Tuesday, January 5, 2010

U-Wei's Shadow



Sesiapa yang berminat untuk bikin filem.  Ini la peluangnya. Ya!!

Sila la hantar filem pendek anda dalam format berikut:

1.  Upload ke youtube dan copy paste embed ke findingnina.com. Di website tu kena la register dulu, ikut la arahan yang ada kat website tu.

2.  minimum video 90 saat atau 1 minit 30 saat la.

3.  Konsep video, berkenaan U-Wei, kerja dia, seni dia, dan sebagainya.  Cuma jangan melanggar undang-undang alam, dan jangan buat orang lain tersinggung dah.  Lagi gila lagi bagus!

Ganjarannya, korang tanya?

Ya, mesti ada ganjaran.  Video yang menang akan menyebabkan pembikinnya akan diberi 'ALL ACCESS' ataupun dalam kata lain, 'Backstage Pass'  semasa penggambaran filem HANYUT sekitar April 2010.

Best ke, All Access tu, korang tanya?

Produksi Hanyut menggunakan khidmat pakar dari dalam dan luar negera.  So sapa yang minat nak belajar bikin filem tapi takde duit nak masuk good film school, inilah peluangnya.  Kira macam dapat buat short course film selama 3 bulan sepanjang shooting HANYUT tu.

Ahh..malaslah nak cerita panjang, masuk je sini, findingnina.com pastu klik Finding U-wei's Shadow.

Cepat jangan buang masa, berhenti berangan, buat terus.

Kalau ada nak tanya, hubungi Azam Raslan di azam@tanahlicin.com atau zereas@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment