Thursday, December 31, 2009

Kenapa Mesti Parti di Ambang Tahun Baru

Berikut adalah senarai alasan kenapa mesti parti di ambang tahun baru 2010 mengikut perkiraan DeanSham.

1. Sebab nak cari alasan untuk mabuk-mabuk di tempat trendy.

2. Sebab nak ikut budaya negara maju, tak parti kira tak 'omputih' la.

3. Sebab ASTRO cerita tak sedap. HBO asyik ulang movie sama je.

4. Sebab rumah takde aircond, kat club ada aircond.

5. Sebab kat rumah takde arak, nak simpan stok, takut kalau mak tiba-tiba datang melawat tanpa warning.

6. Sebab senang jumpa awek/balak, untuk tujuan seks rambang.

7. Sebab boleh countdown ramai-ramai, seronok wo...ramai-ramai kira dari 10 sampai 1, Matematik tak pernah seseronok ini.

8. Sebab RTM cerita tak sedap, ada ke patut malam new year ada forum perdana..heh..heh..heh..

9. Sebab semua orang buat apa?!

10. Sebab nak happy-happy, sebelum masalah lama menjelma kembali di tahun baru! hahahaha...hutang, health, and what not!

Tuesday, December 22, 2009

Menuju Puncak

"Sepanjang kereta kabel ini beroperasi, baru ada dua insiden"

"Insiden apa uncle?"

"Jatuh"

"Cable Car tu jatuh?!"

"Ya, jatuh, ada satu bawa lapan orang, kes nombor dua bawa tiga orang saja"

"Mati?"

"Mesti mati wo! dari atas ni 6 ribu kaki!"

" Apa macam boleh jatuh?"

"Angin kuat, cable car tu pakai clip saja, dulu manual, hujan ka, angin kuat ka diaorang kasi jalan saja"

"So"

"So, bila angin kuat, itu cable car sudah goyang, bila sudah goyang banyak kuat, dia jatuh"

"Sekarang boleh jatuh lagi ka?"

"Sekarang sudah lain, sistem sudah bagus, kalau hujan kuat, angin kuat, dia sendiri berhenti!"

"Kalau berhenti mau buat apa?"

"Tunggu saja la, ada hayun sikit la, tapi takdak apa, jangan fikir duduk tempat tinggi la, pikir macam duduk rumah saja, baru tak takut sangat"

"Kalau berhenti berapa lama?"

" Tengok la, kadang-kadang setengah jam, paling lama pun satu jam saja"

"oh..itu macam ka.."

*****************************************************************************

Perbualan ini dirakam ketika perjalanan turun dari Genting Highlands dengan teksi.

Masa naik, naik cable car. Turun naik teksi sebab malas nak queue.

Kalau la perbualan ini berlaku sebelum naik cable car masa tengah hujan tadi. TOBAT tak naik!

Tuesday, December 15, 2009

Dosa Jeans & T-Shirt

Di zaman serba moden ni, di era digital, dunia tanpa sempadan.

Jeans & T-shirt masih lagi dipandang serong oleh sesetengah pihak.

Ada pihak masih menganggap Jeans & T-shirt adalah pakaian golongan kasta bawahan.

Tak sesuai dipakai ke pejabat, sekolah, universiti, mahupun pejabat pos.

DeanSham ada pengalaman suatu ketika dulu, sekitar tahun akhir 80an di sebuah kampung dipinggir bandar Kuantan.

Di sebuah masjid, ada seorang musafir singgah bersolat. Tak silap DeanSham waktu tu solat Jumaat.

Dan dia pakai jeans & t-shirt. Nak terkeluar mata orang kampung tengok mamat tu solat Jumaat pakai jeans & t-shirt.

Tapi, diaorang tak berani nak sound, sebab mamat musafir tu, orang putih. DeanSham tak pasti la dia bangsa apa, entah-entah orang parsi ke, tapi dia orang putih la, sama muka hidung dia macam orang putih yang orang kampung selalu jumpa backpacking kat sekitar bandar Kuantan tu.

Kalau la mamat tu muka melayu, nescaya boleh kena halau agaknya dia dari masjid tersebut.

Sebab, kat kampung tu, ada orang pernah kena sound kerana guna surat khabar cina buat lapik duduk masa baca yasin kat kubur masa Aidil fitri. Gamaknya time tu kalau diaorang nengok orang Melayu makan pakai chopstick, mau kena cucuk mata orang yang makan tu dengan chopstick tersebut.

Berbalik kepada hal jeans itu tadi. Di tempat DeanSham bekerja, jeans dan t-shirt adalah dilarang dipakai waktu pejabat atau waktu terlibat dengan urusan rasmi. Dress code di sini menyatakan, semua orang mesti pakai slack dan kemeja. Tak kiralah kalau slack tersebut yang cutting nya dah tak boleh jumpa di pasaran ataupun kemejanya jenis bunga-bunga kemudian dipadankan pula dengan tali leher jalur lebar (bukan broadband ye). Janji, slack dan kemeja.

Soal citarasa, kesesuaian, gaya tidak penting, apa yang penting slack dan kemeja. Biarpun, kalau DeanSham pakai jeans dan t-shirt fesyen terkini dan nampak lebih anggun, dan yang pakai kemeja itu tadi selekeh nak mampus. Dari segi hukum undang-undang dan peraturan bekerja, dia masih lagi betul. DeanSham dah kira ber'dosa'.

Di sini 'form' adalah lebih diutamakan berbanding 'substance'. Kalau jeans itu tadi mahal, berjenama, ataupun sedap mata memandang ia akan tetap dikira salah. Manakala kemeja dan slack itu walaupun sudah out dated, tetap akan betul.

Sehubungan dengan itu, DeanSham telah pun memohon cuti panjang tetapi pada masa yang sama masih berkerja seperti biasa, supaya dapat memakai Jeans & T-shirt setiap hari, dan akan membuktikan bahawa pemakaian Jeans & T-shirt ataupun kemeja & slack tidak ada kena mengena dengan produktiviti negara.

Kalau bos tanya, "Apahal pakai jeans ni?!"

Maka DeanSham boleh menjawab dengan yakin, " Saya cuti bos!"

Monday, December 14, 2009

Young and Dangerous

Tajuk filem Cina yang menjadi kegemaran remaja tua macam DeanSham.

Suatu ketika dulu semua budak lelaki nak jadi macam Chan Ho Nam, ataupun Chicken dan lepak kat causeway bay sambil gaduh ramai-ramai pakai kayu ataupun pisau potong sayur/daging.

Walaupun pakai kot, gengster Hong Kong fight tak pakai pistol, dan geng ho nam, belasah orang dengan apa yang sempat diaorang capai je. Paling class, chicken, dia boleh hempuk orang dengan handphone (masa tu handphone yang paling kecil pun, kalau baling kat anjing, boleh koma anjing tu).

Baru-baru ni, DeanSham berkesempatan untuk bikin video clip dengan band indie yang guna nama Yound and Dangerous (YAD). Sebab DeanSham pun agak 'young' dan sedikit 'dangerous', tanpa segan silu DeanSham menerima tawaran Tok Rimau, yang jadi director untuk video clip tu.

Apabila nak habis shooting, beberapa kejadian yang menyebabkan DeanSham tersedar yang DeanSham dah tak berapa 'young' lagi dah.

Berikut adalah dalil-dalil mengapa DeanSham dan Tok Rimau dah tak 'Young and Dangerous':

1. Ada ke patut Tok Suruh sorang rock star indie pegi jaga trafik! Sebab tak kenal dan tak mengikuti trend musik semasa, Tok suruh Naz (frontman Plague of Happiness) untuk jaga trafik masa shooting. Dia datang nak bagi moral support pada YAD, alih-alih kena jaga trafik. Nasib baik brother Naz cool. Kalau kena rock star yang timing sikit, kena 'tiao' agaknya Tok Rimau!

2. DeanSham first time tengok dan dengar kasut brand SUPRA. kata budak-budak YAD, itu kasut 'rare', dan boleh beli kat US ja. DeanSham ingat kalau dah ada Converse sebiji dah kira cool dah. Cit!

3. DeanSham dan Tok kalau pakai jeans skinny macam budak-budak YAD, agaknya muntah-muntah budak-budak tu menengok ke gayanya.

4. DeanSham dengan Tok je, takde groupie itu hari. *sigh*

Hish..banyak la lagi kalau nak tulis dalil-dalil ni.

Tapi, bak kata Tok, kitaorang memang bukan Young & Dangerous, tapi OLD & EXTREMELY HAZARDOUS!

Friday, December 11, 2009

Kasta Seni

Ext. Rumah Pena. Night

Orang ramai berpusu-pusu di pintu rumah Pena. Malam itu, malam minggu, malam MASKARA Sindiket Sol-jah. Semua rakyat kota yang 'cool' ada di situ. Sesiapa yang berada di rumah atau di tempat yang lain selain daripada berpusu-pusu di pintu rumah Pena itu secara otomatiknya akan kehilangan ke 'cool' an mereka untuk hujung minggu tersebut. Bukan mudah untuk mendapatkan kembali ke'cool'an itu. Mereka perlu tunggu sehingga edisi Maskara yang seterusnya di adakan. Itu mau makan satu bulan lamanya.

Bukan mudah untuk masuk ke MASKARA sekarang ini. Pintu dijaga rapi oleh Sameer Khan, yang lengannya sahaja, sudah sebesar peha pipiyapong. Itu baru lengan, kalau...

Sameer Khan, tugasnya mudah. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab untuk membuat tapisan bagi pengunjung ke MASKARA. Siapa yang 'cool', boleh masuk, siapa yang tidak 'cool', sila lah pulang sahaja ke rumah masing-masing untuk menonton 999 atau mana-mana cerita hantu yang berpeleseran di kaca TV di negara ini. Siapa yang 'cool' and 'sexy' sila ke pintu ekspress.

Jadi, siapa yang 'cool'? Sameer Khan ada metodologi yang tersendiri untuk membezakan mana yang 'cool' dan mana 'cool pretender'.

1. Tengok baju dia. Kalau pakai baju batik, suruh dia balik serta merta.

2. Tengok dengan siapa dia datang. Kalau dia datang dengan orang yang pakai baju batik, suruh dia beransur pulang dengan kadar segera.

3. Tengok dengan apa dia datang. Kalau dia datang dengan kereta yang boot belakang ada spoiler dah macam tiang gol, suruh dia pergi saja ber MASKARA di kedai Brothers.

Tapi, masih ada yang mampu menyelinap masuk. Ada yang sudah pandai 'blend in'.

Sameer Khan tidak gusar dengan semua itu. Dia ada taktik khas untuk membezakan 'Seni baju batik', dan 'Seni jeans & T-shirt'. Dia akan gunakan taktik, soalan mengejut di saat getir.

Apabila 'cool pretender' sudah yakin yang dia sudah bisa membolosi pertahanan Sameer Khan, apabila dia sudah lali, dan sudah berada di 'comfort zone' dan di saat hampir melangkah ke bendul pintu rumah Pena, Sameer Khan akan bertanyakan soalan mengejut itu.

"Kami nak bagi baju free untuk pengunjung bertuah, baju batik size apa, L, XL, ke XXL?"

"Baju t-shirt L boleh, tapi baju batik biasa pakai XL, selesa sikit!"

ZASS!!! Dengan tak semena-mena 'cool pretender' terbang dari pintu rumah Pena ke pintu pagar rumah Pena. Kalau nasib baik dia akan landing atas rumput.

Penangan lengan sebesar peha pipiyapong, Sameer Khan.

"Hahahaha!!! Cuba tipu ya!" bentak Sameer Khan.


*PUFF*

Tiba-tiba hilang muka Sameer Khan.

"La... mimpi rupanya!" kata Dean Sham sambil mengosok-gosok mata macam dalam adegan baru tersedar dari mimpi cerita Melayu.

Thursday, December 10, 2009

Kepala Kebal



Sinaganaga bilang style rambut yang tak berambut ni sebagai 'kepala kebal'.

Ye la, kulit kepala dah immune dengan macam-macam benda, dan mampu menahan cahaya UV dari masuk terus ke otak tanpa perlu bantuan rambut.

Ya, memang hebat, 'cool', dan terserlah kejantanannya. Tak percaya?

Cuba tanya Tok Rimau.

Tapi. Ada satu masalah. Sebat tak ada penebat, sipemakai 'kepala kebal' cepat sangat dahaga kalau jalan-jalan ataupun bersiar-siar.

"sigh"

Wednesday, December 9, 2009

Seni Untuk Rakyat

"Aktiviti seni ni bukan untuk golongan elitis" kata Dragon Master sambil senyum penuh makna.

Aku pun senyum balik. Tak ada makna. Tak paham barangkali kenyataan dia tu. Nak tanya, nampak sangat bodoh.

Untuk kurangkan rasa bodoh, buat-buat fikir. Konon baca dalam la. Padahal haram.

Walaupun nama dia Dragon, tapi dia sebenarnya orang biasa je. Ada telinga, ada hidung, ada misai, dan takde api keluar dari mulut dia. Sekali-sekala ada la keluar asap. Itupun asap rokok. Orang seni kata dia, mesti hisap rokok.

Selepas kerut-kerut kening buat-buat macam fikir yang mendalam, teringat pula kata hikmat Brother Tiger (diaorang ni nama je ganas, tapi takde kena mengena dengan gangster Hong Kong macam dalam cerita 'Young & Dangerous' tu).

Kata Brother Tiger, "Soalan yang bodoh ialah soalan yang tidak ditanya"

Tambah dia lagi, "Sebab dengan bertanya soalan la, kita dapat keluar dari kebodohan tersebut"

Berbekal kata hikmah tersebut, aku bertanya.

"Maksud abang?"

"Maksud apa?"

"Bukan untuk golongan elitis"

"Seni bukan dihasilkan untuk memenuhi aspirasi golongan tertentu saja"

"Walaupun sesetengah hasil seni tak mudah difahami, tak mudah dihadam oleh orang kebanyakan, tapi itu bukan lesen untuk karyawan, atau orang seni meng'alienasi' kan golongan kebanyakan itu"

"Seni tak harus jadi elit, tak harus ada kasta! engkau tak faham, maka engkau bukan dari golongan aku, atau engkau kasta rendah sebab engkau tak dengar musik yang aku dengar!"

Ni yang malas nak tanya. panjang pulak jawapan dia.

"Habis nak buat macam mana lagi, kalau dah ramai yang 'buta seni' "

"Tanggungjawab karyawan ni besar, selain dari jadi pemikir diaorang juga kena ajar masyarakat, buka mata masyarakat"

"Bukan kerja senang tu bang!"

"Hahaha..kalau nak senang, tak payah berkarya! Pergi kerja gomen, makan gaji ja!"

"Cit, jangan hina keje gomen ni bang! seni jugak tu!"

"Seni apa nya?!"

"Seni silap mata, masuk pukul 8am, hilang pukul 10am, timbul balik pukul 12pm, hilang balik pukul 1pm, alih-alih jumpa kat gerai menge'teh' pukul 3pm, haa..magis tu!"

"Itu bukan seni untuk rakyat, itu seni menghabiskan duit rakyat! HAHAHAHA!"

"Hahahaha..rakyat juga!"

Tuesday, December 8, 2009

Bercakap Dengan Jun

Int. Office. Day

Dua lelaki sedang membaca akhbar di ruang rehat pejabat. Zack, kelihatan asyik membaca akhbar berbahasa Inggeris. Walaupun SPM dapat 6 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Zack tetap tabahkan hati baca akhbar berbahasa Inggeris setiap pagi demi menjaga imej sebagai seorang pegawai di jabatan kerajaan. Jun seorang pembantu am rendah pula sibuk membilik akhbar bahasa Melayu yang ada sisipan berita tulisan Jawi pada hari tertentu setiap minggu.

Jun
(sambil mengasingkan sisipan berita tulisan Jawi)
Kutipan Zakat di Kuala Lumpur mencapai RM143,.. berapa ni, banyak sangat nomor dia?!

Zack
(menjeling)
Apa yang banyak?

Jun
Ni ha..banyak gila nomor dia, tak reti gua nak baca ni!

Zack
Meh sini tengok

(Zack capai akhbar dan baca)

RM 143,304,403.80. Maksudnya, Kutipan Zakat kat KL ada RM 143 juta la

Jun
RM143 juta! banyak tu!

Zack
habis tu kenapa?

Jun
Ye la, rakyat Malaysia je baru ada dalam 26-27 juta, tu campur mat Bangla, mat Indon, mat Nepal dan yang seumpama dengannya, kalau diaorang bagi sorang RM5 juta pun boleh bro!

Zack
Kau gila apa? duit zakat mana boleh buat main!

Jun
Sapa suruh buat main, aku suruh bagi sorang RM5 juta je. Kalau semua dah jutawan bro, takde la orang miskin! tak payah susah-susah Faizah Basmati nak sponsor rancangan Bersamamu lagi! wa cakap lu! Staf Jabatan Kebajikan Masyarakat pun boleh hari-hari pegi Family Day gitu! Sebab dah takde keje! Hahahahaha!!!

Zack
...

Monday, November 23, 2009

Buck Rogers in the 25th Century




Sekarang ni semua nya boleh dilakukan secara maya.

Bayar bil, maya.

Bayar hutang credit card, maya.

Isi form claim, maya.

Di tempat kerja sini, borang-borang konvensional ni dah tak main dah.

Semua isi borang kat web je. Canggih.

Tak payah nak sengal-sengal jari pegang pen isi borang.

Tak payah kucar kacir pinjam pen yang ada tulis hak kerajaan Malaysia tu.

Semua main tekan kekunci di laptop atau pun keyboard komputer masing-masing.

Sesapa yang ada internet kat rumah (yang potong atau yang tak potong) boleh isi borang-borang yang berkenaan sambil makan nasi, atau sambil menonton nur kasih je. Hebat.

Caranya pun mudah.

1. Mula-mula, masuk web yang berkenaan. Pastu log in.

2. Pastu pilih borang yang mana berkenaan dengan keperluan.

Contoh, kalau nak claim duit, isi borang claim, kalau nak minta cuti isi borang cuti, dan lain-lain la.

3. Lepas isi, print.

3. Lepas print, serahkan pada kerani yang berkenaan, Siap. Dalam dua minggu dapat cek.

Kalau dulu caranya lain.

1. Mula-mula pergi tempat simpan borang.

2. pastu ambil borang yang berkenaan.

3. pastu isi borang

4. lepas isi bagi pada kerani yang berkenaan. Siap. dalam dua minggu dapat cek.

La...sama je rupanya. Cuma satu kena tekan keyboard, satu kena isi pakai pen.

CIT!!! terpedaya rupanaya..maya apa camni!

Thursday, November 19, 2009

Salah Rumah


" Macam mana saya dapat 'B' je?!"


"Jadi awak ni nak mempertikaikan cara saya menanda la ni?!"

"Bukan macam tu, markah kerja kursus saya tinggi, mana mungkin gred 'B' je"

"Memang betul markah kerja kursus tinggi, tapi final exam awak teruk"

"Macam mana boleh teruk, sedangkan saya jawab ikut macam dalam buku!"

"Memang la awak ikut buku, tapi, awak jawab ikut buku Finance, kelas saya pakai buku Marketing! mana nak sama! ini dah kira macam ajaran sesat dah! awak tau?!"

"...."

*********

Dah la salah rumah, salam pun tak kasi, macam mana nak dapat 'A'.

Orang macam ni patut kena bagi buku, buku lima!

Monday, November 16, 2009

GETIK PADA PLASTIK



image from : http://beingamydietrich.wordpress.com/2009/04/02/

"Seni kau tak true, plastik!"

"Seni plastik aku ni ABADI"

"Apasal?!"

"Plastik tu la bagus, tak hancur, tak hapus walau ditelan bumi! HAHAHAHAHA!"

Wednesday, November 11, 2009

Sarjana Muda Pengurusan (Merayu)


Exhibit A

Dulu, kerap juga terima kata-kata begini di hujung-hujung skrip jawapan, ataupun di mukasurat yang terakhir, setiap kali musim peperiksaan akhir.

"Sebagai orang Islam, kita hendaklah tolong-menolong sesama saudara seagama"

"Encik la pensyarah yang paling saya hormati"

"saya sungguh bertuah dapat belajar dengan encik!"

atau ada yang lebih direct lagi.

"Tolong la saya encik, kalau encik bagi saya A, CGPA saya selamat sem ni"

Tapi itu dulu. Sekarang student lebih adventurous.

Exhibit B

Tak perlu tulis-tulis. datang serbu terus ke bilik.

"Encik, bagi la sikit lagi markah kat saya, satu je lagi dah dapat A, boleh la encik"

"Subjek lain dapat apa?"

"Accounting fail, Economy cukup makan, so encik je la harapan saya!"

Patutnya, student macam ni diberi degree Sarjana Muda Merayu, pengkhususan Membodek.

***************

Semalam ada student yang nak salam cium tangan sebab dia dapat A-, selepas merayu.

Wednesday, November 4, 2009

King of Kopitiam









kenapa?

kena pergi dan test sendiri.

Menu simple dan authentic.

Nak lebih feel, kena pergi naik train.

Tapi kalau naik KTMB ni, kalau niat nak breakfast hari ni, sampainya time breakfast esok!

Tuesday, November 3, 2009

JAYAKARTA










Jayakarta ialah nama asal Jakarta.

Nama yang diberi selepas Kerajaan Sunda Kelapa di bawah Raja Sunda dan Penjajah Portugis berjaya dikalahkan oleh Sultan Demak pada tahun 1527. Nama Sunda Kelapa ditukar menjadi Jayakarta yang bermaksud 'kemenangan lengkap'.

Kemudian, Belanda tukar jadi Batavia, mungkin sebab susah diaorang nak sebut Jayakarta, ataupun dah memang dasar penjajah, suka-suka tukar nama orang.

Bila Jepun datang, diaorang pulak sibuk tukar nama, tak nak sebut Batavia, sebab itu nama Belanda. Jepun guna balik nama Jayakarta, sebab mungkin nama tu, nama yang dipilih sebab kalahkan tentera eropah.

Tapi, Jepun ni jenis suka cakap cepat, Jayakarta, bila diaorang sebut dengan cepat, campur pulak dengan pelat Jepun, jadilah Jakarta, seperti apa yang kita kenal sekarang.

Friday, October 30, 2009

Antara Anyir & Jakarta II





Sampai je di Soekarno-Hatta (airport), memang la lapar sebab dah nak malam. Nasib baik guide terer dia terus bawa pergi restoran minang. makan nasi padang.

Kalau ikut jarak takde la jauh sangat airport ke city centre Jakarta, tapi sebab macet (traffic jam) punyalah lama.

Dia punya jam, kalau banding dengan KL, kira sangat selesa la jam kat KL tu.

Dalam group yang pegi Jakarta tu, ada yang tak familiar dengan cara makan kat restoran nasi padang.

Bila kita datang dalam group, dia akan hidang semua lauk yang ada kat kedai dia tu. Dia akan kira apa yang kita makan sahaja.

Jadi kalau dia letak sepuluh piring lauk, dan kita habiskan sepuluh, dia akan charge sepuluh piring tu. Kalau kita habiskan lima tapi usik jugak lauk dalam lima piring tu dia akan charge sepuluh piring jugak.

So kapten lawatan pun bagi sikit arahan, "dia akan charge apa yang kita makan je, so usik apa yang korang nak makan je tau!"

So disebabkan tak berapa faham konsep itu, ada yang main cuit sikit sana sikit sini dangan harapan kena charge murah.

Tapi cuit semua sepuluh piring! so kena charge semua piring la! HAHAHA

MORAL: kalau sampai kat Jakarta, sebat je, bukan mahal macam kat KL! HAHAHAHAH

Antara Anyir & jakarta



Dah banyak kali sangat Datuk ajak bergambar, nak buat camna kan?

Friday, October 23, 2009

APAHAL?



Gambar Hiasan Semata untuk menarik pembaca. Heh..heh.. sorry tok, pipi...


Banyak nak cerita.

Tapi, satu pun tak ter cerita.

Apahal?

writer's block barangkali.

Hey, kalau nak kena writer's block, kena la jadi writer dulu bos!

bloody hell!

Screening



Tanah Licin & Cloth & Clef proudly presents an exlcusive screening session and up close with U-Wei in person.

When? 5pm, Sunday 25th Oct 2009

Where? Cloth & Clef, #30 Changkat Bukit Bintang KL

RSVP Your Seats on our Facebook Event Page: http://www.facebook.com/home.php?#/event.php?eid=173875101340

************************

Kalau rasa nak tengok 'filem' pergilah screening ni. :)

Wednesday, October 21, 2009

MASKARA SHORTIES 2009



MASKARA SHORTIES 2009 kembali.

Seperti biasa, Rumah PENA. 8:30 pm. Datang awal, balik kena lewat. Sebab filem banyak.

Ada celebriti, ada baru nak jadi celebriti, ada yang haram orang tak kenal langsung.

Tapi yang penting pada peminat pipiyapong inilah masanya untuk menonton filem yang menampilkan pipi sebagai hero! hahaha! hero tu! bukan main-main ni!

Monday, October 5, 2009

Finding Nina by Ajin



This video is on finding nina facebook.

If you have ideas of this sort of video, you can shoot it and it can be uploaded on findingnina's website.

Tunjuk la bakat bila lagi! hahahhaha.

Macam mana nak upload, nanti semua info ada kat findingnina website. Maybe dalam Friday ni dah boleh tengok info tu.

Friday, September 11, 2009

Bukan Senang



Nak buat filem.

Lebih-lebih lagi kalau takde modal.

Tapi, kalau nak tunggu modal, apa pun tak boleh buat.

Modal, paling molek adalah dalam bentuk RM, dollar, atau paling busuk pun rupiah ke.

Tapi, modal yang yang itu sebenarnya boleh dicari.

Jenis modal yang payah nak dapat ialah, kawan yang boleh kerja for free, yang boleh korban waktu, tenaga, duit minyak, duit tambang tiket bas nak datang dari Kuala Lipis ke KL, yang sanggup berpanas waktu tengah hari dalam bulan Ramadhan, hanya dengan belanja berbuka sahaja.

Kalau lepas ni ada rezeki buat filem mega budget Hollywood pun, rasanya tak boleh nak challenge the fun of making small budget project dengan kawan-kawan yang ada JIWA yang lebih besar dari mana-mana Hollywood budget.

Terima kasih, tak cukup dan tak terucap rasanya.

Pada geng yang terlibat dengan HANGUS, It's time to rock n roll! hahahahahahah!!!!

Monday, August 24, 2009

Keras Teras




"Beli apa ni?"

"CD"

" CD apa?"

"Search"

"Bukan dah ada lagu Search dalam laptop ke? sampai dua pulak tu CD sekali beli!"

"Ada lagu yang takde dalam laptop tu, patutnya Search dah buat 'box set', baru cara"

"Hari tu dah pergi konsert, ni beli lagi CD, TAKSUB betul la!"

"Bukan taksub, sokongan tak berbelah bahagi!"

"Untung la Amy dapat fan macam you!"

"Ye la, kalau tak macam mana dia nak pergi HAJI!"

"......."

Thursday, August 6, 2009

Cilakak lu Astro!



Astro hantar surat semalam. Minta duit lebih.

Dia suruh tambah RM12 untuk sports package.

Dia kata kos untuk penyiaran sukan antarabangsa dah mahal.

Dia kata lagi, harga dia 'masih terendah dirantau ini'.

Ayat yang ini rasa nak marah ni!

Kalau nak minta duit, minta je la, tak payah nak pakai ayat politik nak naik harga minyak dulu tu!

Cit!

Monday, August 3, 2009

Berbaloi-Baloi



Kata Amy Search, kalau pergi nonton konsert Search Di Awan Biru.

Ini kali kedua DeanSham menonton Konsert di Awan Biru, di JB, memang berbaloi.

Di KL, disebabkan venue itu adalah venue terakhir untuk tour ni, maka DeanSham pun turun la KL dari JB.

Berbekalkan t-shirt konsert yang dibeli masa konsert JB, dan hafalan lirik lagu search yang memang dah agak sebati di minda (kalau suruh hafal ayat Quran...memang la payah, bahasa Arab da..) tanpa segan silu DeanSham pun pergi la ke Bukit Kiara.

Nak ke bukit Kiara tu memang la tak biasa, sebab takut sesat, DeanSham pun call seorang yang memang pakar dalam bidang Rock n Roll dan Search ni, iaitu saudara Pipiyapong.

Dengan bantuan pipi, maka sampai la juga ke bukit kiara.

Tengok dari gaya para penonton yang hadir, memang ada harapan yang konsert ini akan meletup.

Bila sampai di pintu masuk konsert, orang berpusu-pusu, tolak-menolak, nak masuk. Polis yang jaga pintu sudah agak tertekan. Keadaan masih lagi terkawal, tapi dia dah kaget. Nampak sangat polis tu agak tidak berpengalaman dalam bidang konsert-mengonsert ni.

"Tunggu la!"

"Masuk satu-satu la!"

"Tak faham bahasa ke?!"

Antara jeritan polis tu pada rockers yang nak masuk.

"Kalau nak masuk ceramah agama, aku bagi masuk terus punya! takde nak halang beriya-iya sangat macam ni!"

Wah, betul punya marah polis tu. Sampai masuk siaran lain. Ini cerita tak ada kena mengena dengan ceramah agama.

Lagipun, kalau nak tengok ceramah agama, di TV1 tiap-tiap minggu ada. Konsert Search, ada tiap-tiap minggu?

Tak sekolah punya polis.

Bila dah berjaya masuk. Dan berada depan pentas, harapan yang konsert ini akan meletup jadi lebih tinggi.

Mana tidaknya, tengok perangai sorang-sorang rockers depan pentas tu memang men'teruja'kan (ada ke perkataan ni dalam bahasa melayu?!) Masing-masing gayanya, macam dah sepuluh tahun tak tengok konsert rock!

Mungkin ada betulnya, sejak syarikat rokok dah tak boleh sponsor konsert, memang susah nak ada konsert artis tempatan. Kalau artis luar banyaklah. Malang sungguh jadi performing artists kat Malaysia nih.

Masa yang ditunggu masih tak tiba, janji start 8:45pm, pukul 9:30pm bayang Amy pun masih tak nampak.

Kurang lebih 9:45pm Search dah ada atas pentas, orang pun dah mula jerit-jerit. Bila diaorang start rockin' penonton pun dah mula bangin'. Amy pun capai mic, nampak macam bercakap, tapi haram suara tak keluar! Dekat-dekat nak masuk verse, mic dah ok, Amy pun masuk mode konsert. Masuk lagu second, bila mula dah nak panas, tiba-tiba bukan sahaja mic tak bunyi, dengan gitar, bass, semua out! mati terus! Hanya bunyi Yazit, ketung-ketang je ketuk drum. APAHAL?!!

Lepas tu dengan lampu-lampu stage semua terpadam. Kutu-kutu mula dah jerit. Celcom dah kena maki dah.

Dalam sepuluh minit, baru semua on balik, Search pun start balik dengan slow number.

Berbaloi tak lepas restart tu? Hmm..sebagai fan Search yang tegar sejak zaman sebelum akil baligh, tak sampai hati nak cakap. Baca je la review kat blog Hilang Punca.

Bak kata geng Persekutuan Bekas Perajurit Hardcore Kuala Lipis, "Elok lagi sound kat konsert Jom Heboh!"

Tuesday, July 28, 2009

Al-Fatihah, Yasmin Ahmad (1958-2009)

The meeting only lasted less than one hour.

The lesson learnt from Yasmin Ahmad. A life time experience.

If I say I was inspired that night we met, it is truly an understatement.

I pray to Allah for her soul to rest in peace.

i pray to Allah to grant me the wisdom, energy, and passion. So that I would be able to make films that would do justice to the lessons and knowledge Yasmin had taught me that night, through her films, and her wisdom.

I pray to Allah to grant me the opportunity to tell great stories, that would make her proud.

Al-Fatihah.

Saturday, July 25, 2009

Prayers to Yasmin Ahmad



Foto ihsan Tok Rimau


Prayers to Yasmin Ahmad.

MInta segera sembuh, dan dipanjangkan umur.

Amin.

Friday, July 3, 2009

Orang Tinggi-Tinggi



"Nanti bila baby you lahir, uri dia you tak payah tanam tau"

"Kalau tak tanam, nak buat macam mana?"

"Beli claypot, isi dengan tanah, then letak uri tu dalam plastik dan letak dalam claypot berisi tanah tu tadi"

"Lepas tu claypot tu nak letak kat mana pulak?"

"Claypot tu you letak kat tempat tinggi-tinggi"

"Sebab?"

"Sebab, nanti bila dia besar, jadi orang tinggi-tinggi, belajar tinggi, kerja jawatan tinggi, haa..."

"Tak pun, jadi penjenayah berprofail tinggi! hahahaha, tinggi jugak tu kan?!"

"Hmmph..menyesal la cakap dengan you ni! orang nak bagi petua tau!"

Friday, June 26, 2009

Smooth Criminal



All time Favourite.

King of Pop Dies



image: Reuters/Mike Segar

"Every Man Dies, Not Every Man Really Lives"
-Mel Gibson as William Wallace in Braveheart

Thursday, June 25, 2009

Kaya



image from : http://www.acf-fr.org/


"Semalam I beli buku baru"

"Buku apa?"

"Silent Millionaire"

"Ohh, cerita pasal orang bisu jadi kaya ka?"

"Ishh you ni, cerita pasal orang kaya yang low profile la"

"Ohh...orang kaya low profile, pasal apa dia low profile? pasal tak mau kena rompak ka?"

"Ishh..ke situ pulak! dia kaya because of the low profile lifestyle tau"

"Macam mana pulak tu?"

"Ye la diaorang hidup sederhana walaupun income diaorang banyak tau"

"Habis, duit banyak-banyak tu nak buat apa?"

"Dia simpan la untuk anak cucu dia, ha..kan hebat tu, dia hidup biasa-biasa ja, tapi senang sampai ke anak cucu tau!"

"Mana you tau anak cucu dia senang?"

"La..kan dah ditinggalkan dengan banyak harta! Mestilah senang"

"Haa...disitulah kesilapan pertama.. sebab banyak harta yang ditinggalkan, maka anak cucu bergaduh sesama sendiri, sebab rebut harta, maka silaturrahim sesama keluarga menjadi tidak erat, akhirnya perpecahan umat pun berlaku!"

"Kesilapan kedua pula, apabila kita dah penat mecari duit, hendaklah kita berbelanja bagi meningkatkan kualiti hidup seperti membeli kereta berjenama eropah, baju yang made in Spain or Italy, kasut designer, beg designer, baru la cara!"

"Anak cucu macam mana?"

"Anak cucu, pandai-pandai la cari duit sendiri!!!"

"Hmmmpphhh...malas I nak sembang dengan you ni! Boleh jadi biol I!"

Tuesday, June 23, 2009

Madu yang 'ber'



Photo dari http://www.geocities.com/malaysianfruits/jambu_madu.html

Kalau memandu di lebuhraya adalah dinasihatkan berhenti apabila mengantuk atau pun keletihan.

Sebagai pemandu berhemah dan juga bekas kapten pasukan JUARA Pertandingan Lalulintas Shell Sekolah Kebangsaan Galing, Dean Sham dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Penang telah membuat pit stop di R&R Sg Perak.

R&R sini happening jugak la sebab banyak gerai buah-buahan tempatan. Ada buah durian, ada buah manggis, buah mempelam, buah jambu, cuma buah Melaka, buah Pahang, buah Negeri Sembilan dan buah geduak ja takde.

Disebabkan gerai yang menjual buah lebih banyak dari orang yang membeli, maka Dean Sham pun terpaksalah membuat pilihan.

Dean Sham cari kot-kot dalam banyak-banyak gerai tu, ada anak dara yang jaga. Bukan apa, kalau anak dara yang jaga besar kemungkinan tawar menawar senang untuk dilakukan. Maklumlah mereka kurang pengalaman, jadi senang la untuk di'manipulate'kan. Tapi kalau makcik yang jaga, silap-silap harga RM5 sekilo, Dean Sham kena bayar RM6! Pengalaman katakanlah.

Malangnya tiada satu gerai pun yang tukang jaganya boleh digelar anak dara. Semua dah kategori Mak Dara. Dalam ramai-ramai mak dara itu, ada sorang yang nampaknya boleh dibawa berbincang. Dengan melengahkan sedikit masa (tak boleh nampak nak beli sangat, nanti tak dapat murah!) Dean Sham berjalan secara slow and steady ke arah gerai tersebut.

"Ini jambu madu ke?" Dean Sham buka bicara

" Ha ah. Jambu madu semua tu" terang Mak Dara sambil tersenyum pikat pelanggan.

"Manis ke jambu madu ni?" soalan retorik dari Dean Sham.

"Dah namanya madu mesti la manis!"

"Ehhhh, ada 'Madu' yang tak manis..."

"Itu bukan madu namanya, itu 'Ber'madu, kalau ada 'ber' tu memang tak manis, pahit lagi ada!"

Dan.

Dean Sham pun bayar harga jambu madu itu ikut harga pasaran. Ingat dapat murah ka.

Ternyata ayat Dean Sham tak cukup madu lagi untuk mak dara itu.

Monday, June 22, 2009

Tiada Arah Tujuan


Kalau memandu, di tempat yang kurang biasa, atau dalam bahasa urban nya 'familiar', papan tanda sangatlah kritikal.

Di Malaysia ini, papan tanda di bina bukan untuk memberi arah tujuan kepada mereka yang memerlukan arah tujuan, tapi untuk saja suka-suka dan untuk mereka yang memang dah tahu jalan ataupun memang beranak kat situ.

Papan tanda yang ada memang canggih, cantik, tapi kebanyakannya mempunyai kedudukan yang tak berapa strategik. Ada papan tanda yang duduk letaknya dibelakang papan tanda yang lain, yang belakang pokok pun ada, dahsyat sungguh kejuruteraan papan tanda di Malaysia ni. Kalau memandu, bila sampai masa nak baca papan tanda tu, dia punya font ibarat size 12 ja! apa dia ingat papan tanda tu kertas A4?! Itu belum kira papan tanda jalan tulis Jawi lagi, sapa yang tak pernah masuk sekolah agama tu, alamat sesat sampai ke Siam la korang!

Anyway, kalau nak marah papan tanda pun tak berapa molek la kan. Sebab bukan dosa papan tanda tu kalau tak boleh dibaca.

Selalunya bagi premis perniagaan atau majlis kahwin, arah jalan ini sangat penting. Kalau tak jumpa kedai, macam mana nak beli belah, kalau tak jumpa kenduri macam mana tuan rumah nak dapat salam kaut?!

Tapi.

Ada sebuah hotel yang banyak rangkaian tu punya papan tanda yang memang bagus, masuk ja pekan yang ada hotel tu, pasti kita akan jumpa papan tanda dia sebelah papan tanda 'Selamat Datang' ke pekan tu.
Ye la kalau susah nak jumpa hotel, lari la pelanggan kan?

Tapi, ada sebuah daripada hotel dalam rangkain itu yang terletak di utara semenanjung, ada dua ja papan tanda, dua-dua dekat simpang nak masuk hotel tu. Kalau cari hotel tu tanpa bertanya penduduk tempatan, alamat sesat sampai ke Siam la sekali lagi.

Dah hampir sejam habiskan minyak di bandar tu, dan selepas tanya 2,3 orang, barulah Dean Sham sampai ke hotel tersebut. Sebagai rakyat yang perihatin, Dean Sham terus membuat aduan lisan kepada pengurus hotel (tak tau la dia pegurus ke tak, sebab dia sorang ja yang pakai neck tie kat situ)

"Kenapa Hotel ni takde signboard? susah I nak cari!" kata Dean Sham ber 'I- you'. Yelah kat hotel kena la ber 'I-You', baru cara.

"Memang dulu kita ada 13 papan tanda diserata pelusuk bandar ni" kata macam pengurus itu.

"13?!"

"Ya,13, tapi sekarang tinggal dua ja"

"Kenapa?"

"Lagi 11, kena curi"

"Curi papan tanda? diaorang nak buat apa? hotel pesaing ka?"

"Bukan hotel pesaing, tapi pencuri besi, sebab papan tanda kami semua buat pakai besi molek2, depa curi la untuk jual balik"

Ohh patutla. Besi, lain kali pakai la papan tanda buluh!

Wednesday, June 10, 2009

Bahaya Yang Bermusim

Dulu. Penunggang Motorsikal perlu pakai helmet yang ada jalur.

Jalur tu boleh reflek cahaya, dan menyebabkan helmet itu senang untuk dilihat. Jadi boleh menyelamatkan nyawa penunggang.

Tapi itu dulu. Sekarang dah tak musim.

Dulu. penunggang motorsikal perlu pakai vest. Vest tu pun boleh reflek cahaya dan menyebabkan penunggang senang untuk dilihat. Jadi boleh menyelamatkan nyawa penunggang.

Tapi itu dulu. Sekarang dah tak musim.

Tak lama dulu.

Semua penumpang kereta yang duduk belakang kena pakai seat belt, supaya apabila kereta brek mengejut takde yang jadi crash test dummy.

Tapi itu dulu.

Sekarang dah tak musim.

Di Malaysia ni, bukan durian ja ada musim, undang-undang pun ada musim juga.

Tuesday, June 9, 2009

1 Wedding & No Funerals Part Deux

From KL to JB, jauh.

Tapi.

Kalau naik kereta, sekejaaaaap je dah sampai. (hehheh, macam cerita Pak Belalang la pulak)

Ada banyak R&R along PLUS highway Southbound.

Berhenti kat R&R Seremban, isi minyak V-Power Racing, RM2.05/liter. Baru cara.

Masa kat KT, isi V-Power, RM2.07/liter. Bila tanya kat atendan tu kenapa mahal 2 sen dari KL?

Dia jawab jauh nak hantar V-power ke KT. Yang biasa tu tak mahal pulak nak hantar ke KT.

Agaknya V-Power kena hantar pakai tanker special, ada air-con, itu pasal tambang dia mahal dua sen kot.

Lepas isi minyak, pergi toilet Shell R&R Seremban yang cantik tapi busuk, terus shoot balik JB.

Bila rasa dah letih sikit, niat nak berhenti di Pagoh. Tapi tak jadi, sebab semua driver yang lain pun pakat nak berhenti kat situ.

Nasib baik R&R tu tak roboh macam stadium Sultan Mizan dek terlampau banyak sangat kereta berhenti.

Sebab nak cari parking pun tak dapat, terus je keluar dari R&R Pagoh dan menuju ke R&R Machap.

Pun ramai orang. Tapi nasib baik ada satu parking.

Untuk menurunkan suhu badan, terus cari surau.

Lepas sembahyang tiba-tiba wife dah tunggu depan surau lelaki (ada wife rupanya...)

Biasanya kita yang tunggu dia.

"Handbag dah kena curi!"

La..kat surau pun ada yang buat jenayah.

Macam mana nak cari. Orang punya la ramai.

Lagipun, takkan pencuri tu lepas ambil beg nak lepak minum-minum kat situ.

"kita pergi report polis"

Sebelum report polis, sempat telefon bank untuk batalkan kad kredit dan kad ATM.

Bank pulak tanya macm-macam soalan peribadi untuk verify yang pemanggil tu tulen.

Oleh sebab lama sangat urusan telefon-menelefon. Sang pencuri sempat keluar duit dari ATM.

Pegawai bank kata, baru je dia keluar duit dari ATM, sebab ada transaksi baru dapat dikesan.

"macam mana pulak dia tahu pin number?"

"saya pakai birthdate saya, mesti dia tengok IC"

Hmmmmppphhh. Orang Perempuan.

Anyways, sampai di Balai Polis, terus buat report.

Macam-macam dia tanya. Yalah nama pun polis. Itu buat report dah macam-macam tanya, kalau buat salah, tak tau la macam mana dia punya soal siasat.

Semasa di balai tu ada dua orang budak ditahan sebab merempit depan rumah sorang pakcik.

Bila pakcik tu marah diaorang, diaorang marah pakcik tu balik.

Bodoh betul budak-budak tu, tu mesti tak baca paper dan tengok TV.

Dah la sekarang ni mat rempit dibenci masyarakat, dia buat hal pulak dengan pakcik tu.

Dengan menggunakan kuasa sebagai senior citizen, pakcik tu report polis. Dah kena angkut pergi balai.

Sampai balai, lesen takde, motor takde side mirror. Polis tu pun, apa lagi, tak kasi can saman selagi boleh.

Dengan bapak budak tu kena saman sekali. Baru tau yang polis boleh saman ibubapa kalau anak remaja buat kesalahan trafik.

Masa di balai tidak bosan, sebab selain dari kes budak tu ada juga hiburan yang lain. Balai tu ada ASTRO.

Dalam banyak-banyak channel dan program ASTRO dari Macam-macam Aznil sampai Cafe Akhil Hayy, dia on channel 9, cerita Ceplos. Cerita hantu la kononnya. Hantu dia nak kata kelakar ada gaya menakutkan, nak kata takut macam nak buat lawak.

Watak jembalang tanah dia dah macam orang jatuh dalam lumpur ja. kesian tengok. hilang rasa takut. Kot kalau filem tu black and white, ada la sikit effect dia, tapi ni colour.

Sekurang-kurangnya boleh jugak bunuh kebosanan tunggu di balai polis itu.

Selepas sejam di balai, report pun siap dibuat. Report tu penting untuk buat IC, lesen memandu etc.

Hah, banyak lagi urusan rupanya lepas ni, nak kena pegi JPJ, jabatan pendaftaran, bank dan macam-macam lagi.

"Apa lagi dalam beg tu?"

"La..lupa cakap kat polis, ada kunci rumah, kunci spare kereta satu lagi..!"

Hmmph..banyak lagi la urusan lepas ni.

Monday, June 8, 2009

1 Wedding & No Funerals

Final two days of May and the beginning of school holidays.

Went back to hometown to celebrate niece's wedding. Cliched as it may sound but how time flies. Really.

Gila!

In my head she's always appear as a 3-5 year old screaming while crying whenever her demands were not met. Suddenly, I'm back to attend her wedding.

Gila! Rasa betul-betul dah tua!

But age is but a number. heh heh heh

Amy Search dah in his 50s apa?! Rock lagi.



To revitalize my spirit and mind, right after the wedding, I went to Cherating.

Ya Allah! punya la panas cuaca, air laut pun suam. Seumur hidup rasanya tak pernah mandi air laut suam.

Nasib baik hotel ada good pool.

Pagi esoknya, right after subuh prayer ( heheheh..sebut tu subuh prayer..)

Went for a run. Along the beach.

Wah! beyond words the feeling. Felt more like flying rather than running. Really.

Pool time. Again. And again.

Mom tag along for the trip. She suggested we go to KT.

Off to KT in the afternoon.

Ingat nak lepak beach lagi ka, dia ajak pergi masjid rupanya.



"Mama nak sangat pergi Masjid Kristal"

Hari dah la panas. Dia nak suruh terbakar terus ka?

Nasib baik pakai Ray-ban polarised.



"Tak suka, panas-panas, suka shopping kat air-con je" Shasha Dean kata.

Back from KT, went straight to KL.

Pun Panas juga.



Malam bila sejuk sikit, pergi Rumah Pena.

Tengok Dewangga Sakti nak TERBANG KE DADA LANGIT.

Love the showcase.

Kuat Soul Melayu dia brother-brother Dewangga Sakti ni. Susah nak cari.

Bought Dewangga Sakti's T-Shirt. Size M ja ada. Pipiyapong kata boleh pakai ni, sebab M dia macam L.

Sebab Pipi dah kira kategori celebrity, terpaksa la dengar cakap dia.

Balik try. Ngam. Nasib baik kau pipi.

The very next day. Balik JB.

Ingat macam biasa la, uneventful trip down the PLUS highway.

Rupanya tidak.

to be continued.

Tuesday, May 26, 2009

Straight A's



photo ihsan: Neurmaya

KUALA LUMPUR: Straight As should not be the main criterion for government scholarships.The Malaysian Employers Federation said the Public Service Department scholarships should be awarded to well-rounded students, who were good at studies and extracurricular activities.

MEF executive director Samsuddin Bardan said the main thing that PSD should look for in students seeking scholarships were those ready to join the workforce the moment they graduate."It should not be given to bookworms ... they are oblivious to what is happening around them," he said.

NST, May 26, 2009

*************************************************************

I have nothing against straight A's people who are bookworms.

But.

I have everything against straight A's university students who are 'lecture notes worms'.

Monday, May 25, 2009

Apa Cerita?!




Foto Ihsan http://putri-berendam.blogspot.com

EXT.DAY.Restoran Atas Air.

Restoran tu best jugak la. Drive dalam 20 minutes dari Skudai.

Tempat dia dekat dengan pelabuhan. Apa yang menarik pasal restoran tu ialah,

1. Pemandangan yang boleh dikatakan indah. Sebab restoran tu macam atas jeti, bawah dia paya bakau yang jadi pemecah ombak kepantai. Angin, fuh! memang best, kalau dia ada bagi sewa hammock, nescaya ramai yang sanggup bayar untuk tidur lepas makan. Walaupun restoran tu restoran seafood, dia bukak siang juga. Kalau pergi untuk lunch, lepas makan, gerenti mata jadi kuyu, sebab perut kenyang ditolong pula oleh bayu laut, maka serta merta rasa macam nak tidur kat meja makan tu jugak.

2. Masakan yang tidak mengecewakan, kalau nak bagi bintang, setakat 4 ke 4.5 bintang tu no hal punya.

3. Harga yang amat berpatutan di kala tambang teksi dan bas yang nak naik hingga ke 30% ini.

Tapi semalam, ada sedikit 'potong'

Mula-mula. Ada sekumpulan pakcik-pakcik datang dengan satu van. Lepas order, diaorang buat tahlil pulak kat restoran seafood tu. Ya TAHLIL. Tahlil, macam yang kat surau lepas Maghrib tu. Agak panjang jugak la tahlil diaorang. Lepas tu leader dia baca doa yang panjang, sambil pekerja-pekerja restoran hantar udang, sotong, ikan, ketam ke meja diaorang.

Sebagai seorang muslimin yang agak beriman, aku redha, walaupun volume doa mereka tu dah tahap boleh dengar sampai ke dapur restoran. Tapi, takpe, dengar pun dapat pahala kot? Dan sebagai sembahyang punya orang, aku tidak berasa kepanasan tatkala ayat-ayat suci dilagukan. Cuma dahaga lebih sikit ja dari biasa,

Kemudian, nun di hujung restoran ada sekumpulan pelanggan yang datang dengan bas. Macam family day gayanya. Mereka meraikan hari lahir salah seorang dari anggota keluarga mereka. Besar sungguh family mereka, sebab sampai kena datang dengan bas. Itu baru nak makan seafood, kalau hari raya, macam mana la gayanya.

Habis ja geng pakcik itu tadi baca doa, tatkala AMIN... yang family day tu tadi dah mula ketawa agak kuat. Tadi diaorang pandai pulak makan senyap-senyap. Lapar sangat barangkali.

Lepas tu diaorang bantai nyanyi pulak. Lagu Allah selamatkan kamu. Dah macam cerita Nasib Labu Labi. Lepas tu tak puas nyanyi lagu melayu, nyanyi pulak lagu happy birthday versi orang putih. Tak puas nyanyi lagu orang putih, diaorang nyanyi pulak lagu birthday versi Arab. Ya Arab pun ada lagu happy birthday. Nasib baik diaorang berhenti setakat tu ja, mungkin tak tau dalam versi cina, tamil, telegu, mahupun malabar. Kalau tidak, memang 1Malaysia.

Lepas nyanyi diaorang gelak ketawa. Ye la, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati la kan?!

Semalam, walaupun kenyang, mata aku tak terasa mengantuk pun walau dipuput sang bayu, walau di sorong hammock.

Sekular sunguh restoran seafood itu.

Friday, May 22, 2009

Jef Jantan dalam Jebak Kekalutan



Behind The Scene (BTS) Jef jantan Dalam Jebak Kekalutan ada di YouTube.

Video BTS ini adalah hasil Toqreemaow.


Sesiapa yang ada masa untuk dibuang tu, layari Youtube disini

Wednesday, May 20, 2009

Last Supper

Ada jamuan.

Makan tengah hari. Nak meraikan staf yang pencen awal.

Ya pencen awal. Mungkin dia dah tua sebelum waktunya.

Menu jamuan tu boleh la dikategorikan sebagai 'best' untuk makan tengah hari.

Ada nasi putih, ikan bakar, sambal udang, ayam goreng, ulam-ulam, gulai pisang muda dan daging kari. Itu belum kira dessert lagi tu.

Bila habis ja acara-acara formal seperti ucapan-ucapan, bagi-bagi hadiah, maka sampailah masa untuk suap-suap nasi dalam mulut.

