Tapi,
Kalau dah buat Santa Melayu naik beca terbang, memang gua tak boleh maaf.
Kalau betul-betul nak buat, buat la kereta lembu terbang! baru true, ye tak?!
Monday, September 6, 2010
Friday, August 27, 2010
2059
Disember 2059.
The Ismaelist baru sahaja melangsungkan konsert ulangtahun mereka ke 49. Rata-rata peminat taksub the Ismaelist agak hairan mengapa Ismaelist meraikan ulangtahun ke 49 tetapi tidak ke 50?
Oleh kerana persembahan mantap kumpulan tersebut pada konsert itu, rata-rata peminat taksub The Ismaelist merasakan isu 49, 50 tidak material. Apa yang penting bagi mereka persembahan Dean Sham masih lagi hebat, tetap dinamik seperti awal kemunculan The Ismaelist. Malah menurut penulis biografi merangkap jurugambar tidak rasmi The Ismaelist, Jo Ghazali, Dean Sham lah sebab utama mengapa kumpulan elektro rock n' roll itu menjadi legenda. Kalau hendak diharapkan pemain bass pipiyapong, mungkin The Ismaelist masih lagi bermain di pertandingan kugiran sekitar Kuala Lipis dan Raub sahaja. Begitu juga dengan Ismail Othman, pemain gitar utama dan juga asal nama kumpulan ini. Dek kerana dijulang populariti, Ismail Othman lemas diulit gadis-gadis 'groupie' sehinggakan beliau mencuba pelbagai jenis ubat 'lelaki' lalu menemui ajal dua tahun sebelum konsert ulangtahun The Ismaelist. Beliau overdose Super Viagra 2000.
Kumprinx pula pergi tanpa meninggalkan banyak khabar berita. Jadi untuk konsert ulangtahun ke 49 The Ismaelist, hanya tinggal Pipiyapong dan Dean Sham sahaja. Dengan bantuan teknologi serta bakat dan dedikasi Dean Sham konsert itu berjaya dilaksanakan dengan hebatnya. Dean Sham bertindak sebagai pemain dram, gitar utama, dan vokal. Manakala pipiyapong bermain bass, itu pun banyak dibantu oleh Zan Zaini yang bermain bass di belakang pentas bagi menutupi sebarang kelemahan dalam permainan pipiyapong.
Namun langit tidak selalu cerah. Oleh kerana konsert itu, nama Dean Sham terlalu dijulang di seantero dunia muzik. Dean Sham nyata tidak senang dengan perhatian dan pujaan berlebihan peminat-peminatnya. Bagi peminat The Ismaelist, Dean Shan dah tahap dewa.
Solusi hanya satu. Dean Sham mencipta reka kematiannnya sendiri. Mayat 'body double' digunakan. Pada masa yang sama Dean Sham melarikan diri ke suatu tempat rahsia di sebuah pulau miliknya. Media menghebahkan berita kematian mengejut Dean Sham. Ramai yang tidak dapat menerima kenyataan ini termasuk Pipiyapong. Oleh kerana terlalu kecewa, pipiyapong menjadi schizoprenic.
Untuk mengurangkan tahap kekecewaannya, pipiyapong membuat dirinya percaya yang Dean Sham tidak mati pada tahun itu, tetapi mati pada tahun 2040 akibat sakit tua.
Akhirnya pipiyapong menjadi seorang tua yang sepi, dan sering kelihatan minum teh sendirian tanpa ditemani sesiapa kecuali lontaran vokal Dean Sham melagukan hit-hit The Ismaelist melalui iPodnya.
Versi lain:
2060 Pipiyapong
Pasca Apokalips Sinaganaga
Hujung Nyawa Tok rimau

Thursday, July 29, 2010
The Jade Brotherhood
Kepada gadis-gadis emo Kuala Lumpur, berhati-hati jika anda terserempak dengan jejaka-jejaki yang memakai rantai tangan Jade begini.
Lindungi hati dan perasaan anda, kerna jika tidak anda akan merana dan terpaksa tulis sajak berjela-jela.
Pada zahirnya mereka ini 'harmless' tetapi mereka lebih mementingkan 'brotherhood' berbanding 'relationship' cinta anda.
Oleh itu elakkan daripada jatuh hati kepada ahli 'The Jade Brotherhood' ini.
Sekian , salam bahagia.
Tuesday, July 20, 2010
Sol-Jah Sudah keluar National TV dude!
19 Julai 2010, 10 pm, rancangan Di Luar Lingkungan dihoskan oleh Sayed Munawar, TV1.
Buat pertama kalinya RTM menjadi hip, cool, dan relevan sebab Sol-Jah!
HAHAHAHAHAHAHA!!!! (ketawa riak)
***********************
Agaknya Sayed Munawar sedang menanggung kekesalan sebab menjemput Sol-Jah. Berapa la pulak rim kertas A4 surat tunjuk sebab yang dia harus hantar kepada bos di RTM tu.

