka apabila rasa ini sampai, turun, tiada lagi ragu untuk bergerak, berbuat, dan macam-macam 'ber' lagi.
Sebab petang itu, rasa tak sampai ke hujung jari, maka kaki hanya bawa diri ke kedai Dani.
Sahaja.
Sampai di depan kedai, rupanya ramai yang kurang rasa pada petang itu. Kedai Dani, dipenuhi panel-panel diskusi bermacam kategori, politik, sukan, dan juga makan-makan. Setelah pening akibat berpusing-pusing bola mata cari kategori yang boleh bawa berunding, tiba-tiba terlihat satu susuk tubuh yang dikenali mata.
"Din! duduk sini!"
"OK bang!"
Maka semudah itu jugalah kategori telah ditemui.
"Kau ada plan malam ni?"
"Takde bang"
"Bagus. Aku nak kau pergi FINAS malam ni dan tonton screening on my behalf"
"Screening apa bang?"
"MBP punya docu"
"Ohh..by invitation ke? Kalau tak boleh masuk camna?"
"Kau cakap, aku yang hantar kau. Ajak Azam sekali"
"OK"
"Esok kau report sama aku"
"Kenapa abang tak mau pergi?"
"Bukan tak mau, tapi tak boleh, aku banyak kerja"
Fade to white.
Pawagam Mini P. Ramlee. FINAS.
Tuan pengarah FINAS dengan mikrofon di tangan.
"Kita di sini pada malam ini adalah untuk menonton dokumentari saudara MBP, dan pada masa yang sama kita boleh bagi komen untuk memperbaiki dan memurnikan lagi dokumentari ini"
Hadirin mengangguk-angguk tanda faham.
"Jadi, tanpa buang masa, marilah kita mulakan"
Sejurus usai kata-kata tuan pengarah FINAS itu tadi, lampu dimatikan. Layar putih di sembur dengan imej dokumentari MBP.
"Bergoyang-goyang camera work dia"
"tak macam Nat Geo..."
"ini bukan standard FINAS ni.."
Bisik suara-suara kecil memberi komen dari belakang. MBP yang juga duduk di barisan yang sama tetap tenang.
Usai, tayangan. Tatkala lampu dipasang kembali, juruacara memulakan agenda.
" Ya tuan-tuan, silalah beri komen"
Hadirin senyap. Ada yang berpandangan sesama sendiri, ada yang buat-buat tulis sesuatu.
"Saya rasa dokumentari ini menyedihkan, tak macam discovery channel, tak macam National georgraphic!" kata pengkomen pertama.
"Sebagai seorang penonton biasa, saya tak faham dokumentari ini sebab tak ada narration atau voice over, saya rasa saudara MBP patut masukkan voice over supaya penonton tak perlu pikir sendiri" kata pengkomen kedua.
Dan, selepas itu seperti hujan monsun di musim tengkujuh, komen datang berkoyan-koyan.
Dan, dalam berkoyan itu, tiada secupak pun yang positif.
Sesi dialog selepas tayangan, menjadi medan menghentam, MBP kiri, kanan, atas, bawah.
Kalaulah MBP itu keturunan Panglima Cucu Datuk Merah, nescaya bermandi darah Mini Pawagam P. Ramlee malam itu.
Tapi Allah Maha mengetahui, walaupun di hentam teruk, MBP masih cool (atau tak peduli?)
Usai sesi hentam. Para pengkomen beredar dari mini pawagam, dan pergi minum-minum.
Jelas terpancar aura kepuasan setelah segala isi hati, serta dendam kesumat berjaya diluahkan.
Fade to Black
Int. Home. Day.
Sehari sebelum tayangan.
Akhbar Utusan Malaysia, dikatakan akhbar berbahasa Melayu paling laris di Malaysia, memaparkan artikel tentang seorang pembikin filem yang kecewa dengan FINAS dan panel penilai FINAS.
Tajuknya berbunyi 'Mereka Tak Tahu Bahasa Filem-MBP'.
Fade to Black
Fatwa FINAS, dokumentari yang baik adalah yang macam di Discovery Channel atau National Geographic.
Sebab kami yang sumbang dana, pembikin filem harus berterima kasih dan sila ikut fatwa.

Tuesday, January 5, 2010
U-Wei's Shadow
Sesiapa yang berminat untuk bikin filem. Ini la peluangnya. Ya!!
Sila la hantar filem pendek anda dalam format berikut:
1. Upload ke youtube dan copy paste embed ke findingnina.com. Di website tu kena la register dulu, ikut la arahan yang ada kat website tu.
2. minimum video 90 saat atau 1 minit 30 saat la.
3. Konsep video, berkenaan U-Wei, kerja dia, seni dia, dan sebagainya. Cuma jangan melanggar undang-undang alam, dan jangan buat orang lain tersinggung dah. Lagi gila lagi bagus!
Ganjarannya, korang tanya?
Ya, mesti ada ganjaran. Video yang menang akan menyebabkan pembikinnya akan diberi 'ALL ACCESS' ataupun dalam kata lain, 'Backstage Pass' semasa penggambaran filem HANYUT sekitar April 2010.
Best ke, All Access tu, korang tanya?
Produksi Hanyut menggunakan khidmat pakar dari dalam dan luar negera. So sapa yang minat nak belajar bikin filem tapi takde duit nak masuk good film school, inilah peluangnya. Kira macam dapat buat short course film selama 3 bulan sepanjang shooting HANYUT tu.
Ahh..malaslah nak cerita panjang, masuk je sini, findingnina.com pastu klik Finding U-wei's Shadow.
Cepat jangan buang masa, berhenti berangan, buat terus.
Kalau ada nak tanya, hubungi Azam Raslan di azam@tanahlicin.com atau zereas@yahoo.com.
Monday, January 4, 2010
LOCH NESS di Lipis
Apa? ingat kat Scotland je ada monster air, Kuala Lipis pun ada!
Tak Percaya?! Tanya pipiyapong, ha!
Subscribe to:
Posts (Atom)