Para hadirin semua tak kasi can, masing-masing pun memulakan acara suap-suap dengan bergaya. Ada yang pakai sudu-garfu, dan ada yang memilih cara tradisional, supaya dapat nikmat jilat jari diakhir acara nanti, sambil dapat pahala sebab ikut sunnah Nabi.

Aku pun tidak mahu ketinggalan. Memulakan langkah dengan menyuap daging kari+nasi+ulam at one go. Kalau salah perkiraan boleh tercekik tu. Tapi berkat latihan yang sempurna bertahun lamanya, ianya jadi mudah.

Tiba-tiba masuk satu SMS di cellphone.

"I nak pergi melawat orang"

Aku balas SMS.

"Kenapa, ada orang meninggal ka?

SMS tu balas balik.

"Ya, mak kawan. Dia meninggal tersedak makanan masa jamuan kat surau malam tadi"

Terus hilang momentum makan.

Nasi pun disuap kecil-kecil.

Daging kari disiat sebelum ditelan. Kecil-kecil juga.

Ulam dicarik-carik.

Semua tu ditelan satu persatu.

Bukan apa, takut tersedak. Dah la makan jauh dari surau.

Tuesday, May 19, 2009

Keras-Keras Kerak Nasi

Kata marah.

Sangat. KONONnya.

Bila jumpa, hmm....lemah kepala lutut, suara pun jadi lembut semacam.

Apa nak jadi kau ni DeanSham?!!!

Sunday, May 17, 2009

Salute To Sir Alex



Image from ESPN Soccernet


For the record. I am not a fan of Man Utd Football Club.

Tapi.

Tetap kena tabik kat Alex Ferguson ni.

18 kali champion. Retain championship untuk dua tahun berturut.

Walaupun season 2008/2009 menyaksikan kebangkitan Liverpool, tapi Man Utd tetap juara.

Tahniah kepada die hard fans Man Utd di Malaysia, yang menyokong pasukan mereka tanpa berbelah bahagi, seolah-olah mereka semua tu beranak kat Old Trafford, tapi tak pernah pun pegang pintu gate Old Trafford, mahupun menjejakkan kaki ke bumi Manchester. Nasihat aku, jangan putus asa. Air Asia ada.

Kepada Sir Alex Ferguson, kalau dah rasa bosan kerana tiada saingan di Barclay's Premier League tu. Sudi-sudikanlah datang Malaysia, dan apply jadi coach national team Malaysia, bagi menggantikan Mr Rajagopal.

Amacam, ada berani?!!! kata terer...

Thursday, May 14, 2009

Gua Datang Ni Bukannya Nak Dengar Lu Orang Nyanyi!

Sound system dah gempak, main dah gempak.

Tapi.

Apa hal Amy Search sampai 2,3 ribu orang! Sorang cukup la!

Gua datang nak dengar Amy Search yang original nyanyi, apahal yang 2,3 ribu klon tu sama sibuk!

Kalau satu lagu ja takpe la, ini dah sampai setengah konsert apa cerita?!

Saturday, May 9, 2009

Takpe Bang, Saya Boleh Tolong Punya!



Takpe bang, agak-agak penat je malam ni, pas ja mic tu kat saya.

Tau la saya nak buat macam mana.

Thursday, May 7, 2009

Demi WANG & Kestabilan Hidup

"The University has announced that all staff must pledge their membership to a research group and Research Alliance"

Kata e-mail itu. Bukan lah e-mail tu yang boleh berkata-kata, tapi Boss yang tulis e-mail tu la.

E-mail tu juga kata, KPI staf akan dinilai dari situ.

Sebagai rakyat biasa, tanpa lengah aku pun terus isi borang. Borang nak pilih research group and research alliance.

Sebagai orang kebanyakan kita tak boleh terlepas benda ni, nanti takut gaji tak naik, apatah lagi pangkat. Dalam keadaan ekonomi yang tak tenteram ni, kedudukan kewangan perlu dikukuhkan demi memberi keyakinan diri pada masa hadapan (takkan nak drive E36 buruk aku ni sampai pencen beb)

Belek punya belek borang, ada bermacam-macam jenis rupanya research alliance yang boleh di sertai.

Ada pasal air, tenaga, sustainability, transport, bio-tech, dan macam-macam la lagi.

Tapi.

Satu pun tak kena dengan bidang kepakaran aku.

Buatlah research alliance pasal macam mana nak buat short film ka, nak buat gig ka, nak karaoke dengan lebih berkesan ka, tak pun seleksi gerai minum pagi yang efektif ka.

Tapi, atas dasar 1 Malaysia, aku tetap cari alliance yang sesuai dengan jiwa.

Belek punya belek lagi, Hah! jumpa dah! Nampak macam 'kacip' (heheheh sorry pipi)

Sesuai ni rasanya. Cuma ada tak best sikit la pada namanya. Alah, apa ada pada nama ye tak?

Tanpa membuang masa, terus isi kat form tu, nama, dan yang seumpama dengannya, dan isi juga nama research alliance yang dipilih.

Siap. Nanti bila hantar ja borang ni aku akan dengan rasminya menjadi ahli 'KERA' (K-Economy Research Alliance)

***************
Demi WANG & Stability.

KERA pun KERA lah..jangan bayar aku dengan peanuts dah, nanti jadi Monkey business la hehehehe

Tuesday, May 5, 2009

Di Awan Biru



Gula-Gula Kapas Putih featuring Dean Sham sedang membuat persediaan ke Konsert Search di Awan Biru. Ye la mana tau, tiba-tiba Amy tak sedap badan ka kan, Dean Sham sedia membantu.



Tiket. Check.

T-shirt konsert. Check.

Jeans low cut. Check. (check, check juga,muat ke tak belum tentu lagi ni)

Converse. Check.

Rakan-rakan sebaya. Check.

Playlist dalam iPod. Check. (kena hafal ni tiap-tiap malam, start hari ni. Album Rampage tak berapa nak ingat sangat ni lagu dia)

Ha..pipiyapong, jeles tak nengok gua punya persediaan lengkap ke Konsert Di Awan Biru Sabtu ni!

Monday, May 4, 2009

Who's The Boss?

"Kenapa, you boleh consider dia tapi tidak I?"

"Sebab dia hantar on the deadline"

"Kenapa ada yang hantar article lewat tapi you bagi present?"

"Sebab diaorang datang buat rayuan"

"Kenapa.."

"Hey! Kenapa you tanya banyak soalan?! You yang hantar lewat, tak submit ikut procedure, takde initiative nak explain things let alone merayu"

"And yet you yang question I?! Siapa bos kat sini, you ke I?!!!"

Sunday, May 3, 2009

Love Wasn't Much of A Friend of Mine



Gambar Hiasan: Sleepless in Seattle, all time favorite.


Would love to write a screenplay on a love story.

But just couldn't.

Nak kata takde pengalaman, ada la juga sana sikit sini sikit.

Mungkin, tak suffer enough untuk dapat the 'juice' of a real deal love story.

Itu kata Tok Rimau la. "A poet must suffer" katanya.

Tapi.

Tak nak tulis cerita tentang love the killin' kind.

Nak tulis yang indah-indah ja..boleh?

Atau.

Memang cinta begitu. Penat, sakit hati, suffer, kecewa, sulking, dan yang seumpama dengannya.

Kalau tak ada yang indah, mengapa bercinta?

Betul la lagu Alleycats tu agaknya.

"Cinta ibarat sambal belacan, walau pedas dimakan jua"

Anyways, sapa ada pengalaman cinta yang out of this world dan sudi nak share, hubungi deansham@gmail.com.

Meh kita dokumenkan cinta anda. Abadikan dalam filem. Heheheh.