Monday, April 12, 2010
Tuan Muda
Baru-baru ini, di Pahang.
Kecoh pasal seorang remaja yang menyamar jadi anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang.
Dia mengelarkan diri dia, 'Tuan Muda'.
Modal dia tidak banyak. Dia beli dua pasang uniform PLKN, dan entah dari mana dia dapat (atau buat) letter head Istana.
Jadi si remaja ni pun pergilah menjaja gelaran tersebut ke kem PLKN di Kuantan. Mengikut laporan akhbar ada dua kem yang dia sempat lawat dan siap jadi tetamu istimewa di kem-kem tersebut.
Dia cuma ter'kantol' sebab ada kawan sekolah dia yang kenal dia dan buat laporan polis. Agaknya si kawan tadi tu terkejut. Apahal pulak tiba-tiba je jadi anak angkat Raja?!
Dean Sham tak tau nak ketawa ke, nak marah ke kat remaja tu. Nak respect pun ada kat dia tu. Dah macam filem 'Catch Me If You Can' lakonan DiCaprio dan Tom Hanks. Dalam filem tu, watak DiCaprio ialah seorang budak remaja yang kerjanya menipu organisasi besar seperti Syarikat Penerbangan dan juga orang-orang besar dan berpengaruh. Tom Hanks pula ialah agen FBI yang ditugaskan tangkap DiCaprio tu. Akhirnya dia tertangkap juga di akhir filem.
Filem tu menunjukkan bahawa orang senang ditipu kalau kita mempamerkan imej yang betul. Imej yang orang ingin lihat dan percaya. Kalau kita nak bagitau pada orang yang kita ni mekanik, setiap hari lalu depan dia dan pakai overall mekanik, pastu tangan dan kuku kasi kotor dengan minyak hitam. Nescaya bila kereta dia rosak atau tak berapa sedap nak bawak, dia akan tanya kita.
Ataupun, nak mengorat anak makcik jual kuih kat kawasan perumahan kita. Hari-hari beli kuih, pakai kemeja dan tali leher. Kasut kasi kilat. Siap pakai spek lagi walaupun tak rabun. Nescaya dia ingat kita ni paling koman pun cikgu. Walaupun sebenarnya kerja kedai makan Siam jual tomyam.
Pendek kata, orang 'judge' kita 'by our looks', kalau ada awek yang kata "I tak tengok rupa, yang penting hati". Dia sebenarnya separuh menipu. Kalau hati kita hati emas sekalipun, tapi dressing macam pirates of the carribean, dia pun fikir 25 kali nak bawa jumpa ibubapa dia.
Sama la macam kes remaja menyamar jadi anak angkat raja itu tadi. Mungkin dia berfantasi untuk jadi orang yang penting, sebab dia tak pernah rasa penting dalam hidup dia. Mungkin dia sengaja nak ajar masyarakat yang terlalu pentingkan pangkat dan status, yang diukur dari gaya dan imej luaran.
Walau apa pun justifikasi remaja itu. Dia ajar kita tentang satu perkara.
WE ALL JUDGE THE BOOK BY ITS COVER.
Sebab itulah buku 'KARIPAP-KARIPAP CINTA' SOLD OUT!
HAHAHAHAHA, jangan marah saudara Nazri M. Annuar!

