Tuesday, January 12, 2010

Siri Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem II

Int.Room.Day

Bilik itu adalah bilik biasa sahaja.  Tidak besar, tetapi tidak juga kecil.  Tetapi apabila orang berhajat melangkah masuk sahaja ke bilik itu, kepala lutut boleh jadi lemah, bibir boleh jadi kering, perut boleh jadi berpintal.

Tidak, bilik itu bukan bilik puaka atau berpenunggu.  Bilik itu bilik biasa sahaja.

"Ready?!'

"Ya encik U-Wei"

"Kau dah baca skrip tu?"

"Dah"

"Faham?!"

"Boleh la"

"Kau dah faham?!"

"Err faham"

"Betul?!"

" Betul"

"Ok, aku nak kau buat, dan kau fikir dulu sebelum kau keluarkan line kau"

"Action!"

"Belerang...orang Belanda dah haramkan penjualan belerang, kami tak mahu sebarang masalah di sini.  kami mahukan aman, kau faham?"

"CUT! berhenti kat situ, aku tak mau kau 'perform' lines kau, aku nak kau 'menjadi' faham? bukannya macam drama Melayu"

"Err..faham.."

"I'm not interested in what you say, I want to see what you don't say"

Fade to Black
 
Technician lakonan senang dicari, PELAKON yang 'menjadi' dan bukan yang 'perform' dialog yang ditulis memang sukar.  PELAKON adalah conduit   antara visi pengarah dengan audiens.

Bicara tanpa suara itu yang membezakan PELAKON dan Technician lakonan.

Dissolve to


"Kalau aku pandai aku buat sendiri, tak payah panggil korang aktor-aktor ni!"

END

3 comments:

  1. Peh...nasib baik time gua berlakon under lu, lu tak jadi U-Wei lagi.

    ReplyDelete
  2. Jangan Kau buat macam u-wei masa kita nak shoot "Mencari wati"

    ReplyDelete