Friday, April 9, 2010
Fitness First or Duit First?
Nak jadi body ketul-ketul macam Gerard Butler bukan senang rupanya.
Perlu banyak pelaburan. Masa, tenaga nak angkat besi, dan yang paling penting DUIT.
Ya, duit. Bukan murah untuk seksa diri, sampai sakit-sakit otot, sakit-sakit tulang temulang.
Nak jadi ahli gim berangkai di ibukota ni, perlu kurang-kurang RM 1000-RM 2000. Untuk jangka masa setahun. Itu belum menjamin body ketul-ketul.
Kena bayar personal trainer lagi. Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang specific macam mana nak angkat besi tu betul-betul. Macam mana nak lari betul-betul, macam mana nak makan yang betul. Kata diaorang, rejim latihan berbeza ikut orang, jenis darah, tujuan latihan, matlamat latihan, dan macam-macam lagi.
Jadi, kena ambil personal trainer. Duit lagi. Itu belum masuk, pil-pil, protein, supplement itu, supplement ini.
Campur tolak, kali bahagi. Kurang-kurang kena ada sedia RM2,3 ribu dalam tangan.
Sebab DeanSham cuma ada, RM2,3 puluh ringgit je dalam tangan. Maka adalah lebih baik DeanSham pergi buat latihan muscle mulut dan perut. Di kopitiam.
Thursday, April 1, 2010
Puisi & Bunyi
"Apa? puisi tu bukan bunyi ke?"
"Tapi puisi ni ada bunyi-bunyi belakang dia"
"Oh..kira ada orang main lagu la kat background?"
"Ni lagi special, ada bunyi dari space"
"Wah! puisi STAR WARS la ni! Best-best!"
"... (susah bercakap dengan jiwa berbudaya pop ni)"
*****************************************
Dengar Di bawah Bintang Mengerdip- Kolaborasi Pak Samad dan Space Gambus Experiment.

Tuesday, March 16, 2010
Buat Music Video Murah Sikit!
Young and Dangerous beraksi di bandaraya JB untuk klip video mereka yang pertama, berjudul 'Tidak Peduli'.
Kalau diaorang tak promote JB, siapa lagi, ye tak?
Friday, March 12, 2010
Siri Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem VI
"Buat filem ni mahal"
"Tapi kalau kita ada budget kecik, kita kena la lebih kreatif kan?"
"Betul, tapi buat filem ni masih lagi mahal"
"Sebab?"
"Yang penting sekali, kita mesti ada story to tell, untuk ada story, pembikin filem mesti ada issue, dia mesti ada 'masalah', dari situ baru dia ada benda yang nak dicerita"
"Apa kena mengena dengan duit?"
"Ada story satu hal, nak execute story tu hal yang lain, itu yang jadi mahal"
"Pilih la story yang murah-murah..heh..heh.."
"Story apa yang murah? Kau bagitau aku"
"Buat la cerita macam Blair Witch Project tu, murah ja.."
"Betul Blair Witch tu murah ja production dia, tapi cuba kau check berapa banyak diaorang belanja untuk marketing and promotion? Banyak! akhirnya sama juga, kalau kau tak spend kat production, kau kena spend kat marketing"
"Ohhh.."
"Kau tetap kena bina 'Make Believe World' kau. Samada kau nak spend untuk bina dunia tu semasa production atau nak bina make believe world kau tu kat media, masa kau buat marketing. Its your choice. Macam mana pun tetap kena guna duit. Kau kena ingat, yang baik itu selalunya mahal"
***************************************************************************
"Tokay, ini tempat sewa berapa?"
"Ground floor ka, 1st floor?"
"Ground floor"
"Apa mau bikin?"
"Mau bikin store"
"Apa jenis store, apa barang mau simpan?"
"Mau simpan props, itu buat filem bunya hal"
"Oh, buat filem ka, ahh..satu bulan RM2000 la"
"Semalam saya call you punya ofis cakap RM1800 saja?!"
"Oh, itu semalam dia sudah salah la itu lain punya tempat"
" Saya mau itu tempat lah, itu RM1800 punya"
" Oh, itu orang lain sudah angkat la"
**************************
Buat filem memang mahal.

Friday, March 5, 2010
Hidup Umpama Wayang, Wayang Itu Satu Penipuan.
Ext.Gerai Cendol Sedap.Day
Hari itu panasnya terlalu terik, sampai membuatkan Dean Sham kira balik dosa pahala untuk tempoh 24 jam kebelakang. Sah, memang cuaca yang panas bukan Dean Sham, sebab Dean Sham baru niat nak pergi sembahyang lepas minum-minum (niat pun dapat pahala apa).
Bila kita di tempat yang kurang kita ketahui, kita perlu membuat rujukan dengan mereka yang arif tentang tempat itu. Lebih-lebih lagi kalau berkenaan dengan bab makan-makan. Sebab Maria Tunku Sabri pun dah tak 'Jalan-jalan Cari Makan' lagi dah, maka nak tanya dia pun dah tak guna. Jadi Dean Sham tit-tot, tit-tot dengan Pipiyapong, oleh kerana sudah masuk dalam kawasan jajahan dia.
Dean Sham tit. "nak minum mana sedap kat sini, petang2 ni?"
Pipi tot. "centrepoint, bawah tu ada kedai cendol"
Tanpa buang masa yang banyak, sampai la Dean Sham ke tempat itu. Conventional Wisdom mengatakan bahawa kalau gerai makan minum itu dipenuhi orang ramai, maka besar kemungkinan jualannya itu memenuhi piawai pengguna. Melainkan pengguna disitu semuanya mempunyai citarasa kambing. Dalam hal ini piawai pengguna tidak boleh diguna pakai.
Melilau juga mata mencari meja kosong. Ini petanda baik. Dapat meja terus duduk. Di gerai itu ada tertulis, "Layan Diri". Gerai cendol pun nak jadi McDonald. Pengaruh Amerika semakin berleluasa.
"cendol lima, minum" kata Dean Sham dalam gaya bahasa Kuala Lipis (Dean Sham lulus dengan cemerlang dalam ujian bahasa lipis di Facebook, walaupun dicurigai oleh Amar, katanya Dean Sham dapat soalan bocor. Melayu sungguh Amar ni!)
Sampai saja cendol yang dihantar seorang budak muda gempal pakai kopiah, terus Dean Sham capai sudu dan suap cendol ke mulut. Baca Bismillah pun, waktu cendol dah kena anak tekak. Teruk sungguh pekerti Dean Sham.
Cendol tu tak mengecewakan langsung. Sambil makan, sambil puji Pipiyapong (patutnya puji la makcik tu, pipi tukang rekomen ja)
Tiba-tiba, Pipi tit. "jangan lupa buli budak muda gempal pakai kopiah tu"
Dean Sham tot. "kesian aku nengok dia, rajin keje gayanya"
"Pipi tit. "Cis, budak tu kalau ajak pegi rumah urut kat kolumpo terus tanggal kopiah, tipu ayah dia"
Dean Sham tot. "Hahaha cilakak lu!"
******************************************************************
All the world's a stage, and all the men and women merely players - Shakespeare
Watak mana yang kau mau?

Tuesday, March 2, 2010
Siri Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem V
"Buat filem ni ada syariat-syariatnya, ada tertib yang kau kena ikut"
"Macam mana nak tau syariat tu, tertib tu?"
" Kena la berguru!"
*******************************************
Berguru itu penting, kalau kau ada ilmu tanpa guru, ilmu kau melantun-lantun. Tiada reflection apa yang kau buat itu benar atau tidak.
Guru selalunya tidak pernah memuji muridnya secara terus. Murid kena faham yang status seorang murid layaknya diludah guru.
Murid perlu faham pujian sang guru bukanlah tujuan berguru, tujuan berguru ialah ilmu. Murid tidak hidup dek puji guru, tapi belajar dek keji guru.

Siri Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem IV
"Tidak faham itu indah, salah faham itu celaka!"
Jadi mau yang indah, atau mau yang celaka?

Tuesday, January 19, 2010
Siri Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem III
Int.Room.Day
Bilik itu bukan bilik puaka atau berpenunggu. Bilik itu bilik biasa sahaja.
Namun.
Tetap mengerikan. Seolah-olah dihitung segala dosa dan pahala apabila masuk ke bilik itu. Seolah-olah ditimbang berat ringan amalan harian, pemilik tubuh yang masuk ke bilik itu.
"Ini bukan test!"
"Ya bang"
"Aku bukan nak uji engkau, ini bukan ujian tau"
"Faham bang"
"Aku bukan Munkar Nankir tau"
"Tau bang"
"Aku nak kau faham kalau kau kerja dengan aku, kau kena professional"
"Ya bang, saya faham"
"Aku tak mau nanti bila pelakon dari luar datang nanti, kau tak sedia"
"ya.."
"Diaorang tu banyak peluru, teruk kau kena nanti"
"Saya faham, saya kalau dapat kerja dengan abang, memang saya all out"
"Aku macam ni la, kan, contoh la , kalau kereta aku rosak aku jumpa mekanik,"
"Aku cakap ja apa aku nak, masalah kereta aku camni, so aku nak macamni,"
"Ya bang saya faham"
"Aku tak mau, tunjuk dia mana spanar, mana screw driver, macam mana nak buka, wo! letih la kalau aku nak kena ajar mekanik aku!"
"ya, sangat faham"
Bilik itu bilik biasa sahaja. Bukan bilik puaka atau bilik berpenunggu.
Tapi. Terasa seperti dihitung segala amalan, dosa dan pahala di dunia.

Tuesday, January 12, 2010
Siri Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem II
Int.Room.Day
Bilik itu adalah bilik biasa sahaja. Tidak besar, tetapi tidak juga kecil. Tetapi apabila orang berhajat melangkah masuk sahaja ke bilik itu, kepala lutut boleh jadi lemah, bibir boleh jadi kering, perut boleh jadi berpintal.
Tidak, bilik itu bukan bilik puaka atau berpenunggu. Bilik itu bilik biasa sahaja.
"Ready?!'
"Ya encik U-Wei"
"Kau dah baca skrip tu?"
"Dah"
"Faham?!"
"Boleh la"
"Kau dah faham?!"
"Err faham"
"Betul?!"
" Betul"
"Ok, aku nak kau buat, dan kau fikir dulu sebelum kau keluarkan line kau"
"Action!"
"Belerang...orang Belanda dah haramkan penjualan belerang, kami tak mahu sebarang masalah di sini. kami mahukan aman, kau faham?"
"CUT! berhenti kat situ, aku tak mau kau 'perform' lines kau, aku nak kau 'menjadi' faham? bukannya macam drama Melayu"
"Err..faham.."
"I'm not interested in what you say, I want to see what you don't say"
Fade to Black
Technician lakonan senang dicari, PELAKON yang 'menjadi' dan bukan yang 'perform' dialog yang ditulis memang sukar. PELAKON adalah conduit antara visi pengarah dengan audiens.
Bicara tanpa suara itu yang membezakan PELAKON dan Technician lakonan.
Dissolve to
"Kalau aku pandai aku buat sendiri, tak payah panggil korang aktor-aktor ni!"
END

Monday, January 11, 2010
Siri Bercakap Dengan Jauhari Bikinfilem
Ext.Cafe.Evening.
Biasanya, petang, usai waktu pejabat adalah masa yang naik semangat untuk berlibur. Apalagi kalau petang itu petang Jumaat. Terasa dunia ini cerah dengan peluang-peluang libur, apatah lagi di ibukota seperti Kuala Lumpur ini. Paling koman pun (kata orang Pahang) harus melepak di cafe-cafe yang yang jual kopi mahal.
Petang itu, walaupun punya semangat untuk berlibur, tapi tidak turun 'rasa' untuk berlibur di mana, dengan siapa, dan bagaimana caranya. Rasa ini penting sebab, rasa akan menjadi petunjuk kepada diri untuk bangun dan berbuat sesuatu tanpa ragu. Rasa bukan sahaja datang dari hati, tapi harus bermula dari gerak nurani, dan dipersetujui oleh segenap susuk tubuh dari ubun-ubun hingga ke hujung jari. Maka apabila rasa ini sampai, turun, tiada lagi ragu untuk bergerak, berbuat, dan macam-macam 'ber' lagi.
Sebab petang itu, rasa tak sampai ke hujung jari, maka kaki hanya bawa diri ke kedai Dani.
Sahaja.
Sampai di depan kedai, rupanya ramai yang kurang rasa pada petang itu. Kedai Dani, dipenuhi panel-panel diskusi bermacam kategori, politik, sukan, dan juga makan-makan. Setelah pening akibat berpusing-pusing bola mata cari kategori yang boleh bawa berunding, tiba-tiba terlihat satu susuk tubuh yang dikenali mata.
"Din! duduk sini!"
"OK bang!"
Maka semudah itu jugalah kategori telah ditemui.
"Kau ada plan malam ni?"
"Takde bang"
"Bagus. Aku nak kau pergi FINAS malam ni dan tonton screening on my behalf"
"Screening apa bang?"
"MBP punya docu"
"Ohh..by invitation ke? Kalau tak boleh masuk camna?"
"Kau cakap, aku yang hantar kau. Ajak Azam sekali"
"OK"
"Esok kau report sama aku"
"Kenapa abang tak mau pergi?"
"Bukan tak mau, tapi tak boleh, aku banyak kerja"
Fade to white.
Pawagam Mini P. Ramlee. FINAS.
Tuan pengarah FINAS dengan mikrofon di tangan.
"Kita di sini pada malam ini adalah untuk menonton dokumentari saudara MBP, dan pada masa yang sama kita boleh bagi komen untuk memperbaiki dan memurnikan lagi dokumentari ini"
Hadirin mengangguk-angguk tanda faham.
"Jadi, tanpa buang masa, marilah kita mulakan"
Sejurus usai kata-kata tuan pengarah FINAS itu tadi, lampu dimatikan. Layar putih di sembur dengan imej dokumentari MBP.
"Bergoyang-goyang camera work dia"
"tak macam Nat Geo..."
"ini bukan standard FINAS ni.."
Bisik suara-suara kecil memberi komen dari belakang. MBP yang juga duduk di barisan yang sama tetap tenang.
Usai, tayangan. Tatkala lampu dipasang kembali, juruacara memulakan agenda.
" Ya tuan-tuan, silalah beri komen"
Hadirin senyap. Ada yang berpandangan sesama sendiri, ada yang buat-buat tulis sesuatu.
"Saya rasa dokumentari ini menyedihkan, tak macam discovery channel, tak macam National georgraphic!" kata pengkomen pertama.
"Sebagai seorang penonton biasa, saya tak faham dokumentari ini sebab tak ada narration atau voice over, saya rasa saudara MBP patut masukkan voice over supaya penonton tak perlu pikir sendiri" kata pengkomen kedua.
Dan, selepas itu seperti hujan monsun di musim tengkujuh, komen datang berkoyan-koyan.
Dan, dalam berkoyan itu, tiada secupak pun yang positif.
Sesi dialog selepas tayangan, menjadi medan menghentam, MBP kiri, kanan, atas, bawah.
Kalaulah MBP itu keturunan Panglima Cucu Datuk Merah, nescaya bermandi darah Mini Pawagam P. Ramlee malam itu.
Tapi Allah Maha mengetahui, walaupun di hentam teruk, MBP masih cool (atau tak peduli?)
Usai sesi hentam. Para pengkomen beredar dari mini pawagam, dan pergi minum-minum.
Jelas terpancar aura kepuasan setelah segala isi hati, serta dendam kesumat berjaya diluahkan.
Fade to Black
Int. Home. Day.
Sehari sebelum tayangan.
Akhbar Utusan Malaysia, dikatakan akhbar berbahasa Melayu paling laris di Malaysia, memaparkan artikel tentang seorang pembikin filem yang kecewa dengan FINAS dan panel penilai FINAS.
Tajuknya berbunyi 'Mereka Tak Tahu Bahasa Filem-MBP'.
Fade to Black
Fatwa FINAS, dokumentari yang baik adalah yang macam di Discovery Channel atau National Geographic.
Sebab kami yang sumbang dana, pembikin filem harus berterima kasih dan sila ikut fatwa.

Tuesday, January 5, 2010
U-Wei's Shadow
Sesiapa yang berminat untuk bikin filem. Ini la peluangnya. Ya!!
Sila la hantar filem pendek anda dalam format berikut:
1. Upload ke youtube dan copy paste embed ke findingnina.com. Di website tu kena la register dulu, ikut la arahan yang ada kat website tu.
2. minimum video 90 saat atau 1 minit 30 saat la.
3. Konsep video, berkenaan U-Wei, kerja dia, seni dia, dan sebagainya. Cuma jangan melanggar undang-undang alam, dan jangan buat orang lain tersinggung dah. Lagi gila lagi bagus!
Ganjarannya, korang tanya?
Ya, mesti ada ganjaran. Video yang menang akan menyebabkan pembikinnya akan diberi 'ALL ACCESS' ataupun dalam kata lain, 'Backstage Pass' semasa penggambaran filem HANYUT sekitar April 2010.
Best ke, All Access tu, korang tanya?
Produksi Hanyut menggunakan khidmat pakar dari dalam dan luar negera. So sapa yang minat nak belajar bikin filem tapi takde duit nak masuk good film school, inilah peluangnya. Kira macam dapat buat short course film selama 3 bulan sepanjang shooting HANYUT tu.
Ahh..malaslah nak cerita panjang, masuk je sini, findingnina.com pastu klik Finding U-wei's Shadow.
Cepat jangan buang masa, berhenti berangan, buat terus.
Kalau ada nak tanya, hubungi Azam Raslan di azam@tanahlicin.com atau zereas@yahoo.com.
Monday, January 4, 2010
LOCH NESS di Lipis
Apa? ingat kat Scotland je ada monster air, Kuala Lipis pun ada!
Tak Percaya?! Tanya pipiyapong, ha!
Subscribe to:
Posts (Atom)